Archives for October 2017

People are Agents of Change

In an organization, institution, society or group, people are agents of change. Malcolm Gladwell, a journalist in his book “The Tipping Point: How Little Things Can Make a Big Difference” stated that the success of any kind of social epidemic is heavily dependent on the involvement of people with a particular and rare set of social gifts. Mark Zuckerberg, a co-founder of Facebook said that

Picture source: https://pixabay.com/en/change-hand-finger-keep-present-948008/

“People influence people. Nothing influences people more than a recommendation from a trusted friend. A trusted referral influences people more than the best broadcast message.” Howard Shultz, the visionary of Starbucks, famously said “We built the Starbucks brand first with our people, not with consumers. Because we believed the best way to meet and exceed the expectations of our customers was to hire and train great people, we invested in employees.” Air Asia founder, Tony Fernandes claimed that “employees come number one, customers come number two. If you have a happy workforce they’ll look after your customers anyway.” It is evident that people are agents of change. Even in Al-Quran Allah says “Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves” (Quran 13:11).

Quitters, Campers & Climbers

Menurut Dr. Paul G. Stoltz dalam bukunya yang bertajuk Adversity Quotient: Turning Obstacles into Opportunities, kehidupan diumpamakan seperti pendakian gunung yang mana pencapaian diperolehi dengan sikap dedikasi yang berterusan dalam pendakian untuk menuju ke puncak. Dalam proses pendakian tersebut, kadang-kadang langkah kita sangat perlahan dan menyakitkan, namun kejayaan diumpamakan sebagai tahap yang mana kita terus bergerak ke hadapan dan ke atas, tanpa mengira halangan atau bentuk kesukaran lain. Bagaimanapun, terdapat tiga kategori pendaki sepanjang pendakian ke gunung iaitu kumpulan yang menyerah kalah (Quitters), kumpulan yang berkhemah (Campers) dan kumpulan yang mendaki (Climbers).

picture source: https://pixabay.com/en/hike-lake-mountains-hiking-nature-870281/

Individu dalam kumpulan-kumpulan ini mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap pendakian dan hasilnya, mereka menikmati tahap-tahap tertentu kejayaan dalam kehidupan mereka. Quitters ialah mereka yang meninggalkan pendakian kerana mereka beranggapan bahawa jalan pendakian adalah rata dan mudah. Kumpulan ini mudah menyerah kalah apabila berhadapan dengan halangan dan kesukaran. Kumpulan kedua individu adalah Camper. Golongan ini boleh mendaki pada satu tahap ketinggian dan kemudian berhenti apabila bertemu dengan dataran yang rata untuk membina khemah. Lalu mereka berkata “ini adalah sejauh yang saya boleh pergi”. Mereka mudah berpuas hati dengan apa yang mereka capai dan tidak mempunyai impian untuk menggapai kejayaan yang lebih tinggi. Golongan Climbers pula merujuk kepada orang-orang yang berdedikasi untuk terus mendaki tanpa mengira halangan dan kesukaran. Mereka tidak membenarkan sebarang halangan seperti umur, jantina, latar belakang, kebolehan fizikal serta halangan-halangan lain untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak tertinggi. Mereka bermotivasi diri, sangat didorong dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan. Climbers adalah pemangkin yang bertindak ke atas sesuatu perkara untuk memastikan kejayaan dapat direalisasikan.

[PART 2] Melawat Abu Dhabi: Ibu Kota Mewah United Arab Emirates (UAE)

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/part-1-melawat-abu-dhabi-ibu-kota-mewah-united-arab-emirates-uae/

