Apa yang saya pelajari untuk subjek Kimia

Jumaat – 12 Ogos 2022 –Pengenalan Kepada Kimia & Jirim

Jumaat – 19 Ogos 2022 –Struktur Atom dan Jadual Berkala Unsur & Stoikiometri

Sabtu – 27 Ogos 2022 – Penamaan Kimia &Pepejal, Cecair dan Gas


Kursus ini adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia inorganik, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas organik. Asas kimia inorganik dan analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom, siri spektrum, teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri.

Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas, gas sahih, teori kenetik gas, keadaaan cecair, keadaan pepejal. Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan, formula struktur dan keinsomeran. Beliau banyak berkongsi ilmu mengenai teknik mengendalikan alat radas semasa menjalankan ujikaji.