Monthly Archives: July 2020

Cetoleh pasal Drone

Drone yang saya akan saya tuliskan ini adalah yang berkait dengan seni fotografi landskap.

Untuk kegunaan consumer, ada beberapa jenama yang boleh dipertimbangkan. antara yang popular adalah drone jenama DJI yang berasal dari China. Drone jenama EVO dan beberapa lagi. Tidak ketinggalan juga jenama GoPro yang menghasilkan Karma tapi telah menghentikan keluaran drone Karma mereka sekitar than 2017-2018.

Saya akan bercerita mengenai pengalaman saya mengenai drone setelah memiliki dua tenis drone iaitu Drone GoPro Karma dan drone DJI Mavic Mini.

GoPro Karma

Dari segi versatil, drone ini memang amat mengkagumkan. Ia juga agar modular. Anda boleh tanggalkan kamera GoPro Hero 5 dari drone tersebut dan sambungkan kepada Karma stick untuk kegunaan video tangan. Dari segi sudut luas, memamg drone Karma ini yang paling luas kerana ia menggunakan kamera Hero 5 yang sememangnya mempunyai sudut yang luas dan ada effect fisheye. Tidak ada drone lain yang boleh menandingi drone Karma ini dari segi sudut ini.

Kelemahan utama: berat dan besar. Tidak mempunyai sensor position. Hanya menggunakan satu jenis GPS, tidak pakai Russia punya satelit GLONAS. So connectivity agar terbatas kepada GPS USA sahaja.

Kadang kadang boleh melayang tanpa dapat dikawal. Saya experienced 2 kali sepanjang 2 tahun membeli drone ini..walapun saya dah ikut SOP, iaitu compass calibration setiap kali memulakan penerbangan.

Bateri yang kecil dan tak spadan dengen kursa yang disedut oleh drone ini.  Hanya boleh terming seminar 15 minit dan kurang dari itu..so kena standby 2-3 bateri extra kalan bertujuan untuk terbang lama.

DJI Mavic Mini

Adik yang paling kecil dalam keluarga DJI Mavic.  Mempunyai body yang solid ikut abang sulung iaitu Mavic Pro tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Mavic Air. Ringan sekitar 250g jahaja berat.  Amat stabil dan mempunyai sensor position. Bateri yang tahan lama..saya boleh terbang sekitar 30 minit dan saya juga mempunyai 2 extra bateri..so mmng puas terbang.

Connectivity: enhanced wifi, GPS dan GLONAS. So ok lah dari sei stability cuma range agar terbatas sedikit. Untuk drone DJI, ada dua jenis iaitu FCC dan EC compatibility. Kalau dapat yang FCC (USA) ..range boleh menjangkau 4km tapi kalau EC (Europe) punya hanya sekitar 2km sahaja. Yang dibawa masuk Malaysia, (saya punya ni) adalah EC compatibility. 2 km ni ok lah. 500m terbang pun dah tak nampak dah drone ni kat mana.

Kekurangan: tidak ada RAW file untuk tujuan photo post processing. Saya lebih menyukai RAW file berbanding jpeg.  Mempunyai sudut focal / Pandang yang agar sempit..tak puas dan terpaksa terbang lebih jauh untuk dapatnya frame yang dikehendaki.

Kenapa saya tak Beli Mavic 2 Pro

Mavic 2 pro ni dah dikeluarkan sebelum Mavic Mini..tapi saya tak beli kebab kerana pelbagai perkara. Mahal mmang mahal, sekitar RM6000, tapi saya rasa kepuasan  merakam lebi penting..saya tak kisah berbelanja untuk Mavic 2 Pro sebenarnya. Tapi apa yang menghalang saya adalar dari sudut kekhuatiran saya jika drone itu hilang, rosak, terhempas atau kemalangan yang tidak disengajakan…Huhu rasa memang menangis

Research Reset 2020

Salam

Secara jujur prestasi penyelidikan saya agak merundum sejak 2016. Kemuncak sekitar 2012-2015. Masa tu banyak jugak jurnal berimpak tinggi. Masa tu Q1 dan Q2 baru nak diperkenalkan. Saya pernah tercalon untuk anugerah penyelidik muda peringkat UTM.

