AGROTECHNOLOGIST

Agroteknologi bermaksud penerapan teknologi dalam bidang pertanian. Ia memberi tumpuan kepada proses pertanian yang lengkap iaitu penanaman tanaman, amalan agronomi, pra dan pasca penuaian, serta pengurusan pertanian di semua jenis sistem penanaman, termasuklah penggunaan teknologi moden.

Terlalu banyak manfaat yang kami perolehi sejak mula menanam sayuran sendiri, yang pastinya dapat menjimatkan kos belanja barangan dapur, hasil daripada kebun mini itu boleh juga disedekahkan kepada jiran – jiran yang berhampiran serta sanak saudara yang memerlukannya.

“Paling penting sayur yang kami tanam bebas racun serangga yang boleh membahayakan kesihatan. Memang kami akui sekarang susah hendak dapat sayur segar tanpa racun, jadi lebih baik tanam sendiri sudah pasti banyak kelebihan dan keistemewaannya. Penggunaan baja organik menjadi pilihan serta keutamaannya.

“Di antara kelebihan lain juga yang kami dapati adalah ianya secara tidak langsung boleh menurunkan berat badan kerana melakukan aktiviti sihat seperti berkebun, malahan boleh mengeluarkan peluh. Beriadah dengan cara begini lebih baik daripada hanya melepak sahaja di rumah. Kesihatan juga lebih terjamin apabila menikmati sayuran yang di masak setiap hari segar dari kebun sendiri.

“Tidak dinafikan juga, sejak aktif mengusahakan kebun mini ini, kami dapat hilangkan stress dan begitu teruja apabila melihat pelbagai tanaman hidup segar bugar. Kekadang terdetik juga perasan bangga apabila tanaman tumbuh subur hasil titik peluh sendiri,” Tetapi perlu kita ingat semuanya dengan izin Allah..