Category Archives: photography

Jelutong Beach

Kalau saya ke Penang, saya kan ke sini. tempat ini senang nak sampai kerana berada di sebelah lebuhraya Jelutong Express-way. Tapi kalau sesapa yang tak mencari, memang susah nak jumpa sebab terlindung oleh pokok renek

Ni gambar masa sunrise..tapi setiap kali pergi agak hampa sebab laut sering dalam keadaan surut..huhu..

kalau boleh dapatlah rakam satu keping lagi dimana laut tengah pasang sebelum jeti ni dirobohkan

jeti jelutong pulau pinang

T5810

Alhamdulillah….dapat juga saya beli Dell T5810 ni. Mempunyai spesifikasi yang baik iaitu intel Xeon (walaupun agak berusia tapi diketahui mempunyai ketahanan yang lasak kerana banyak digunakan untuk server). RAM DDR3 16GB..ok lah cukup untuk proses editing dna ditambah pula dengan Grpahic card AMD Radeon.

Harga Rm3000 ..refurbished..kalau baru maunya RM8k

Dell Precision Tower 5810 Media Workstation | Dell Guyana

Laptop tahun 2020 untuk Adobe Photoshop / Lightroom

Sekiranya anda mencari laptop yang sesuai untuk penggunaan photo editing menggunakan Adobe software, maka anda telah termui tempat yang tepat.

Berminggu minggu jugalah saya cuba mencari latop yang bersesuaian…murah tapi powerful enough untuk ekrja kerja editing.

Lenovo Legion 5. ya laptop ini unutk gaming, tapi banyak review mengatakan amat sesuai untuk editing juga setelah mereke melakukan benchmark test.

Lenovo Legion 5 Review - So Good - YouTube

HP Spectre 15 yang mahal dan nampak classic dengan grpahic card yang power pun kalah dengan Lenovo Legion ni..saya pun tak pasti kenapa sesetengah laptop yang mempunyai spec yang tinggi untuk editing photo, pada realitinya tidak mampu menghasilkan prestasi yang diinginkan..pelik

HP Spectre Laptop | HP® New Zealand

Legion ni ada dua jenis iaitu Legion 5 dan Legion 5i…Legion 5 ni menggunakan processor AMD Ryzen manakala Legion 5i menggunakan intel i5 atau i7

Adobe Lightroom Classic

Agak mencabar untuk editing gambar dari drone. Sebab drone saya ni, Mavic Mini tidak ada features RAW file. So, bila ambil gambar sunset atau sunrise, memang limited segi darjah kebebasan untuk editing.

JPEG file yang dirakam drone tidak mempunyai dynamic range colour yang banyak…sebab file dah compress. Nak beli graduate ND filter pulak memang tak wujud..lagipun, kalau wujud pun, saya 50-50 nak beli sebab akan menjadi beban tambahan kepada motor camera gimbal tu pulak. Rosak, naya lah pulak nak cari ganti.

So, nak tak nak memang kena ambil gambar yang sama tapi berlainan exposure….ada satu video tu ambil gambar gambar tersebut secara manual setting…agak susah jugak. Saya set je kepada auto dan tukar exposure compensation..tapi, keburukan dia adalah kita tak boleh kawal nilai ISO…nilai ISO yang tinggi boleh menyebabkan noise.

HDR selepas combine gambar gambar di bawah
DCIM\102MEDIA\DJI_0496.JPG
DCIM\102MEDIA\DJI_0497.JPG
DCIM\102MEDIA\DJI_0498.JPG