Majlis anugerah Citra Karisma 2018

Tahun keempat dapat masuk ke majlis Citra Karisma sebagai penerima anugerah. Tahun ini mewakili fakulti untuk dua anugerah iaitu Anugerah Teknologi Maklumat dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan sebagai finalis.

Proses permohonan adalah agak kompleks, kena isi borang, kena buat pembentangan dan keputusan kena tunggu majlis inilah. Berdebar juga rasa sebab tak tau siapa yang menang hinggalah ke saat akhir.

Alhamdulillah, berjaya memenangi satu anugerah iaitu Anugerah Inovasi Perkhidmatan untuk Sistem eProjek yang dibangunkan oleh Dr Megat Aman Zahiri Megat Zakaria. Sistem dah masuk tahun ke 3 digunakan dan semakin ramai pengguna. Sejak jadi Penolong Pengurus Fasiliti di Fakulti Pendidikan, aku dipertanggungjawabkan untuk manage sistem ibagi membantu urusan masuk markah dan penghantaran laporan akhir. Kini dah mula digunapakai untuk Penyeliaan Praktikum Kaunseling. Banyak lagi nak diupgrade berdasarkan permintaan pengguna. InsyaAllah akan diusahakan.

Bagi kategori Anugerah Teknologi Maklumat, kalah dengan Sekolah Pengajian Siswazah. Takda rezeki kali ini. Tapi, dapat ke finalis pun dah syukur alhamdulillah.

Kita share beberapa gambar yang ada yek…

Anugerah Webometrik kategori Individu 2017

Pada tahun 2016, saya telah terpilih sebagai salah seorang finalis dalam kategori Anugerah Webometrik Kategori Individu ini di Majlis Citra Karisma 2016. Semasa dijemput oleh wakil urusetia Citra Karisma, saya menerima jemputan dengan niat untuk bersama-sama meraikan sahaja. Menang itu sangatlah jauh daripada fikiran saya kerana saya digandingkan dengan mereka yang saya sendiri kenali sangat aktif dalam dunia blog. Salah seorang daripadanya adalah En Fuad Yusof daripada Perpustakaan UTM. Tetapi, mungkin rezeki saya tahun lepas apabila terpilih sebagai pemenang.

Tahun ini, apabila saya melihat nama beliau sebagai calon finalis Anugerah Webometrik kategori Individu, saya tahu bahawa beliau akan menang. Ini kerana, beliau semakin aktif dalam penulisan blog dan pembangunan video montaj serta rakaman temubual sepanjang tahun 2016. Malah, video Keunggulan Terbilang (Lagu Rasmi UTM) yang baru juga adalah hasil kerjasama beliau bersama beberapa staf UTM yang lain.

Credit gambar daripada En Supandi Bunangin.

Tahniah En Fuad Yusof, semoga kerajinan anda berkongsi idea dan cerita di UTM kepada semua akan diikuti oleh rakan-rakan kita yang lain. Siapa kata staf bukan akademik tak boleh menulis blog. He is the living proof.