Celik Digital

Celik digital merupakan keupayaan seseorang untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital (Wikipedia). Secara khusus, ia adalah kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupan seharian, dalam pekerjaan dan juga pembelajaran (Northstar Digital Literacy).

Celik digital di kalangan penjawat awam adalah keupayaan untuk capai (access) dan guna (use) platform digital dalam urusan pekerjaan seharian. Capai (access) ialah keupayaan atau kemahiran untuk mencapai (access) maklumat secara digital menggunakan peralatan ICT manakala guna (use) ialah keupayaan dan kemahiran untuk menggunakan maklumat dan teknologi digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Celik digital di kalangan penjawat awam merupakan salah satu sasaran di bawah Teras 1, Strategi 3, Inisiatif 7 (Membangun Dan Meningkatkan Kemahiran Digital Penjawat Awam untuk Semua Gred dan Skim) dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital). Sasaran yang telah ditetapkan ialah 100% penjawat awam celik digital pada tahun 2025.

Speak Your Mind

*