Tag Archives: pace run

Larian 3km

hari ni tanggal 20 September 2020, aku berlari pagi dan petang…kenapa?

sebab pagi tu dah dapat step sampai 7000 tapi aku ni memandai mandai kasi unpair mi band 4 ni dengan hp aku…kenapa unpair?

sebab aku nak cuba selesaikan masalah connection antara mi band aku dengan hp aku yang selalu putus semasa larian. Masa masa lain tak de pun..tu yang pelik.

Bila unpair, semua data step hilang dan reset sebagai kosong….geram pulak..

Tak pe lah..petang tadi aku cuba dan dapat pun achieve gol 8000 step untuk hari ni.

Pagi tadi aku berlari dengan pace larian sekitar 5 minit tapi tak larat..aku buat 1km je..rehat..dan sambung 1 km lagi…

Petang tadi, ntah macam mana ada pulak semnagat untuk cuba buat larian 3km sekali harung ..Alhamdulillah pace larian aku sekitar 5 minit lebih dan aku complete 3km dengan masa 16 minit 25 saat. Alhamdulillah..the best speed ever setakat ni….sebelum ni pernah jugak achieve sekitar 16 minit lebih tahun 2019…