AUGMENTASI REALITI (AR)

APA YANG TELAH DIPELAJARI

i) 19 /08/2022 ;Sejarah Pengkomputeran & Sistem Komputer

Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Ia dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya serta memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.

Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan storan (storage capability), produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya tepat.

Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.

PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Definisi
Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.


Fungsi Komputer

Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi maklumat

ii) 26 /08/ 2022 ;Pengkomputeran Awan

Cloud Computing atau pengkomputeran awan dalam ertikata yang mudah adalah untuk menyimpan  dan mencapai data dan aplikasi  dengan menggunakan Internet selain daripada komputer anda.

Contoh data-data yang disimpan seperti dokumen,gambar , audio atau video . Pengguna boleh mencapai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain dengan menggunakan capaian Internet.

iii) 10 /09/ 2022; Laman web (Pensyarah ; En Azizul Bin Azman)

Pembangunan laman web adalah proses konsep, perancangan, pemodelan dan penyampaian kandungan media melalui internet menggunakan teknologi berkaitan yang dapat difahami dan dipapar semula oleh pelayar web atau antara muka pengguna grafik berasaskan web yang lain.

Matlamat pembangunan laman web adalah untuk membina laman web yang menyampaikan kandungan kepada pengguna lain dalam bentuk mukasurat laman. Elemen elemen seperti teks, borang dan grafik boleh dimuatkan dalam setiap mukasurat menggunakan tag-tag HTML, XHTML atau XML. 

Secara amnya laman web diklasifikasikan sebagai statik dan dinamik. Kandungan dan susun atur mukasurat statik hanya boleh dikemaskini oleh secara manual oleh pembina laman web. Manakala mukasurat dinamik sentiasa berubah kandungan dan atau penampilannya bergantung kepada input pengguna atau interaksi atau perubahan dalam persekitaran pengkomputeran (masa, modifikasi pengkalan data dan sebagainya). 

iv) 16 /10/ 2022 ; Sesi Amali -Presentation blog