Tag Archives: #Geoinfo

Program Geoinformatik – Sejarah sikit

Assalamu’alaykum,

Jadi, sebelum kita teruskan lebih mendalam tentang program Geoinformatik ini, kita kena kenal dulu kan? tak kenal maka tak cinta…. Jadi nak kenal, kenalah faham sikit2 sejarah program ini.

So, program ini (dahulu dipanggil kursus) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. kalau ikut tahun akademiknya, kira 1994/1995. Ketika itu, GIS agak baru di Malaysia, dan Kerajaan Malaysia ketika itu baru memperkenalkan Infrastuktur Kebangsaan bagi Sistem Maklumat Tanah (National Infrastructure for land Information System (NaLIS)) pada tahun 1997 (NaLIS).

~cerita tentang NaLIS dan kemudiannya ditambah baik kepada MaCGDI kita bincang lain kali~

Jadi, program ini dibangunkan dengan tujuan mengisi kekosongan dalam membangunkan dan meningkatkan NaLIS ketika itu. Program ini kemudiannya ditambahbaik, dengan beberapa penambahbaikan setiap 5 tahun. Terkini, program ini telah ditambahbaik silibusnya pada tahun 2018 (yeah, tahun ni), dan telah diluluskan oleh Senat Universiti.

Setakat ini, ramai graduan Program Geoinformatik (Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)) dari UTM ini telah bekerja di pelbagai bidang…. kalau hendak tahu bidang apa? lain kali kita cerita. malah ada yang bekerja di luar negara, dan menjadi pakar di sana! hebat mereka ini…

orait, itu sahaja nak dikongsikan kali ini.

Jumpa lagi di lain kali….

Regards

artikel terdahulu:

Program Geoinformatik – ni program apa?

Mana nak cari info lebih?

sini ada: http://builtsurvey.utm.my/academic/bachelor-of-science-geoinformatics/

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

Program Geoinformatik – ni program apa?

Assalamu’alaykum,

GEOINFORMATIK

Ramai yang pernah terbaca, atau ternampak perkataan Geoinformatik ini. Terutama kepada pelajar matriks, STPM, malah tahun asasi di mana2 universiti. Dan ramai tidak tahu apa sebenarnya Geoinformatik ni. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit apa benda program Geoinformatik ni….

Sebelum bermula, saya nak tanya, pernah tak anda menggunakan Google Map? atau Waze? atau OpenStreetMap? pernah naik Grab? Apa persamaan kesemua apps di atas? Ada ke orang jaga kat belakang apps ni untuk pastikan info korang dapat tu betul ke tidak?


Sebenarnya, kesemua apps itu menggunakan maklumat geografi, dan disimpan dalam satu sistem, yang dinamakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System, GIS). Jadi GIS hari ini, telah digunapakai secara meluas, akan tetapi, orang tak tahu yang ianya adalah GIS.

Ok, apa kaitan GIS dengan program Geoinformatik ni?

Secara ringkas, program Geoinformatik ni, kita akan belajar disiplin ilmu disebalik GIS ni.

Disiplin ilmu sampai kita boleh keluarkan apps atau pandai gunakan apps dengan peta-peta bagai ni.

Program Geoinformatik ada je ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai… di UTM nama penuhnya adalah Program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik). haaa… tu dia panjang….

Dalam program Geoinformatik ini, kita akan faham bagaimana nak cari data-data jalan, petrol station, restoran dan apa2 maklumat yang korang nak cari… Lepas tu, macamana nak simpan data, macamana nak cari jalan paling pantas, dan macamana nak tunjuk semua data-data dan maklumat ni dalam pelbagai gadget. Nak tunjuk guna komputer? handphone?

haaa… semua ada dalam program ni.

So, jika anda ingin jadi salah seorang yang “pembangun” GIS di Malaysia ini, Program Geoinformatik adalah program yang sesuai untuk anda! Program ini ada ditawarkan di UTM, dahulu di bawah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Namun berkat sinergi, fakulti ini telah dinamakan semula sebagai Fakulti Alam Bina dan Ukur, atau FABU (Faculty of Built Environment and Surveying).

Orait, lain kali saya akan berkongsi lagi apa lagi yang ada dalam program Geoinformatik ni..

Jumpa lagi!!

regards

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM