Satu Bengkel Edited Book telah diadakan di Le Grandeur, Senai pada 19 Januari 2020. Objektif bengkel tersebut diadakan untuk membantu pensyarah SHARPS merancang dan melaksanakan gerakerja penyediaan Edited Book atau dikenal sebagai Book Chapter sebelumnya bagi tahun 2020 ini. Selain itu, pensyarah juga telah diberikan maklumat berkaitan dengan garis panduan penerbitan Edited Book oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azhar Abdul Hamid dari SHARPS, manakala penerbitan ISI/SCOPUS oleh Prof. Madya Dr. Lokman Mohd Tahir dari SOE, FSSK. Bengkel diakhiri dengan sesi pembentangan tajuk dan gerakerja pelaksanaan oleh setiap kumpulan.
Semoga penerbitan Edited Book dapat direalisasikan pada tahun 2020 ini.