disebalik awan mendung… gambar lama. saya hanya tukar langit je menggunakan sky replacement tools photoshop 2021. sgt mudah dan very intuitive.
Tag Archives: johor
Terbang UTM
Hari ni kita pi panas panaskan drone dji saya ni..dah beberapa bulan duduk dalam beg…takut bateri rosak pulak…bateri lithium ni kena selalu pakai..kalau tak nanti dia akan rosak…
So man main lah kejap dalam UTM tu..langit pun agak baik walaupun aak mendung sedikit. DJI Mavic Mini tak berapa bagsu sikit sensor. lagipun field of view agak terhad..tak macam GoPro Karma saya yang dulu.. memang ultra wide lens dia.
Saya harap, pada masa akan datang DJI dapat datangkan kamera yang mempunyai ultra wide angle lens
Main Gate of UTM Skudai
This photo was taken last year. I went out alone and was targeting to frame this location with a light streak of vehicles passing by the road. At first, I was so frustrated because the sunset was not in a good mood. The passing by vehicles too was too small in the number. I need some big vehicles such as buses or lorries. I almost packed up when I saw a bus drive towards the gate from afar.
Luckily for me, I managed to capture the light streak that was coming from the bus. It was beautiful, combined with a nice blue hour moment. If not mistaken, the time was so late for the Maghreb prayer..around 7.35 pm. I packed up and did the prayer before going home.
Tanjung Langsat
Memang kawasan Tanjung Langsat ini merupakan antara tempat yang wajib disinggah para pencinta foto landskap. Tempat ni berdekatan dengan Masjid Tanjung Langsat..tapi untuk ke sini anda perlu mempunyai juru pandu yang pernah ke sini sebab banyak lorong.takut salah lorong, mmng sia sia lah terlepas moment matahari terbit.
Saya selalunya akan solat Subuh di masjid tanjung langsat ini..biar awal, daripada terlambat sampai..dari rumah saya ke sini dalam lingkungan 1 jam jugak lah.
Jangan keliru..foto ini bukan foto jeti di tanjung langsat. Saya pada mulanya ingat jeti, rupanya ia adalah sebuah restoran
Tanjung Langsat
Kawasan Tanjung Langsat ini letaknya di dalam kawasan Pasir Gudang. Tempatnya agak terpencil sedikit. Ia merupakan kawasan kampung melayu. Untuk peminat gambar landskap, ada dua tempat yang boleh dikunjungi untuk sesi matahari terbit, iaitu di jeti kayu dan jeti batu.
Jeti kayu (sebenarnya bukan jeti)..ia merupakan warung makan yang dibina diatas air. Jeti batu pula merupakan jeti di mana semua urusan tangkapan ikan dilakukan di situ. Di sekitar kawasan jeti batu ini ada terdapat restoran terapung lain.