Archives for July 2022

Anugerah Inovasi Perkhidmatan UTM 2022

 

 

Penggunaan RFID dalam Sistem Pengambilan dan pemulangan jugah. RFID juga digunakan memaparkan nama graduan semasa berada di atas pentas semasa Majlis Konvokesyen.

Alhamdulillah penat lelah selama ini berbaloi membangunkan sistem yang berinovasi.

AIP
ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN


1.0 TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ)
membuat permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP)
bagi sesi pencalonan produk/projek inovasi


2.0 PENGENALAN
Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP) adalah satu anugerah baharu yang
diperkenalkan mulai tahun 2018. Anugerah ini diperkenalkan untuk tujuan
memberi pengiktirafan kepada inovasi yang diperkenalkan oleh komuniti UTM
dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan. Inovasi daripada R&D yang tiada kaitan dengan peningkatan
kualiti dan produktiviti organisasi adalah tidak layak untuk memohon.


3.0 DEFINISI INOVASI (DALAM KONTEKS AIP UTM)
Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek
kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil
inovasi yang berupa produk atau perkhidmatan boleh merangkumi apa-apa
perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau
cara bekerja.


4.0 OBJEKTIF ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN (AIP)
Objektif AIP adalah untuk:
4.1 Memberi pengiktirafan kepada inovasi yang diperkenalkan dan
diaplikasikan di sesebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ).
4.2 Memupuk dan menyemarak budaya kreatif dan inovatif dalam cara
bekerja seharian
4.3 Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh
dicontohi untuk faedah organisasi lain
4.4 Menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Syarat-syarat penyertaaan AIP adalah seperti berikut:-
5.1 Penyertaan dalam AIP adalah wajib dengan Ketua Pusat
Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memastikan penyertaan
Jabatan/Bahagian di bawahnya.
5.2 Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi
peningkatan kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi dan BUKAN
hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tiada kaitan dengan
peningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
5.3 Tiada pencalonan maksimum dihadkan kepada PTJ/Bahagian untuk
menghantar permohonan/penyertaan.
5.4 Inovasi hendaklah milik PTJ yang mengambil bahagian ataupun
penyertaan bersama jika inovasi dimiliki bersama PTJ lain.


6.0 TUMPUAN PENILAIAN DAN KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI
PERKHIDMATAN (AIP)
Tumpuan penilaian dan kriteria pemilihan yang digunakan dalam proses
penilaian AIP 2019 adalah seperti berikut:
6.1 Tumpuan Penilaian Pertama : Penyataan Masalah
Penilaian dibuat bagi mengenalpasti masalah yang berlaku,
bagaimana dikenalpasti, impak masalah, sasaran dan skop inovasi
tersebut. Kriteria yang akan dinilai adalah seperti berikut :
6.1.1 Penyataan masalah kualiti perkhidmatan yang dihadapi.
6.1.2 Bagaimana masalah dikenalpasti samada melalui
maklumbalas/aduan pelanggan, melalui mesyuarat PTJ,
secara top-down atau bottom-up.
6.1.3 Mengapa ianya perlu diatasi atau kesan/impak jika tidak
diatasi.
6.1.4 Skop dan sasaran projek.
6.2 Tumpuan Penilaian Kedua: Pelaksanaan Inovasi
Penilaian kriteria ini mengambil kira perancangan, cara pelaksanaan
dan analisa data atau fakta sokongan meliputi :
6.2.1 Tools/method/pendekatan yang digunakan dalam
penganalisaan masalah
6.2.2 Proses dan bukti penganalisaan data/masalah dilakukan.
6.2.3 Cadangan penyelesaian selepas proses analisa (cadangan
utama dan cadangan alternatif)
6.2.4 Penilaian risiko kepada cadangan penyelesaian utama.
6.2.5 Bagaimana penyelesaian dilakukan/ diimplementasi.
6.3 Tumpuan Penilaian Ketiga: Impak Keberkesanan
Impak dan keberkesanan dinilai dengan melihat kepada kriteria
kecekapan dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.
6.3.1 Penyataan impak terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan
6.3.2 Analisa impak dan produktiviti yang merangkumi masa, kos
dan sumber manusia
6.3.3 Maklumbalas/testimoni pelanggan selepas inovasi
6.3.4 Peningkatan indeks kepuasan pelanggan.
6.4 Tumpuan Penilaian Keempat : Peluang Penambahbaikan
Aspek dinilai dengan memberi penekanan kepada penambahbaikan
berterusan.
6.4.1 Peluang penambahbaikan hasil maklumbalas pelanggan
6.4.2 Peluang penambahbaikan selepas hasil analisa impak.
6.4.3 Pelaksanaan penambahbaikan yang telah dikenalpasti.
6.5 Tumpuan Penilaian Kelima : Impak Terhadap Nilai Teras UTM
6.5.1 Impak terhadap nilai teras UTM iaitu integriti, senergi,
cemerlang dan lestari.

