UTM BRIDGING

Februari 2022 telah menerima tawaran untuk mengikuti program bridging. Perkara pertama yang bermain di fikiran semuanya negatif. Saya telah menghubungi Encik Hafiz dan menyatakan saya memang tidak berminat untuk mengikut program bridging. Hasil daripada perbincangan tersebut tiada pilihan lain. Seramai 11 orang staf sokongan kumpulan C diwajibkan untuk mengikuti program bridging. Masa berlalu dengan pantas. Alhamdulillah Program Bridging tahap 1 dah tahap 2 sesi 1 sudah pun selesai . Doakan saya dan kawan- kawan berjaya dalam misi seterusnya…….

SUKADUKA PROGRAM BRIDGING UTM 2022

B– Bila di lamar tawaran bridging termenung seketika pening kepala

R– Rancang sesuatu bersama teman

I– Ilahi sebagai rujukan utama indah terasa sukar di luahkan

D– Doa restu ku mohon padaMu permudahankanlah segala urusan

G– Gambaran gembira silih berganti

I – Impian dan harapan terlalu tinggi

N-Nikmati ilmu di hujung usia terlalu banyak cabaran menanti

G– Gigih dan getir harus diteruskan janganlah janji tinggal janji

Seloka Bridging

Madu terhasil dari lebah

sarang tergantung ditepi sawah

menuntut ilmu memanglah payah

jangan sekali kita mengalah

Pagi raya makan ketupat

makan jamuan di tepi pantai

Makin tua badan penat

Bolehkah Impian ku tercapai