Pengesahan Jawatan di Universiti Teknologi Malaysia (akademik)

Pengesahan Jawatan di UTM adalah dalam tempoh 1-3 tahun:

Dengan syarat 3 tahun berturut-turut dapat average eLPPT 80%.
Dengan syarat 2 tahun berturut-turut dapat average eLPPT 85%.
Dengan syarat 1 tahun berturut-turut dapat average eLPPT 90%.

Dan telah mengikuti program berkenaan.

  1. Program Transformasi Minda diadakan 2 kali setahun. Dalam tempoh 5 hari. Diadakan di UTM JB (6-10 Ogos 2017)
  2. Syarat tambahan – SPPT (Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi). Anjuran UTM Lead. Bagi staf akademik sahaja (done – 9-26 Julai 2017)
  3. Peperiksaan perkhidmatan – akademik tidak perlu. (no need)
  4. Penilaian prestasi tahunan (eLPPT) – https://hffin.utm.my/smuhr – refer 1-3 tahun formula seperti di atas.
  5. Perakuan ketua jabatan – pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau manamana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan untuk bertindak bagi pihaknya. Ketua jabatan boleh untuk tidak memperakukan pengesahan jawatan staf dibawah seliaannya jika prestasi tidak memuaskan.

Setelah Sah jawatan – akan dapat jawatan tetap, kemudian boleh pilih untuk caruman KWSP atau Skim pencen.

  1. Pencen
    • Pencen – dapat pencen bulanan dan faedah persaraan, GCR, faedah perubatan percuma untuk pesara dan tanggungan.
    • Pencen minimum 40 tahun, maksimum 60 tahun. 40 tahun ke atas boleh bersara pilihan – tetapi pencen hanya akan dapat apabila mencapai umur 55 tahun.
    • Pencen UTM sama mengikut pekeliling kerajaan.
  2. KWSP
    • KWSP – faedah persaraan, GcR, Faedah perubatan percuma untuk pesara, caruman KWSP anggota dan kerajaan, bantuan kematian RM2500 sekaligus, hilang upaya RM 5000 sekaligus