7.0 PROSEDUR PENILAIAN
7.1 Proses hebahan penyertaan oleh urusetia program iaitu Pusat
Kualiti & Pengurusan Risiko (UTM QRiM) ke semua PTJ di UTM.
Pemohon-pemohon perlu memahami, mempersetujui dan
melengkapkan maklumat berkenaan AIP merujuk kepada Lampiran A.
7.2 Proses tapisan awal oleh pihak urusetia bagi memastikan PTJ
memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Proses ini
akan melibatkan aktiviti saringan dokumen.
7.3 Proses penilaian keseluruhan oleh Panel Penilai AIP. Antara proses
yang terlibat adalah:
7.3.1.1 Proses penilaian dan pengesahan dokumen.
7.3.1.2 Lawatan penilaian oleh Panel Penilai Utama AIP
ke lokasi PTJ (jika diperlukan).
7.3.1.3 Pembentangan oleh PTJ secara konvensyen
kepada para Panel Penilai AIP. Pembentangan
perlulah menyentuh aspek kecemerlangan
organisasi tersebut berpandukan
pengaplikasian ke atas EMPAT (4) kriteria
penilaian yang telah ditetapkan dalam Jadual 1,
Perenggan 9.0. Syarat dan format
pembentangan akan ditentukan oleh urus setia
AIP. Pembentangan hendaklah menggunakan
laporan penulisan seperti yang dihantar kepada
urusetia.
7.3.2 Proses pemilihan pemenang oleh pihak urus setia bersama
Jawatankuasa Induk Anugerah Inovasi Perkhidmatan sebelum
diperakukan oleh Jawatankuasa induk Citra Karisma.
7.3.3 Pengumuman keputusan Anugerah Inovasi Perkhidmatan
2020 oleh pihak Urus Setia Citra Karisma melalui Majlis Citra
Karisma tahunan.
7.3.4 Markah lulus bagi tujuan penganugerahan adalah 80%.
7.3.5 Penarafan tahap pencapaian projek berdasarkan markah yang
diperolehi :
Emas : 80 markah dan ke atas
Perak : 70 – 79.9 markah
Gangsa : 60 – 69.9 markah

8.0 FORMAT LAPORAN INOVASI ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN (AIP)
8.1 Maklumat ringkas mengenai Fakulti / Kumpulan Penyelidikan / Pusat
Kecemerlangan / Unit / Jabatan yang memperkenalkan inovasi
8.2 Penerangan mengenai inovasi yang dilaksanakan mengikut semua
topik dan sub-topik tumpuan penilaian dan kriteria seperti perkara
6.0 sahaja.
8.3 Huraian boleh berbentuk gabungan penulisan, rajah, jadual, grafik
dan infografik.
8.4 Gambar-gambar inovasi berserta dengan penerangan
8.4.1 Bersaiz 3R
8.4.2 Minimum empat (4) keping dan maksimum sepuluh (10) keping
8.4.3 Sekurang-kurangnya 2 keping gambar sebelum inovasi dan 2
keping gambar selepas inovasi
8.5 Satu (1) salinan hard copy dan 1 salinan soft copy laporan perlu
dihantar untuk setiap projek inovasi.
8.6 Format penulisan laporan inovasi adalah seperti berikut:
8.6.1 Power point tidak melebihi daripada 100 slaid
8.6.2 Maksimum 2 slaid dalam satu muka surat
8.6.3 Cetakan berwarna
8.6.4 Cetakan depan belakang dan ring binding

9.0 PEMBAHAGIAN MARKAH ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN (AIP)
Pembahagian markah adalah diberikan mengikut kriteria-kriteria yang
ditetapkan seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Pembahagian Markah Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP)
TUMPUAN PENILAIAN & KRITERIA MARKAH
Tumpuan Penilaian Pertama : Penyataan Masalah (10)

  1. Penyataan masalah kualiti perkhidmatan yang dihadapi 5
  2. Kaedah masalah dikenalpasti 5
  3. Penyataan kesan / impak jika tidak diatasi 5
  4. Skop dan sasaran projek 5
    Tumpuan Penilaian Kedua : Pelaksanaan Inovasi (40)
  5. Tools/Method/pendekatan yang digunakan dalam Analisa
    masalah
  6. Proses dan bukti penganalisaan masalah/data 10
  7. Cadangan penyelesaian masalah 5
  8. Penilaian risiko kepada cadangan penyelesaian 10
  9. Implementasi/pelaksanaan penyelesaian 10
    Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak Keberkesanan (35)
  10. Penyataan impak terhadap kualiti perkhidmatan 15
  11. Analisa impak/produktiviti 10
  12. Maklumbalas/testimoni pelanggan 5
  13. Peningkatan indeks kepuasan pelanggan 5
    Tumpuan Penilaian Keempat : Peluang Penambahbaikan (10)
  14. Peluang penambahbaikan hasil maklumbalas pelanggan 3
  15. Peluang penambahbaikan selepas analisa impak
    keberkesanan
  16. Pelaksanaan penambahbaikan yang telah dikenalpasti 4
    Tumpuan Penilaian Kelima : Impak Terhadap Nilai Teras UTM (5)
  17. Impak terhadap nilai teras UTM iaitu
    integriti/senergi/cemerlang/lestari

    MARKAH PENUH 100
    10.0 CARA PERMOHONAN
    PTJ yang hendak menyertai AIP hendaklah menyempurnakan tindakantindakan berikut:
    10.1 Melengkapkan borang permohonan dengan ditandatangani oleh Ketua
    PTJ seperti di Lampiran A
    10.2 Menyediakan laporan inovasi dalam Bahasa Melayu mengikut format
    dan panduan penulisan seperti perkara 8 di atas.
    10.3 Mengemukakan borang permohonan (Lampiran A) bersama-sama
    laporan inovasi (perkara 8.5 dan 8.6) kepada urus setia sebelum tarikh
    tutup yang ditetapkan.

    11.0 KOS HADIAH
    Pemenang : RM3,000, Piala Pusingan dan Sijil
    Dua Terbaik selepas Pemenang : RM1,000 dan Sijil