TUGAS HAKIKI @ MAKMAL KIMIA

Tugas hakiki saya sebagai Pembantu Makmal dan bertugas di Makmal Kimia. Jadual saya amat padat sekali kerana setiap hari terdapat dua kali kelas pengajaran iaitu pagi dan petang. Penggunaan makmal telah di susun oleh pihak pengurusan. Mereka perlu mematuhi jadual yang telah ditetapkan bagi membolehkan ujikaji serta kelas pengajaran dapat di jalankan tanpa sebarang kesulitan .

Kebiasaanya sehari sebelum kelas amali berlangsung, kami perlu menyediakan beberapa larutan untuk kegunaan kelas pengajaran. Jadual bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Pelajar Program Asasi, Pelajar Program Diploma, Pelajar MJIIT akan menjalankan beberapa ujikaji di makmal kimia. Saya dan rakan setugas iaitu Encik Shamrie akan bekerjasama di sepanjang melaksanakan ujikaji tersebut.

Sebagai seorang pembantu makmal saya telah menghadiri kursus mengenai pengendalian bahan kimia mengikut modul berasaskan OSHE (Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan). Program ini bertujuan memberikan maklumat asas pengendalian kepada pembantu makmal yang terlibat terutamanya dalam persediaan untuk mengendalikan kelas amali

PROGRAM ASASI

Program Diploma