Rebutal 2500 professor tiada kualiti

Saya sokong apa yang Prof Dr Omar, UTM berkenaan kelayakan menjawat jawatan professor. Di UTM sendiri, amat susah kriteria kenaikan pangkat ke jawatan ini.. penerbitan Q1 dan Q2 sahaja yang akan diberi markah..Q3 dan Q4 langsung di pandang sipi sipi je…

Tapi tak dinafikan lah, ada juga yang naik tanpa ada kecemerlangan yang terbukti..saya kenal beberapa orang yang macam ni..ada kepentingan politik, senang je naik.

Tapi jangan pulak menteri KPT melatah dan implement pelbagai instrument baru bagi menilai kenaikan pangkat yang kadang kala tidak masuk akal oleh saya.

Arduino Due

Arduino Due adalah diantara perkakasan Arduino yang boleh berkomunikasi dengan Matlab. Langkah pertama untuk mengenali lebih lanjut ..kena beli lah RM179 jugak harga dia.. ok ni sebab dia based 32-bit punya ARM processor berbanding Adruino Uno yang hanya 8-bit.

Capable to produce PWM signal. Ini yang penting

A000062 | Arduino Microcontroller board, Due | Distrelec Export Shop

Per-phase equivalent circuit of a 3-phase induction motor

There are some confusion among the student. There is also no text books that summarise all the discussion. To help student, please refer to the figure. The first picture is a model of induction motor. This is good to simplify calculation but there are several assumption that sometimes could not be applied to represent the actual motor.

The IEEE recommended circuit is the one that can show the closest representation of the motor. Since the rotor side is changeable, therefore, usually Thevenin equivalent circuit is used to represent the stator.

LPPT 2020

Tahun lepas punya penangan covid 19. Start dari Mac 2020 sehingga akhir tahun..hanya beberapa bulan je dapat berjumpa pelajar dan rakan sekerja…prestasi kerja juga terganggu jugak…

LPPT 2020 melabuhkan tiranya hari ini..Alhamdulillah ok lah puas hati dengan markah yang diprolehi..Cuma kat UTM ni macam sikit sangat markah untuk sesuatu item yang kadang kala sukar untuk dapat. Contohnya untuk penghasilan jurnal Q1 dan Q2. Hanya 1 markah je….huhu (utk kualiti)..meaning that untuk dapat full kena at least ada 2 jurnal Q1 atau Q2.

Tahun ni saya beruntung kerana dapat terbitkan penulisan dalam jurnal Q2..Alhamdulillah lega rasanya.. tahun 2021 …blom tau lagi (hahah)…

Memang perit tapi itu realiti di UTM.

Kalau tengok taburan kerja yang rata rata saya buat kebanyakannya adalah jawatan jawatan yang menggerakkan program dan aktiviti fakulti, seperti penyemak kertas soalan, penilai projek, penyeliaan pelajar..tapi markah disitu amat sedikit dan ada capping pulak..kalau terlebih tidak dapat membantu mana mana komponen yang kurang.

memang tidak dapat dinafikan, untuk mendapatkan geran penyelidikan memang amat sukar sekarang ini…begitu juga dengan pelajar pasca siswazah..susah nak dapat yang berkualiti dan independent..