Apple Watch Series 6 Pre-order

Saya dapat email semalam dari Switch. Mereka nak sampaikan yang Apple Watch Series 6 dah boleh buat pre-order pada 16 Oktober ini start pukul 9.00 am.

Saya macam plan nak beli tapi bukan untuk saya tapi untuk yang tersayang (hadiah hari jadi). Nak beli pun rasanya Apple Watch SE dah cukup berbaloi kot sebab features yang ada pada Apple Watch 6 ni banyak yang tak boleh activate di Malaysia macam ECG, Family group dan Oxygen sensor.

So better beli Apple Watch SE je..harga pun oklah..

Pace larian

Hanya nak bagitau sebagai rekod dalam medium internet ni. Nak habq yang saya punya pace larian paling laju setakat ni adalah 5 minit/km..memang laju kot untuk orang dalam usia saya ni.  saya buat ni dalam pusingan km ke 2 (out of 3km total). Dan total time untuk 3km saya yang terbaik setakat ni adalah 16 minit 25 saat

Unutk 5km pulak (jalan sedikit turun dan sedikit naik), paling laju adalah 29 minit 30 saat.  maknanya, setiap km saya punya pace adalah di bawah 6 minit

Bukan senang nak dapat kelajuan ini…ampir 2 tahun jugaklah

Larian 12 Oktober 2020

larian saya pada minggu ini kebanyakannya adalah 5km. Saya buat begitu kerana saya nak sekurang kurangnya saya berlari 30 minit sehari.  Pace larian syaa dalam lingkungan 6 minit perkm. Maka, bila saya berlari, cukuplah 30 minit tu.

lagipun berat badan saya naik kerana tak berapa jaga sangat makan. Banyak makan makanan manis dan berlemak. Sekejap je dah naik 7 kilo…nak turun kan memang satu seksaan sebenarnya…lambat nak turun.

Setakat ni dah turun 2 kilo dan masih dapam proses untuk mendapatkan berat yang ideal. Sebelum ni dah capai..tapi naik semula.

Lari 5km ni tak boleh secara paksa atau pace yang laju kerana selalunya bdana kita akan melwan dan minda kita memberontak untuk tidak berlari selepas itu.  So lari mestilah secara santai dan dalam pace yang kita selesa. Jangan paksa dan nak menunjuk nunjuk yang kita ni lari laju..:) buat slow and setady..insyaAllah, larian pace yang laju akan datang sekali selepas itu.

Sesi 2020/2021 Semester 1

Tarik 17 Oktober nanti bermulalah sesi 2020/2021 semester 1 pun bermula. Memang agak mencabar juga sebab permulaan kuliah dimulakan dengan perjumpaan secara maya sahaja untuk kelas perdana dan juga kelas SPACE.

Moga dipermudahkan urusan pengajaran kali ini. Amin

Unifi 500Mbps

Saya pun tak tahu bila masa pulak TM ni free upgrade dari 300mbps kepada 500mbps. Semuanya hanya saya tahu bila saya complain kelajuan unifi saya yang agak lambat sejak akhir akhir ini. Aduan dibuat kat MCMC..memang laju perkhidmatan MCMC ni…esoknya UNIFI call untutk hantar orang pi buat check. Mereka mengandaikan bahawa mungkin perkakasan saya yang dah usang dan tak support.

memang pun..modem saya tak boleh support sangat sebab mmng versi yang lama. Modem lama paling laju boleh pi sampai 200mbps sahaja. Ok unutk makluman semua, iklan Unifi tu semua speed nya adalah based kepada spectrum 5G ye bukan 2.4G YE. Saya pun baru tahu..so kalau nak test speed pastikan dalam spektrum 5G.

tapi umum semua tahu kelemahab utama spektrum 5G ini adalah jangkauan coverage yang agak kecil berbanding 2.4G. so kalau saya pi bilik kat bawah, memang tak kuat sangat signal dia..so tak dapat lah nak take advantage on 5G…

