Ikan, Sotong, Udang Celup Tepung
Gerai ni lokasinya di hujung sekali. Depan Sk Sedili Besar. Dia ada jual udang, ikan dan sotong celup tepung. Keropok dan pisang goreng pun ada. Istimewanya kedai ni bagi aku kesegaran bahan basahnya, kuahnya, dan tepungnya tu. Rangup. Aku suka. Cuma sini korang kena datang awal kalau tak tak dapat tempat Kerusi meja dia tak banyak. Yang ni pada aku memang kena improve. Sebab pengunjung memang selalu ramai tapi tak cukup tempat. Servis dia boleh tahan laju jugak. Tak lama sangat la menunggu.


Harga boleh tahan. Ikut pilihan dan bajet korang Ada udang RM 10 dapat 3. Ada udang besar sikit RM7 sekor. Sotong pun sama ikut saiz. Kalau besar mahal sikit la. Tapi puas hati la Sekor pun kadang cukup dah. Sebab besar. Depan kedai ni ada taman permainan. So sambil makan2 boleh layan anak2 main. Anak2 aku memang kejarkan main kat sini. Takmo makan.
Selain celup tepung, ada jugak gerai lain yang jual maggie ketam, maggie udang, mee rebus, abc dan lain. Boleh pilih ikut suka korang.
Ok lah ..puas hati…17/12/2021 – Jalan2 ngan family
Recent Comments