Kursus EA 1

Enterprise Architecture (EA) Sektor Awam (MyGovEA)

Bagi menyokong pelaksanaan PSICTSA, Kerajaan telah membangunkan Enterprise Architecture (EA) Sektor Awam. Pelaksanaan EA dapat merealisasikan strategi organisasi merentasi domain bisnes, data, aplikasi dan teknologi (BDAT) untuk mendapat faedah konvergen dan penjajaran strategi bisnes dan ICT serta pengukuhan kolaboratif merentas agensi melalui perkongsian maklumat, perkhidmatan, data dan infrastruktur. EA Sektor Awam dilaksanakan dengan mengadaptasikan pelan induk MyGovEA yang telah dibangunkan pada tahun 2015.

EA berperanan sebagai pelantar strategik dalam konteks evolusi dan transformasi e-Kerajaan kepada Kerajaan Digital bagi memenuhi keperluan perubahan persekitaran perkhidmatan digital kepada rakyat. Perubahan ini mencakupi perubahan terhadap visi, misi, objektif, strategi, proses bisnes serta penjawat awam dan hubungkaitnya dengan perubahan data dan maklumat kerajaan, aplikasi dan teknologi. Pembudayaan dan amalan EA di Sektor Awam akan dapat menilai kekuatan dan batasan bisnes, perkhidmatan dan teknologi sedia ada dapat menyokong kecekapan, produktiviti dan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Transformasi kepada Kerajaan Digital menerusi MyGovEA dijangka dapat memberi manfaat dalam strategi bisnes dan teknologi. Transformasi Kerajaan Digital melibatkan pertukaran maklumat digital merentas agensi di mana saling kendali (interoperability) amat penting. Keupayaan EA dalam menguruskan saling kendalian antara sistem maklumat dalam menyelaraskan perkhidmatan merentasi agensi di pelbagai sektor semasa membangunkan perkhidmatan digital berteraskan life-events memberi nilai tambah kepada agensi.

Rangka Kerja MyGovEA adalah seperti di bawah:

Speak Your Mind

*