UTM BRIDGING

Kursus UTM Bridging 2022

UTM Bridging merupakan kursus peralihan jawatan Pembantu Makmal (C19) ke Penolong Pegawai Sains (C29). Seramai 11 orang diwajibkan mengikuti program ini terdiri daripada staf UTMKL dan UTMJB. Matlamat Program Bridging ini untuk melahirkan staf makmal yang mempunyai kecekapan serta kemahiran selari dengan keperluan semasa.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2022-10-29-at-9.37.38-AM-1024x576.jpeg
Perancangan Program Bridging Sesi 2022/2021

Kursus Peralihan Pembantu Makmal atau UTM Bridging adalah kursus persediaan bagi Pembantu Makmal sebelum memohon atau memegang jawatan Penolong Pegawai Sains.
Peranan UTM dalam melahirkan modal insan memerlukan staf sokongan teknikal yang cekap, terlatih serta berpengalaman semasa memberikan perkhidmatan membantu staf akademik. Pembantu Makmal terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan sokongan di makmal-makmal khususnya berkaitan pengajaran, penyelidikan, perundingan, pengurusan sumber, keselamatan dan pentadbiran sesebuah makmal

Pembantu Makmal yang telah memberikan hasil kerja yang cemerlang seharusnya juga diberikan peningkatan dalam kerjaya mereka. Persaingan yang sihat dalam merebut peluang peningkatan kerjaya dapat meningkatkan lagi produktiviti serta meningkatkan kecemerlangan. Sehubungan dengan itu, sewajarnya disediakan silibus kursus serta peperiksaan khas untuk tujuan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) bagi Pembantu Makmal ke jawatan Penolong Pegawai Sains

Objektif Kursus:

  • Untuk mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains C29.
  • Untuk menguji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan.
  • Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 melalui urusan kenaikan secara lantikan (KPSL).
  • Memperluaskan peluang pendidikan untuk memakmurkan masyarakat umum Menerajui ilmu Sains & Teknologi.
  • Meningkatkan kecemerlangan dalam pembangunan dan penggunaan Sains & Teknologi.
  • Meningkatkan kualiti sumber manusia selaras dengan keperluan universiti.
  • Meningkatkan prestasi pengurusan Universiti melalui budaya korporat.

Tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Biasa kita dengar pesanan ini untuk memberitahu betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian kita. Doakan saya dan kawan- kawan lain dapat meneruskan pejuangan ini dan beroleh kejayaan . Pengajian Program Bridging mengambil masa lebih kurang 2 tahun. Menuntut ilmu dalam usia begini terlalu mencabar bagi saya kerana dalam masa yang sama perlu memberi perhatian yang lebih terhadap keluarga dan anak- anak yang sedang meningkat remaja.

Setelah hampir setahun mengikuti program bridging, saya semakin yakin, bahawa peluang untuk belajar dan terus belajar itu, adalah satu keperluan kepada para ‘penuntut dewasa’ ini. In Shaa Allah kejayaan pasti milik kami