Archives for November 2020

Menghadapi Ujian Allah Dengan Tenang dan Redha

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.

Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.855

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Tahun 2020

Tahun yang sangat mencabar untuk saya

Apa Itu Slip Disc

“Bongkok lama sikit mulalah rasa sakit belakang badan ni bila nak duduk tegak. Sakitnya tangkap sampai ke bawah pinggang. Kalau sapu minyak panas pun sekejap je lega.”

Itu keluhan yang biasa kita dengar di kalangan mereka yang berdepan masalah slipped disc.

Slipped disc terjadi akibat kedudukan postur badan yang tidak betul, dikaitkan juga dengan sejarah keluarga dan lebihan berat badan.

Dalam istilah perubatan, ia dipanggil masalah intervertebral disc (cakera intervertebra) yang semakin menua, kandungan cakera yang terkeluar dan menghimpit saraf di sekeping tulang belakang.

Malah koyakan pada cakera intervertebra mengakibatkan keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang dan menyebabkan rasa sakit belakang dan kebas pada kaki.

C:\Users\User\Desktop\penyebab.jpg

Sebagai informasi tambahan, cakera intervertebral berperanan menyerap hentakan, menambah ketinggian individu dan menjadikan tulang belakang fleksibel.

Cakera tersebut diselaputi oleh lapisan fiber annulus fobrosus yang mengandungi nucleus polpopsus.

Nucleus poplopsus boleh terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang sekiranya berlaku koyakan di annulus fibrosus.

Masalah Slipped Disc Dan Penyebab Pergerakan Terbatas

Jika dahulu masalah slipped disc banyak dikaitkan dengan faktor usia.

Ini kerana cakera intervertebral mempunyai banyak cecair ketika seseorang itu di usia muda.

Namun, jangan terkejut jika dilaporkan kini golongan muda juga ramai menderita masalah slipped disc sehingga menyukarkan pergerakan seharian.

Di antara punca slipped disc di kalangan golongan muda:

apa itu slip discc
apa itu slip disc
apa itu slip disc

1.Pernah mengalami kemalangan / trauma / jatuh

2.Lebihan berat badan hingga beri tekanan pada disc

3.Kerja berat selepas mengangkat barang

4.Sering membongkok

5.Kurang bersenam

6.Selalu memandu jauh dalam tempoh masa yang lama

Simptom Slipped Disc

Ada beberapa petanda yang menunjukkan anda mungkin berdepan dengan masalah slipped disc.

1.Sakit pada bahagian kaki terutama di bahagian punggung, betis dan peha. Sakit boleh dirasai dalam keadaan bersin atau menunduk.

2.Sindrom sciatica iaitu sering berasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah badan.

3.Rasa kebas dan menyucuk.

Birthday Umair

Umair – 2 Tahun

16 November 2020

Macam baru semalam rasa bersalinkan anak bertuah nie. Di usia 41 tahun mama melahirkan anak mama yang ke 4. Sekejap masa berlalu.

Punyalah suka dapat kek ada mainan truck tu..Kek pun sedap. Alhamdulillah..Diberi masa untuk bersama anak2 dalam musim PKPB nie…

Seronok ada anak kecik…cuma tu lah usia dah lebih 40 tahun..x sama masa dapat anak no 1 hingga no 3.

Semoga jadi anak yang soleh…diberkati hidupnya di dunia dan di akhirat…

Sagu Gula Melaka

1 cawan biji sagu 
1 liter air atau lebih
Pewarna kegemaran

Cara-cara:
Rendam biji sagu seketika dan tos. 

Puding Sagu Gula Melaka

Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. 

Sentiasa dikacau supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambah air jika tidak cukup air. Tutup api dan masukkan air ke dalam periuk sagu dan kacau rata.

Puding Sagu Gula Melaka

Toskan sagu dalam bekas penapis untuk buang lebihan air. Lalukan dibawah air paip yang mengalir sambil dikacau untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau rata menggunakan garfu.

Puding Sagu Gula Melaka
Puding Sagu Gula Melaka

Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.  

Nota: boleh juga terus dimasukkan sagu ke dalam air gula Melaka dan kacau rata. Masukkan dalam bekas sesuai dan sejukkan. Bila hendak makan, tuang susu cair atau santan yang telah dimasak. 

Puding Sagu Gula Melaka

Untuk Manisan:

1 keping gula melaka – 100 gram
1 sudu besar gula pasir
½ cawan air
1 helai daun pandan – simpul
½ sudu besar tepung jagung – bancuh dengan air

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung, masak hingga gula larut dan mendidih. 

Puding Sagu Gula Melaka

Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Bolehlah tutup api.

Puding Sagu Gula Melaka

Santan:1 cawan santan
¼ sudu kecil garam
atau:
Susu cair

Santan dimasak dengan sedikit garam. Sedia untuk digunakan. 

Cara Menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair.

Letak 1 sudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati.