HIKMAH COVID – AGROTECHNOLOGIST

Hikmah covid 19 setiap ujian pasti terselit kemanisan , kita mula menghargai semula perkara-perkara kecil yang boleh membahagiakan dalam kehidupan yang sering kita terlepas pandang. Contohnya seperti keseronokan memasak dan makan bersama di rumah, serta bergembira bersama keluarga dengan bercucuk tanam , aktiviti bercucuk tanam juga mampu memberi faedah dari sudut kewangan serta badan menjadi lebih sihat dan cergas apabila kita berpeluh semasa melakukan aktiviti bercucuk tanam.

Pembacaan dari internet kita mampu menjana pendapatan sampingan melalui tanaman di halaman rumah contohnya menanam sayur-sayuran dan buah- buahan yang tidak memerlukan kawasan yang besar untuk menjalankan aktiviti semaian dan tanaman. Pengamalan tanaman baik harus dipraktikkan. Mengusahakan tanaman di kawasan taman perumahan perlu perancangan yang lebih bijak serta teliti supaya tidak mengganggu kedamaian dan ketenangan yang boleh menjejaskan kehidupan kejiranan .

Bercucuk tanam boleh dijadikan sebahagian daripada hobi yang pasti mendatangkan faedah. Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat serta mendapat keseronokan, malahan ianya boleh mendapatkan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Berkebun merupakan salah satu hobi yang boleh menjadikan hidup kita lebih sihat dan bahagia.

Terlalu banyak manfaat yang kita perolehi daripada berkebun seperti jantung yang sihat, daya tahan badan meningkat, jauh dari darah tinggi, dan dapat meningkatkan kekuatan tangan. Faedah lain yang boleh kita dapati daripada berkebun ialah tanaman yang mekar di halaman juga membantu untuk kesihatan, buah-buahan serta sayur-sayuran yang boleh kita nikmati tanpa ada keraguan lagi.

Syukur Alhamdulillah….Terima Kasih Allah rezekiMu terbentang luas