Alhamdulillah, settle meeting pertama dengan Dr Ali. Dr ALi telah dilantik sebagai Profesor Adjung UTM selama setahun bermula dari 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2024.
Category Archives: Uncategorized
Updating this Blog
Agak ketat juga dan leceh untuk saya upadte blog ini kerana setiap kali nak login, kena masukkan pin code yang dihantar ke email.
Disebabkan itu lah..saya jarang nak update di blog ini
Masjid Darul Quran JAKIM
Perjalanan ke sini dari tanjung Malim memakan masa selama lebih kurang 30 minit..itu pun kalau tak banyak lori sebab jalan yang dilalui adalah jalan negeri (2 lorong).
Pada mulanya saya berkira-kira juga untuk ke sini kerana ia berada di dalam kawasan pusat tahfiz yang dikelolakan oleh JAKIM. So, bukan semua orang ada akses ke dalam.
Sedang saya melihat lihat dalam google site, tempat apa yang menarik di sini, saya terpandang tentang review orang ramai akan tempat Darul Quran ini. Dari review ini, baru saya tahu bahawa tempat ini juga dibuka untuk orang luar tetapi perlu lah maklumkan kepada pengawal yang bertugas.
Matlab in Power Electronics for Undergraduates
Hari Jumaat ini, saya akan menjadi speaker untuk bengkel berkenaan yang dianjurkan bersama IEEE PELS Malaysia Chapter
F2F and Hybrid Class
Semester 2 2021/2022 adalah semester yang saya rasa agak mencabar kepada pentadbir dan juga pensyarah di SKE.
Ulang Tahun hari Jadi
Bertempat di Big Food di Bandar Johor Bahru, sambutan ulang tahun anak berlangsung. Tempat ini memang dah lama tak pergi kerana ada banyak lagi tempat makan yang best dan murah di JB.
Apa apa pun tempat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Walaupun agak mahal, tapi portion untuk setiap menu amat banyak. So kalau nak order makanan, rasanya better kongsi je lah..memang kalau makan sensorang tak habis.
Cuma dalam menu saya, yang saya tak gemar adalah portion kentang lenyek yang terlalu banyak.Muak makan
DJI Air 2 s- WOW
Hari ini 15 November 2021, DJI Air 2 s saya sampai. Agak besar dan berat berbanding dengan DJI Mini saya. Mempunyai sensor imej sebesar 1 inchi mungkin memudahkan proses editing kerana dynamic range yang ditawarkan adalah lebih besar berbandind DJI Mini saya yang tidak mempunyai RAW file dan saiz sensornya juga agak kecil.
Perlu update sebelum terbang. Memakan masa 15 minit juga unutk keseluruhan update. Pukul 6.30 saya berada di padang kawad UTM..Hanya untuk ujian ringkas.
Tangkas, laju dan berkuasa!..itu yang saya dapat rasa semasa menerbangkan DJI Air 2 s ini buat kali pertama. Pengalaman yang begitu mengujakan , berlainan sekali dengan DJI Mini saya yang agak tidak responsive dan kurang berkuasa.
What you pay is what you get!
Saya setuju unutk DJI Air 2 s ini kerana berbaloi dengan harganya. Memang tidak puas dengan hanya satu bateri, tapi saya rasa memadai dengan satu bateri sahaja dulu kerana hraganya boleh tahan mahal RM500 seunit. Banyak lagi hal dan perkara yang perlu dibeli dahulu…macam nak upgrade skrin monitor lah kepada 27 inchi ! hahah
Ujian yang ringkas ringkas sahaja. Saya tak berani lagi kerana belum tahu perangai sebenar DJI Air 2 s ini. Cuaca pulak pada petang tadi agak mendung dan kurang UMPPH!
OK inilah hasil RAW file panoramic version..ada 9 keping gambar yang dicantum. Saiz file memang agak besar dan berat..tapi puas hati untuk proses editing saya.
Tasik Ilmu UTM
Banyak betul gambar Tasik Ilmu UTM ni..hahah
Power Electronics Drive Group
Selamat Hari Malaysia 16 September 2021
Hari ini bersama dengan keluarga dan ipar duai ke Kota Iskandar, Johor. Tempat ini agak sunyi sebenarnya sebelum ini. Lagipun saya dah lama tak datang sini. Bila sampai pun dah agak lewat. Ramai sungguh orang berada di sini.