PENGENALAN
Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan. Melalui komunikasi kita dapat memahami diri kita sendiri dan diri orang lain. Sebagai usaha untuk membangunkan dan mengembangkan potensi diri kita mesti berkomunikasi. Aktiviti berkomunikasi dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang konstruktif dan membantu orang lain. Komunikasi adalah mengenai membina pertalian dengan manusia lain.
DEFINISI
- Proses pertukaran maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak.
- Merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu / sekumpulan individu yang lain.
- Komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘comunication’ yang berasal dari perkataan Latin iaitu ”communicare” yang bermaksud ‘to make common’ iaitu mewujudkan persamaan.
Komunikasi
bolehlah ditakrifkan sebagai “satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain”.
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara manusia. Proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.
CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN
Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah:
Sapaan ataupun salam.
Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi dan menerima maklumat juga telah berlaku dengan bermulanya salam dan sapaan terhadap seseorang.
Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi.
Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat.
Mendengar dengan aktif.
kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.
Mengemukakan soalan yang disukai oleh pihak yang lain.
Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi secara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.
Senyuman dan mimik air muka.
Ia juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita.
HALANGAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI
Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap dan mempunyai halangan-halangan iaitu:(a) Pihak atasan ke pihak bawahan.(b) Pihak bawahan ke pihak atasan(c) Komunikasi Mendatar.Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada kedua-dua belah pihak.Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima subordinat dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana perasaan takut dan fobia untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu, ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah berlaku dalam sesebuah organisasi.Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga halangan dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham di antara kedua belah pihak yang akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. Faktor persekitaran yang kurang baik juga menyumbang kepada halangan komunikasi ini.
TIPS KOMUNIKASI BERKESAN
1. Anda sendiri perlu jelas dengan idea yang mahu disampaikan.
2. Anda perlu mengambil kira setting ( Sosial, Budaya,Fizikal ).
3. Anda gunakan body language yang sesuai mengikut setting yang betul.
4. Anda gunakan kemahiran gerakan badan seperti kontek mata, tunduk, ke depan, anggukan kepala.
5. Anda jadilah pendengar yang baik. Tumpuan sepenuhnya apa yang dibincangkan.
6. Anda perlu elakkan memonopoli perbualan.
HALANGAN-HALANGAN KEPADA KOMUNIKASI BERKESAN
Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang komunikasi ini.Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-harI.
I look after a vape store submission site and we have had a listing from a vape shop in the United States that additionally offers CBD goods. A Month later, PayPal has written to use to say that our account has been limited and have asked us to take away PayPal as a payment method from our vape shop directory. We do not retail CBD items like CBD oil. We merely provide promotion and marketing professional services to CBD companies. I have had a look at Holland & Barrett– the UK’s Major Health Retailer and if you take a close look, you will see that they sell a relatively substantial variety of CBD products, particularly CBD oil and they also happen to accept PayPal as a payment solution. It seems that PayPal is applying contradictory standards to many different companies. Because of this constraint, I can no longer accept PayPal on my CBD-related website. This has constricted my payment choices and presently, I am greatly reliant on Cryptocurrency payments and straightforward bank transfers. I have checked with a barrister from a Magic Circle law office in London and they explained that what PayPal is doing is completely unlawful and inequitable as it should be applying an uniform criterion to all companies. I am still to seek advice from an additional lawyer from a US law office in The city of london to see what PayPal’s legal position is in the United States. Meanwhile, I would be extremely appreciative if anyone here at targetdomain could provide me with alternative payment processors/merchants that deal with CBD companies.
why is my cbd vape penblinking red when it was blinking blue
Is anyone here in a position to recommend Neon Dresses? Cheers xx