gambar: koleksi peribadi

Destinasi kedua penulis di Abu Dhabi ialah Emirates Palace. Emirates Palace merupakan hotel mewah yang memperlihatkan Abu Dhabi sebagai kotaraya termahal di dunia. Hotel ini terbuka kepada pengunjung untuk menikmati keindahan dan kemewahan di dalam bangunannya. Hotel ini terdiri daripada 394 kediaman iaitu 302 buah bilik dan 92 buah suite. Kebanyakan suite dilengkapi dalam emas dan marmar. Selepas puas menikmati keindahan seni bina dalaman hotel berkenaan, penulis menuju ke kawasan hadapan hotel untuk menikmati panorama kotaraya Abu Dhabi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang unik dan menarik. Penulis kemudian menikmati makan tengahari di Marina Mall iaitu satu lagi lokasi terbaik untuk menikmati keindahan panorama Abu Dhabi. Di kawasan ini terdapat kapal-kapal layar mewah penduduk Abu Dhabi yang berlabuh di kawasan perairan yang terletak tidak jauh dari Marina Mall. Di Marina Mall ini juga terletaknya Ferris Wheel yang juga dikenali sebagai Marina Eye menyediakan perspektif baru yang menarik dan menyajikan pemandangan yang hebat kota Abu Dhabi. Penulis kemudiannya bersiar-siar di dalam Marina Mall yang dikatakan antara pusat membeli belah terkenal dan sering dikunjungi di ibu kota UAE itu. Destinasi terakhir penulis di Abu Dhabi ialah Ferrari World yang merupakan sebuah taman tema yang terletak di Pulau Yas. Menariknya tentang Pulau Yas ini, ia merupakan sebuah pulau buatan manusia di Abu Dhabi. Pulau ini diwujudkan dengan tujuan untuk menjadikan pulau itu sebagai pusat riadah, membeli-belah dan hiburan. Pulau Yas juga di mana terletaknya Litar Yas Marina, yang telah menjadi tuan rumah perlumbaan Formula One Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix sejak 2009. Ferrari World merupakan taman tema yang bertemakan jenama Ferrari pertama di dunia. Malah, roller coaster terlaju di dunia iaitu Formula Rossa juga terletak di taman tema ini. Taman tema ini pernah dianugerahkan sebagai Pusat Pelancongan Terunggul di Timur Tengah di World Travel Awards pada tahun 2015. Penulis tidak memasuki taman tema berkenaan dan hanya bersiar-siar di kawasan perkarangan taman tersebut sebelum meluangkan masa mencuci mata di pusat membeli belah yang terletak bersebelahan. Hampir satu jam di situ, penulis bergerak pulang ke Dubai. Walaupun hanya meluangkan satu hari berkunjung ke kota Abu Dhabi, ianya cukup meninggalkan pengalaman manis buat penulis untuk dikenang buat selama-lamanya.

gambar: koleksi peribadi

gambar: koleksi peribadi

[PART 1] Melawat Abu Dhabi: Ibu Kota Mewah United Arab Emirates (UAE)

gambar: koleksi peribadi

Peribahasa melayu ada mengatakan, sambil menyelam minum air. Jadi, alang-alang sudah berada di bumi United Arab Emirates (UAE), penulis mengambil kesempatan untuk meluangkan masa sehari untuk melawat ibu negara UAE iaitu Abu Dhabi. Sejujurnya, masyarakat dunia pasti lebih mengenali Dubai berbanding kota kedua UAE tersebut. Walau bagaimanapun, Abu Dhabi turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Penulis mengambil perkhidmatan pemandu kereta dari hotel tempat penginapan penulis di Dubai untuk ke Abu Dhabi. Perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Kedua-dua bandar tersebut dihubungkan oleh lebuh raya yang lurus dan selesa. Sepanjang perjalanan melalui lebuh raya berkenaan, penulis disajikan dengan pemandangan kawasan-kawasan perindustrian dan padang pasir. Teknologi tol di lebuhraya-lebuhraya di UAE sangat moden dan terkehadapan. Berlainan dengan sistem tol di Malaysia yang mempunyai pondok tol di permulaan dan pengakhiran sesuatu destinasi, sistem tol di UAE dipanggil Salik (bermaksud “yang jelas dan bergerak”). Ia berasaskan teknologi RFID (Radio-frequency identification), yang mana bayaran akan ditolak secara automatik apabila kenderaan melalui pintu-pintu tol tertentu. Sedikit maklumat mengenai Abu Dhabi, selain berfungsi sebagai ibu negara UAE iaitu pusat pentadbiran negara, Abu Dhabi mempunyai banyak kawasan perindustrian minyak yang merupakan nadi kekayaan UAE. Abu Dhabi merupakan emirat yang terbesar dari tujuh emirat yang membentuk UAE. Enam emirat yang lain termasuklah Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Quwain. Keluasan Emirat Abu Dhabi lebih kurang dalam 67.340 kilometer persegi, iaitu meliputi 80% dari jumlah keluasan negara UAE. Walau bagaimanapun hanya 30% dari keluasan tersebut dihuni, manakala selebihnya merangkumi kawasan padang pasir. Dari segi populasi, ia merupakan kotaraya kedua terpadat di UAE selepas Dubai. Perbezaan antara Dubai dan Abu Dhabi dari perspektif penulis ialah; i) Dubai memiliki ramai ekspatriat (merujuk kepada mana-mana orang atau golongan yang hidup di negara-negara lain untuk menyumbang kebolehannya), manakala penulis lebih mudah menjumpai penduduk tempatan di Abu Dhabi, ii) Dubai sangat sesak dengan manusia, tetapi keadaan lebih tenang di Abu Dhabi, iii) Dubai mempunyai sistem pengangkutan metro, tetapi tiada perkhidmatan sedemikian di Abu Dhabi, iv) penulis dapat melihat kawasan perumahan rakyat UAE seperti rumah teres, banglo dan sebagainya di Abu Dhabi, tetapi di Dubai penulis hanya dapat melihat apartment dan kondominium, v) Abu Dhabi masih mengekalkan ciri tradisional, manakala Dubai pesat sebagai pusat perdagangan, vi) Abu Dhabi merupakan pusat pentadbiran dan kawasan utama perindustrian minyak, manakala Dubai lebih kepada pusat komersialisasi dan pelancongan, vii) Dubai mempunyai lebih banyak bangunan pencakar langit berbanding Abu Dhabi. Menurut Cable News Network (CNN), Abu Dhabi merupakan antara kotaraya terkaya di dunia. Seperti Emirates yang merupakan syarikat penerbangan rasmi Dubai, Abu Dhabi turut memiliki syarikat penerbangannya sendiri iaitu Etihad. Berdasarkan Skytrax (sebuah syarikat perunding yang menjalankan kajian syarikat penerbangan dan lapangan terbang), Etihad merupakan satu daripada sembilan syarikat penerbangan yang bertaraf lima bintang. Dan tahukah anda, terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang berkerja sebagai juruterbang untuk syarikat penerbangan tersebut.

