Category Archives: academic

Anuergah Penerbitan Citra Karisma 2023

Alhamdulillah..tak sangka tersenarai dalam penerima anugerah ini. Pada tahun lepas pun dapat juga.

Tak sangka, sebab penerbitan dalam Q1 dan Q2 untuk tahun 2022 kurang dari 2021. So memang tak expect apa-apa anugerah.

Tapi, betullah kata orang, kalau kita mengharap anugerah dari sesuatu atau seseorang ..dan kemudian tak dapat, rasa kecewa tu memang terasa sangat. Tapi kalau kita mengharapkan sesuatu dari Allah, tapi kita tak dapat..kekecewaan tu rasanya akan terhapus sendiri, sebb kita ni hanyalah hambaNya. mungkin ada rezki lain yang Allah nak bagi.

LPPT dan Beban Tugas Pensyarah UTM

LPPT atau nama penuhnya Laporan Pencapaian Prestasi Tahunan adalah salah satu instrument yang diguna pakai oleh pihak majikan iaitu UTM untuk menilai dan memantau prestasi staff akademiknya.

Di Malaysia, bermula kira kira beberapa tahun yang lepas, para akademik di bahagikan kepada beberapa track dalam menentukan hala tuju kerjaya dalam bidang pensyarah ini iaitu sebagai aliran ke arah penyelidikan, pengajaran, aliran profeisonal praktikal dan pentadbir. Tetapi hanya tiga track pertama sahaja yang boleh dipohon oleh staff manakala aliran pentadbir hanya untuk segelintir top-management UTM sahaja.

Untuk track penyelidikan, LPPT direka mempunyai 50% komponent markah adalah dari penyelidikan. Tiga komponen penyelidikan adalah: bilangan dan kualiti Geran penyelidikan, bilangan dan kualiti penyeliaan pascasiswazah dan bilangan dan kualiti penerbitan makalah berimpak tinggi. 20% adalah dari pengajaran, 10% markah personaliti, 10% markah khidmat masyarakat dan 10% khidmat profesional.

Saya nak komen berkenaan bilangan dan kualiti ini. Contohnya, jika anda sekrang sedang menyelia 5 orang pelajar PhD dan tiada seorang pun yang akan graduate dalam tahun ini (sebab semuanya baru tahun pertama pengajian), maka , bergantung kepada gred pangkat, markah anda mungkin tinggi dan penuh di bahagian penilaian bilangan pelajar tetapi markah kosong dalam penilaian kualiti penyeliaan. Maknanya, untuk dapat markah dalam kualiti penyeliaan, anda perlu pastikan anda mempunyai pelajar yang akan bergraduate setiap tahun (which is impossible untuk staff yang baru dan staff yang terputus bekalan pelajar).

Begitu juga dengan penebitan, walaupun adan menerbitkan 10 makalah tetapi semuanya dari Quartile 3 dan 4 dalam database JCR, anda juga tidak akan dapat apa-apa markah kualiti kerana markah kualiti hanya akan diberi untuk penerbitan Q1 dan Q2 sahaja (perit jugak).

Saya lihat para pensyarah berasa tersepit di sini kerana persaingan sengit untuk menerbitkan makalah di Q1 dan Q2 ini amat tinggi. Amat sukar juga kerana selalunya proses review dan suntingan memakan masa 1-2 tahun untuk diterbitkan (itu pun sekiranya diterima untuk diterbitkan selepas setahun menunggu). Hanya yang betul-betul berkualiti sahaja yang akan diterbitkan.

Untuk aliran pengajaran, yang berbeza adalah peratusan markah untuk komponen penyelidikan iaitu 20% manakala komponen pengajaran adalah 50%. Tetapi jangan cakap aliran pengajaran ini terlepas dari buat penyelidikan ye..sebab dalam komponen 50% pengajaran tu..ada terselit sub-komponen dimana markah penerbitan berkaitan pengajaran adalah tinggi. So, untuk mendapat markah 40/50 untuk komponen pengajaran pun agak susah jika tiada penerbitan pendidikan.

Keputusan SPM 2021

Keputusan SPM 2021 telah diumumkan baru baru ini. Mereka ini merupakan kumpulan pelajar pertama yang mengikut kurikulum serba baharu…semuanya baru.

Dan kumpulan iini juga adalh antara kumpulan pelajar yang terjejas 100% disebabkan covid-19 yang melanda selama 2 tahun di seluruh dunia. bayangkan pembelajaran kurikulum baharu secara online…memang sengsara unutk para pelajar dan guru guru.

Anak saya juga adalah salah seorang pelajar dalam kumpulan ini. Saya tak expect yang tinggi kerana tahu kemampuan anak. Tapi itu lah..Allah Maha Besar!..perasaan tak terungkap dengan kata kata..biarlah gambar berbicara!

Publication Journal in 2022

Alhamdulillah…

This year I managed to publish my research findings in 2 SCOPUS journals, 2 ISI, and (Q2) Journals. Last year, my plan was to publish in IEEE Transactions, but both papers were rejected this year after 2nd review process.

Another 2 papers are currently undergoing a review process in Q3 journals. Hope both of them will get acceptance.

Student come back to the campus for face to face lab session

Alhamdulillah, finally, after almost 3 years , students come back into the lab for face to face session.

Lab ini adalah lab untuk pelajar tahun 2 dan ini merupakan lab pertama mereka setelah dua tahun mendaftar di UTM sebagai pelajar baru