Banyak faktor. Antaranya adalah peluang untuk mendapatkan geran penyelidikan tempatan. Kehilangan pelajar antarabangsa berpotensi. Kebanyakan pelajar ini tidak mempunyai biasiswa dan mengharapkan ketua projek untuk membayar elaun.

Bidang saya ni, kebanyakan pelajar tempatan tidak berapa minat sebab tahap kesukaran yang tinggi melibatkan modelling, simulation dan implementasi perkakasan. Kebanyakan, semua takut dengan perkakasan.

hari ini dapat khabar pelajar phd saya yang sekrang berada di Pakistan mengenai penerimaan artikel kami di Jurnal

Sustainable Energy Technologies and Assessments

Semak punya semak, journal ni berada dalam Q2..kira tinggi jugaklah martabat jurnal ni..Alhamdulillah.

Semangat dah ada balik..saya nak reset semula..nak lonjak kan balik prestasi penyelidikan saya agar semakin berkembang…doakan kejayaan saya ye!

 

 

Masjid Selat

terkenangkan masa ni…tapi momnet memang agak kelam..datang jauh jauh..tapi kelam..itulah nasib jurfoto lanskap..nasib banyak bergantung pada cuaca…

Ada jugak yang bagi tips macammana nak dapat moment yang best semasa sunrise atau sunset….tengok pergerakan awan dan tengok keadaan cuaca 3 jam sebelum sunset

Fail Lengkap

Alhamdulillah..tamat sudah projek saya ni…dalam UTM, semua projek yang ingin ditamatkan atau ditutup perlu submit segala bukti pembelian, pembayaran yang diclaim secara online sepanjang tempoh projek tersebut ke RMC untuk semakan.

Kalau tak cukup bukti, mmng tak boleh tutup atau kena surat menjawab kenapa resit dan dokumen pembelian boleh hilang.

Projek ni dah lama habis 2019, tapi baru tahu 2020 hantar fail..adusss…lambat sangat..InsyaAllah x buat lagi lepas ni!

Dunia Sekarang

Selalu jugak kadang kala memikirkan perjalanan hidup manusia di dunia ini. Apa yang mereka kejarkan. Kalau kita yang beragam Islam, sudah pasti untuk mendapat keredhaan-Nya. tapi yang lain..? apa motivasi mereka?

Bila virus covid-19 ni melanda, banyak sektor ekonomi terganggu..paling terganggu saya rasa adalah sektor pelancongan dan sektor pembuatan. Banyak pekerja diberhentikan..bukan yang kana gaji je terkesan..usahawan pun terkesan!

Ada yang dibuang kerja kerana pengeluaran produk yang terganggu dek kerana kesan virus ni…itu baru virus….

Macammana pula dengan gelombang revolusi industri ke 4 ini? semuanya akan diautomasikan..maknanya pekerja kelas bawahan akan dibuang. Jurutera pun tak diperlukan dah nanti..semuanya akan dibuat oleh robot..artifical intelligence, machine learning..semuanya ke arah automasi yang kelak mengganggu gugat pekerjaan kita….Apa mereka nak makan? apa akan jadi pada dunia? adakah kelak semua manusia tak perlu bekerja? bagaimana nak dapat wang untuk kehidupan? adakah kelak, semuanya percuma? ….tidak kott…

dunia akan semakin jahat! mereka terpaksa mencuri, merompak untuk hidup. Mereka tersepit kerana peluang kerja yang telah ditutup.

Adakah kita sebagai golongan yang berkuasa ini akan memaksa mereka untuk menaik tarafkan kehidupan? belajar tinggi tinggi agar dapat jadi orang atasan..kalau dah ramai orang yang nak belajar tinggi tinggi, sapa pulak nak jadi orang bawahan?