gambar: koleksi peribadi

Di Abu Dhabi, penulis melawat beberapa tempat yang terkenal yang saya kenalpasti melalui pembacaan di internet. Antaranya Masjid Sheikh Zayed yang merupakan masjid terbesar di UAE. Menariknya reka bentuk dan pembinaan Masjid Sheikh Zayed menggunakan kepakaran dan bahan-bahan dari banyak negara termasuk dari negara kita. Secara jujurnya, masjid ini merupakan antara masjid paling cantik yang pernah penulis kunjungi selama ini. Penulis tiba di masjid berkenaan lebih kurang dalam pukul 10 pagi. Kelihatan pengunjung dari pelbagai negara turut mengunjungi masjid yang merupakan struktur ikonik Abu Dhabi. Pengunjung wanita dimestikan menutup aurat dengan memakai jubah yang disediakan dan menutup rambut mereka. Masjid tersebut siap dibina pada 20 Disember 2007 dan menelan kos sebanyak 2 billion dirhams (bersamaan dengan RM2.5 billion atau US$545 juta). Selain menikmati keindahan masjid berkenaan dari luar, pengunjung juga dibenarkan melawat dewan sembahyang masjid berkenaan. Penulis sangat kagum dengan seni bina indah dan unik masjid daripada bahagian kubah, menara masjid sehinggalah ke tempat mengambil wudhuk. Tahukah anda, permaidani terbesar di dunia yang berukuran 5630 m² telah dihasilkan untuk dimuatkan di lantai dewan sembahyang masjid berkenaan. Penulis meluangkan masa lebih kurang satu jam di masjid berkenaan sebelum singgah di sebuah kedai cenderamata yang terletak di luar masjid untuk membeli sedikit ole-ole sebagai tanda kenang-kenangan.

gambar: koleksi peribadi

Bersambung…

Kedudukan QS World Ranking 2017 Dalam Subjek Pendidikan Merentas Universiti Malaysia

Berikut merupakan pencapaian universiti Malaysia dalam subjek Pendidikan berdasarkan QS World Ranking 2017. Universiti Malaya (UM) mendahului dalam senarai tersebut di kedudukan 41 terbaik dunia, diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang masing-masing berada di kelompok 51-100 terbaik dunia. Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berada di kelompok 101-150 terbaik dunia, diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kelompok 151-200 terbaik dunia. Kedudukan ini diikuti oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM)-201-250 terbaik dunia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)-251-300 terbaik dunia, dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)-251-300 terbaik dunia. Tahniah dan semoga kedudukan ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

gambar: https://www.topuniversities.com/university-rankings

Berikut pula kedudukan ranking dunia dalam subjek Pendidikan berdasarkan QS World Ranking 2017 yang menyaksikan University College London (UCL) mendahului Harvard University, Stanford University dan University of Cambridge. Manakala universiti di Asia yang mendahului kedudukan terbaik dalam subjek Pendidikan ialah The University of Hong Kong.

gambar: https://www.topuniversities.com/university-rankings

Manakala di peringkat Asia, The University of Hong Kong mendahului The Education University of Hong Kong, Nanyang Technological University (NTU) Singapore (Baca 10 Perkara Menarik Sepanjang Saya Menyertai Persidangan di di NTU di https://people.utm.my/halim/838-2/) dan Beijing Normal University. Manakala Universiti Malaya yang berada di kedudukan pertama dalam subjek Pendidikan di Malaysia, menghuni tempat ke-7 terbaik di Asia.

gambar: https://www.topuniversities.com/university-rankings

 

 

UTM Open Day