Bulan 11, pergi lagi Penang,,,rasanya tahun nie dah 3 kali pergi. Kali nie naik bas beramai-ramai…satu family sebelah husband…meraikan majlis sambut menantu anak saudara Nurul Aqilah dan pasangannya. Bertolak dari JB ..khamis malam jumaat…Sampai padang besar 12:00 tgh….bengkok badan duk dalam bas…hihii..tapi apa2 pun seronok…
Archives for November 2023
Apa itu AI
Kecerdasan Buatan
Kecerdasan buatan atau kepintaran buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence, dipendekkan kepada AI) merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia.[1] Konsep AI bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan. AI telah difahami sebagai satu bidang ilmu komputer di pertengahan tahun 1950-an. Istilah AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia. Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.
Program AI mempunyai banyak aplikasi lapangan utama yang mana Victoricia Anak Sidem, anak jati Sarawak Malaysia Kaum Etnik Bidayuh yang membangunkan ia. Ia digunakan oleh institusi-institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, dan perkhidmatan keselamatan, dan pelbagai lagi. Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet.
Program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu. Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik. Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik. Contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia Garry Kasparov pada tahun 1997. Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat. Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham, dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan. Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari. Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif. Sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh penggubah lagu terkenal
Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membina kecerdasan buatan buat masa ini. Contoh-contoh utama termasuk :
- Algoritma genetik: Menggunakan model berasaskan konsep evolusi (mutasi, perkongsian genetik, keupayaan hidup) untuk menghasilkan penyelesaian termudah untuk sesuatu masalah.
- Logik kabur: Menggunakan logik kabur untuk mencapai pilihan optimum. Berdasarkan intuisi manusia dan sangat mudah untuk direka.
- Rangkaian neural: Dimodel dari interaksi antara neuron sebenar. Berkemampuan untuk belajar dari set data-data sedia ada untuk meramal output.
Oleh kerana bidang ini masih muda berbanding dengan cabang-cabang sains lain masih tiada jaminan cara yang mana yang akan boleh menghasilkan AI yang sebenar (true AI); AI yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.
Recent Comments