Nah nanti akan sampai di mana orang atasan level ‘bawahan’ akan ula terasa kesempitan hidup…bersaing satu sama lain untuk jadi lebih atas supaya tak merasa kepayahan orang atas kelas bawahan….

memang saya tak paham dan sememangnya susah untuk saya faham…teknologi, revolusi industri..kalau baik, kita guna..tapi kalau kelak akan merosakkan kehidupan elok kita jauhkan!

ada tangan tangan kuasa ghaib ..menolak nolak kita untuk ke arah yang mereka rancang!

Larian Semalam

Semalam, saya berlari sejauh 4 km disebelah pagi dengan catatan 34 minit. Kalau ikutkan memang catatan masa tu tak begitu memberansangkan.,….

Tapi saya set kan dalam kepala saya, saya bukan nak berlari untuk catatan yang laju..tapi berlari untuk kardio dan penuruan berat badan..lagi lama kita berlari, lagi banyak kalori akan dibakar.

Saya setuju bahawa sekiranya kita berlari dalam pace yang laju, pembakaran kalori akan tinggi tapi taklah setinggi kita berlari dalam jangkamasa yang lama…lagipun saya nak santai santai je di hutan bandar tu….

Sebelah petamg, saya berlari juga tapi dengan matlamat untuk berlari dalam pace yang laju..saja nak cuba kemampuan badan…

Alhamdulillah 1km pertama mencatatkan masa 5minit 45 saat …kemudian sya berehat dalam 4 minit lebih an berlari lagi 1 km dan mencatatkan masa 5 minit 20 saat

macam mana nak kecilkan size video?

Semasa musim PKP ahri tu..semua pembelajaran peringkat universiti diminta untuk dibuat secara on-line. maka bergegas gegaslah para pendidik meneroka sisi pengajaran online yang sebelum ini dipandang sepi. Kenapa dipandang sepi? pendapat syaa, sepi kerana pembelajaran didapati lebih efektif secara bersemuka (ini terbukti ye semasa PKP tempohari) dan lagi satu kerana fasiliti yang disediakan amat mendukacitakan. Internet speed yang mempunyai latency yang tinggi, tidak stabil dan sever yang slow amat.

Tapi sebab PKP, nak tak nak kena buat jugak lah. Rata-rata akan rakam video masing masing menggunakan kebijaksanaan masing masing.  Saya selalunya akan rekod dalam 10 minit hingga 15 minit je sebab saya faham..ramai student akan hilang fokus kalau lama lama.

Lepas dah buat video, seronok lah para pendidik kerana dah lepas satu stage. Stage yang mencabar adalah nak upload platform mana? Youtube la..paling mudah dan senang..tapi ada pro dan kontra yang saya tak akan sentuh di sini.

Ada yang mengelak guna youtube, mereka akan submit dalam whasap group masing masing..tapi terkejut pulak sebab tak boleh UPLOAD sebab filenya besar sangat! so nak kena kecilkan size..haaa..di sini lah kita akan mula jumpa pak cik google sekali lagi macam mana nak kecilkan size.

kalau sesapa langgan Adobe Creativecloud boleh gunakan encoder….kalau yang tak de tu ada satu lagi alternatif yang mudah, efficient and percuma. iaitu dengan menggunakan software handbrake.   Setkat ini, perisian ini yang terbaik.!

donwload handbrake:

https://handbrake.fr/

Bali

Kompilasi video kunjungan kami ke Bali…banyak tempat boleh dilawati tapi tak puas dan kepenatan.

Kalau nak pergi sesuatu tempat, tak boleh ramai-ramai kerana nanti banyak kepala. ada kepala yang suka pi shopping je..ada kepala yang suka pergi tempat tempat sunyi…ada kepala suka pergi waktu senja..ada kepala tak suka jalan jalan, nak duduk hotel je…haaaa..banyak sangat. semua tempat nak pi, tapi semuanya tak sempat nak explore betul betul. controh terbaik adalah Tanah Lot.Tempat tu sesuai pergi waktu senja kerana matahri terbenam, tapi sebab nak suite kan dengan kepala yang lain lain, terpaksa pergi waktu tengahri yang amat panas pulak waktu tu