Pagi ini, PM Dr Shahidan menyampaikan tazkirah ringkas tentang pentingnya masa. Pengajaran yang dipetik dalam surah al-asr (waktu asar yang sibuk dengan kerja) dan al-fajr (waktu subuh yang susah nak bangun).
Dalam surah al-Asr, Allah menerangkan bahawa sesungguhnya demi masa ramai orang yang kerugian – Innal insana la fi Husr. Justeru dalam kehidupan, banyak idioms tentang masa. Ada orang tak cukup masa, ada orang lebih masa, ada orang buang masa, ada orang curi masa, ada orang beri masa. Yang paling bahaya sekiranya masa kita berkait dengan masa orang lain. Contoh paling mudah ialah apabila kita tidak menepati masa dalam mesyuarat, orang terpaksa menunggu untuk mulakan perbincangan – itu namanya kita mencuri masa orang lain (Allahuakhbar baru perasan kita bukan sahaja merugikan masa sendiri tetapi sehingga mencuri masa orang lain). Yang paling bagus ialah kita beri masa – beri masa dengan mendengar masalah orang lain, beri masa kepada masjid dan surau, beri masa untuk membantu orang lain.
Dalam kita cuba menghargai masa – ingat untuk Watawa saubil haq – Berdakwah dengan kecil-kecilan – anak-anak dan suami. Juga jangan lupa Watawa saubis sob – penuh dengan kesabaran