Doakan negara kita Malaysia terus aman dan sentosa serta dijauhi daripada sebarang musibah…Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal semata-mata. Malah merdeka daripada penjajahan tidak mutlak sifatnya. Lihatlah berapa banyak negara yang mencapai kemerdekaan secara fizikal, tetapi masih lagi dijajah secara bukan fizikal. Kepesatan teknologi hari ini telah memudahkan ancaman penjajahan bentuk baharu terutamanya dalam bentuk budaya dan pemikiran. Benar penjajah sudah lama pergi. Tetapi budaya dan pemikiran mereka masih kental mencengkam setiap aspek bernegara daripada sistem politik, ekonomi ataupun sosial.
HADIRMU TANPA DI RANCANG
Siti Coco nama diberi merupakan ahli baru dalam family kami. Kehadiran tanpa diduga ini memberi sejuta makna buat semua. Kasih dan sayang kami tiada sempadan walaupun kamu hanyalah …tiada istilah pilih kasih…kedatanganmu memecah kesunyian…Welcome coco









PILIHANRAYA (PRN) 6 NEGERI TERLIBAT
12 Ogos 2023 Sabtu keluarga Malaysia menjalankan tanggungjawab untuk menentu masa depan negara. 6 negeri yang terlibat iaitu Kelantan, terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Bermula 8.30 pagi hingga 6.00 petang.Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah parti pilihan kami beroleh kemenangan…


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022

Alhamdulillah setelah 26 tahun berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia . Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang pertama pada tahun 2003 dengan izin Allah ini adalah Anugerah Citra Karisma yang ke- 2 saya perolehi. Rabu 16 Ogos 2023 pasti menjadi tarikh keramat yang tersemat dalam lipatan sejarah. Perasan bercampur baur suka duka silih berganti…..pelbagai soalan harusku hadapi di antaranya kenapa dia? Apakah sumbangannya? staf lain lagi bagus, macam takada orang lain…terlalu sukar untuk menjawab setiap persoalan bertubi- tubi. Memang patut pun persoalan sedemikian. Sebab saya bukan orang yang layak atau tepat untuk menerimanya. Percayalah setiap kejadian terselit hikmahnya.. Semua staf TNCPI cemerlang serta berkualiti tetapi sudah tertulis . Tahniah semua… Allah izinkan ianya terjadi….Syukur Alhamdulillah…
BRISKWALK TNCPI UTMKL

Kehadiran pada jam 8.30 pagi beserta aktiviti yang dimulakan dengan warming up dan berakhir dengan cooling down akan direkodkan kehadiran. Jom sama- sama kumpul mata CPD…



PROGRAM TAZKIRAH PEJABAT TNCPI UTMKL
Firman Allah swt:
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (QS. Al-Dzariyat: 56)
Manusia diciptakan juga memiliki tujuan iaitu agar manusia dapat menyembah Allah sebagai pencipta mereka.
Continue reading “PROGRAM TAZKIRAH PEJABAT TNCPI UTMKL”Seminar Teknikal Kebangsaan 2022
Seminar Teknikal Kebangsaan merupakan gabungan antara Jawatankuasa Penolong Jurutera KKAUTM dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU). Tujuan utama Seminar ini di adakan untuk memantapkan dan memperluaskan lagi ilmu bagi kemahiran teknikal dalam bidang masing – masing.
Continue reading “Seminar Teknikal Kebangsaan 2022”Persediaan untuk Seminar Teknikal Kebangsaan 2022
Bagi melaksanakan Program Teknikal ini persediaan haruslah lebih teliti bagi manjaga nama baik UTM kerana ianya merupakan Program Kebangsaan yang melibatkan peserta dari luar UTM. Peserta seminar ini terdiri daripada agensi kerajaaan dan swasta. Perkongsian ilmu dan kepakaran dengan Universiti yang berlainan pasti mempunyai pendapat yang berbeza.
Continue reading “Persediaan untuk Seminar Teknikal Kebangsaan 2022”Malam Apresiasi Staf Pejabat TNCPI UTM Kuala Lumpur 2022
Pada 28 Oktober 2022 Majlis makan malam diadakan di Hotel Maya Kuala Lumpur bagi meraikan semua staf TNCPI. Majlis ini begitu meriah sekali kerana staf TNCPI menonjolkan bakat masing – masing dalam bentuk memperagakan pakaian, menyanyi, menari dan sebagainya .
Continue reading “Malam Apresiasi Staf Pejabat TNCPI UTM Kuala Lumpur 2022”