Tag Archives: larian

Cadence!

Bila berlari, ada beberapa parameter yang selalu dirujuk, iaitu pace, cadence dan stride. Pace merujuk kepada masa yang diambil untuk melengkapkan jarak 1 km. Cadence pula bilangan jejak perminit. Manakala stride pula adalah jarak langkah antra kaki kiri dan kanan. Semua parameter ini bukan anda yang kira tapi peranti anda.

Semua smartphone sekarang telah dilengkapi dengan pelbagai sensor. So untuk gunakan sensor berkenaan untuk larian anda, sila letak dipinggang menggunakan tali pinggang larian ye.

Smart watch lagi ok tapi bergantung kepada jenis sensor yang dipakai. Xiomi Amazfit dah OK dah..banyak sensor. Nak lagi tepat kena angkat Garmin atau Suunto. Sekarang ni saya pakai Amazfit je.Saya ada pernah buat perbandingan sensor Amazfit saya dan apple watch 6 SE. Ketepatan sensor dan GPS hampir sama!

Ok cadence ni dan stride ni bagus untuk mengelakkan over striking (heel strike) kerana over stride ni akan menyebabkan beberapa kecederaan semasa larian.

Untuk larian yang bagus, pastikan stride anda kecil manakala cadence anda adalah tinggi sekitar 160 ke atas.

SELAMAT MENCUBA!

Larian 3km

hari ni tanggal 20 September 2020, aku berlari pagi dan petang…kenapa?

sebab pagi tu dah dapat step sampai 7000 tapi aku ni memandai mandai kasi unpair mi band 4 ni dengan hp aku…kenapa unpair?

sebab aku nak cuba selesaikan masalah connection antara mi band aku dengan hp aku yang selalu putus semasa larian. Masa masa lain tak de pun..tu yang pelik.

Bila unpair, semua data step hilang dan reset sebagai kosong….geram pulak..

Tak pe lah..petang tadi aku cuba dan dapat pun achieve gol 8000 step untuk hari ni.

Pagi tadi aku berlari dengan pace larian sekitar 5 minit tapi tak larat..aku buat 1km je..rehat..dan sambung 1 km lagi…

Petang tadi, ntah macam mana ada pulak semnagat untuk cuba buat larian 3km sekali harung ..Alhamdulillah pace larian aku sekitar 5 minit lebih dan aku complete 3km dengan masa 16 minit 25 saat. Alhamdulillah..the best speed ever setakat ni….sebelum ni pernah jugak achieve sekitar 16 minit lebih tahun 2019…