1 cawan biji sagu
1 liter air atau lebih
Pewarna kegemaran
Cara-cara:
Rendam biji sagu seketika dan tos.
Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih.
Sentiasa dikacau supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambah air jika tidak cukup air. Tutup api dan masukkan air ke dalam periuk sagu dan kacau rata.
Toskan sagu dalam bekas penapis untuk buang lebihan air. Lalukan dibawah air paip yang mengalir sambil dikacau untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau rata menggunakan garfu.
Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.
Nota: boleh juga terus dimasukkan sagu ke dalam air gula Melaka dan kacau rata. Masukkan dalam bekas sesuai dan sejukkan. Bila hendak makan, tuang susu cair atau santan yang telah dimasak.
Untuk Manisan:
1 keping gula melaka – 100 gram
1 sudu besar gula pasir
½ cawan air
1 helai daun pandan – simpul
½ sudu besar tepung jagung – bancuh dengan air
Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung, masak hingga gula larut dan mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Bolehlah tutup api.
Santan:1 cawan santan
¼ sudu kecil garam
atau:
Susu cair
Santan dimasak dengan sedikit garam. Sedia untuk digunakan.
Cara Menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair.
Letak 1 sudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati.
Recent Comments