Technician tu cakap, masih boleh lagi take advatage on 5G ….guna Mesh Wifi . Saya tengok harga sekitar RM300 untuk 2 unit..ok kot

2km larian laju


asalnya saya nak buat larian 3km tapi … heart beat dah tinggi 167bpm… boleh pergi lagi tapi tak mau ada problem pulak kat jantung ni

so larian 2km tapi larian yang setakat ini memang paling laju lah. the fisrt km took 5mknutes 40 ercond and the 2nd lap took only 4 minit 50 seconds . so the total time for 2 km is about 10 minutes 30 seconds. well done!

subjek Pengurusan


saya dapat tahu maklumat berkenaan pelajaran berkaitan pengurusan kejuruteraan akan diambil oleh pensyarah dari sekolah kejuruteraan itu sendiri. Alasan yang saya dengar adalh lebih baik subjek ini dianar oleh pensyarah sekolah kejuruteraan itu sendiri kerana boleh relate dengan bidang masing masing.

Pendapat saya adalah = tidak pratikal.

kalau sekolah menengah boleh lah kot untuk cikgu ajar. tapi ini dah peringkat sarjana muda. perlu pakar bidang pengurusan yang ambil alih. kerana bukan semua pensyarah kejuruteraan mempunyai ilmu pengurusan. lain lah pensyarah pengurusan memang dari ijazah dan phd memfokus kepada pengurusan.

saya pun ada juga nampak, ijazah sarjana pengurusan kejuruteraan dimana pendaftaran terbuka kepada semua pelajr kejuruteraan. siapa yang ajar? bukan kah pensyarag pengurusan? haaaa… tu boleh pulak ajar subjek sarjana untuk pelajar master berkelulusan kejuruteraan.

so no big deal kan? boleh je ajar? kalau staff pensyarah pengurusan x cukup kenapa x ambil staff baru? tak de peruntukan? hmmmm… ni semua berbalok kepada orang atas.. Visi dan Misi merka yabg buat… so kita ni support je Visi dan Misi tu… tapi irnh di peringkat pengurusan tengah perlu lah bersuara pada yang atas agar keadaan sebenar didengar dan diperlihatkan

Hari Hol-Apa plan???

hari Hol Negeri Johor jatuh pada 24 September 2020.  Tak tau nak pergi mana..nak bercuti ke kawasan mersing, kebanyakan chlet yang ok semuanya da penuh..resort yang 3-4 bintang macam kat Desaru tu dah harga macam tinggi tak ingat…

So nak pi mana ye bawak anak anak..?? nak pi pantai macam bosan pulak dan panas…

Mungkin ini masa sesuai pi Air Terjun Gunung Pulai!

Larian 3km

hari ni tanggal 20 September 2020, aku berlari pagi dan petang…kenapa?

sebab pagi tu dah dapat step sampai 7000 tapi aku ni memandai mandai kasi unpair mi band 4 ni dengan hp aku…kenapa unpair?

sebab aku nak cuba selesaikan masalah connection antara mi band aku dengan hp aku yang selalu putus semasa larian. Masa masa lain tak de pun..tu yang pelik.

Bila unpair, semua data step hilang dan reset sebagai kosong….geram pulak..

Tak pe lah..petang tadi aku cuba dan dapat pun achieve gol 8000 step untuk hari ni.

Pagi tadi aku berlari dengan pace larian sekitar 5 minit tapi tak larat..aku buat 1km je..rehat..dan sambung 1 km lagi…

Petang tadi, ntah macam mana ada pulak semnagat untuk cuba buat larian 3km sekali harung ..Alhamdulillah pace larian aku sekitar 5 minit lebih dan aku complete 3km dengan masa 16 minit 25 saat. Alhamdulillah..the best speed ever setakat ni….sebelum ni pernah jugak achieve sekitar 16 minit lebih tahun 2019…