Berikut merupakan sebahagian maklumat yang sempat saya kumpulkan dan rangkumkan mengenai virus Coronavirus yang berasal dari Wuhan, China. Semoga bermanfaat.
Archives for January 2020
Togetherness Day Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM
Pada 15 Januari 2020 yang lalu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM telah menganjurkan Togetherness Day untuk staf-staf akademik dan staf-staf pelaksana di Padang Kawad UTM dan Hutan Rekreasi UTM. Tema program tersebut ialah unite through nature. Semua staf sekolah dan akademi di bawah FSSK iaitu School of Education, School of Human Resource Development & Psychology, Language Academy, Academy of Islamic Civilisation dan CASIS UTMKL terlibat dalam program satu hari ini. Seawal jam 7.30 pagi semua staf berkumpul di Padang Kawad UTM untuk aktiviti senaman robik yang diketuai oleh Dr. Rasidi dan Dr. Rustam dari School of Education. Hampir setengah jam bersenam, semua peserta diberikan sarapan pagi sebelum bergerak ke Hutan Rekreasi dengan menaiki bas UTM yang telah disediakan. Bas disediakan kerana ruang parkir yang terhad di Hutan Rekreasi. Sehubungan itu, staf diminta untuk parkir kenderaan mereka di kawasan Padang Kawad sebelum menaiki bas ke Hutan Rekreasi. Di Hutan Rekreasi, peserta dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan diberikan beberapa barang seperti ayam mentah, buluh, bawang, bunga kantan, serai dan air mineral. Kami kemudiannya bergerak dalam kumpulan meredah hutan rekreasi ke satu kawasan lapang. Untuk sampai ke kawasan tersebut, kami perlu melintasi kawasan curam dan anak sungai. Di sini semangat berpasukan amat diperlukan untuk membantu ahli kumpulan masing-masing. Setibanya kami di satu kawasan di hutan rekreasi tersebut, kami diminta untuk melakukan tiga perkara iaitu, (i) memasak menggunakan barang-barang yang dibekalkan, (ii) membina shelter primitif menggunakan bahan semulajadi seperti kayu-kayu dan dedaun kering, dan (iii) menghidupkan api menggunakan batu. Setiap kumpulan perlu membahagikan setiap ahli kumpulan untuk melaksanakan setiap aktiviti yang diberikan. Terdapat pemberian markah untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain semangat kerjasama yang diterapkan melalui aktiviti, daya kreativiti setiap kumpulan dapat dilihat melalui cara mereka memasak, plating makanan mereka dan melalui pembinaan shelter. Aktiviti-aktiviti berkenaan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami kemudian menuju semula ke common area Hutan Rekreasi UTM untuk makan tengahari, berehat dan solat zuhur secara berjamaah. Aktiviti seterusnya bermula pada jam 2 petang. Untuk sesi petang, setiap kumpulan perlu melengkapkan lima cabaran checkpoint. Antaranya mencari 10 biji guli dalam sungai, memenuhkan air dalam buluh yang telah dibocorkan bagi mengeluarkan bola pingpong dan sebagainya. Semangat berpasukan amat-amat penting dalam menyelesaikan setiap cabaran yang diberikan. Aktiviti pada sesi petang mengambil masa lebih kurang dua jam. Togetherness Day FSSK diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBhg Dekan FSSK, Prof. Dr. Zaidatun Tasir dan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.
Keseronokan Dalam Menyiapkan Tugasan Berkumpulan
Menyiapkan tugasan secara berkumpulan adalah senario biasa dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi atau sekolah. Berbanding secara individu, ia lebih menyeronokkan. Walau bagaimanapun, semua itu hanya boleh diperoleh jika ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik. Kebiasaannya, masalah berlaku apabila setiap ahli tidak membuat kerja setimpal. Misalnya, si A dan B bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan sedangkan B dan C cuma duduk rehat sahaja. Tentu ia tidak adil. Tip berikut boleh anda amalkan dalam kerja berkumpulan supaya ahli kumpulan sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberikan:
- Pilih Ketua
Lantik seorang ketua yang memiliki ciri kepimpinan, tegas dan disegani. Sekurang-kurangnya ini akan membuatkan ahli lain lebih bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan.
- Fahami Tugasan
Pastikan semua ahli kumpulan memahami tugasan yang diberikan. Dengan penjelasan dan pemahaman menyeluruh, masing-masing mudah melaksanakan kerja yang perlu dibereskan.
- Tegas
Ketua yang dilantik perlu tegas. Dia perlu memastikan setiap ahli menyiapkan bahagian masing-masing mengikut jadual ditetapkan. Jika ada ahli yang malas atau tidak memberi komitmen, dia mungkin boleh didenda, tetapi bukan denda yang berat atau membebankan. Cuma sekadar belanja makan atau membuat air minuman.
- Pilih Lokasi Sesuai
Lokasi turut memainkan peranan penting dalam memastikan tugasan berjalan dengan lancar. Elakkan berjumpa di pusat membeli-belah atau restoran makanan segera kerana ia mungkin boleh membuatkan anda ‘melencong’ ke tempat lain. Mungkin rumah salah seorang daripada ahli lebih sesuai.
- Santai
Jika boleh, jangan terlalu tegas ketika menyiapkan tugasan kerana ia boleh mendatangkan tekanan. Wujudkan suasana lebih mesra dan berehat jika berasa bosan. Sekali-sekala bersembang (bukan membawang..hehehe) dan membuat jenaka mungkin boleh menghilangkan bosan.
- Saling Menghargai
Kebiasaannya, kerja yang dilaksanakan secara berkumpulan bukan satu tugasan mudah. Sehubungan itu, kerjasama setiap ahli kumpulan sangat diperlukan. Masing-masing perlu menghargai dan menghormati komitmen dan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan.
Sumber: Berita Harian, 25 Disember 2019
Maklumat Mengenai Virus Influenza
Pencapaian Matematik Malaysia Dalam Pentaksiran PISA 2018
Salam semua,
Program Penilaian Pelajar Antarabangsa atau singkatannya iaitu PISA adalah merupakan salah satu program pentaksiran kajian perbandingan antarabangsa yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Kajian pentaksiran antarabangsa ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap pencapaian dan kemampuan murid yang berumur 15 tahun dalam bidang Literasi Bacaan, Literasi Sains, dan juga Literasi Matematik untuk melihat sejauh mana murid dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang telah perolehi sepanjang 9 tahun mempelarinya di sekolah dalam kehidupan yang sebenar serta bersedia untuk menjadi ahli masyarakat yang berjaya. Selain itu juga, objektif PISA bukan sahaja bertujuan untuk mengukur prestasi dan keberkesanan pendidikan sedia ada tetapi ianya juga merupakan salah satu platform untuk menambahbaik dan meningkatkan sistem pendidikan dari masa ke masa. Dengan adanya program ini, ianya dapat memberi informasi tentang kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan bagi setiap negara yang terlibat khususnya dalam pendidikan di Malaysia agar dapat melahirkan murid yang mampu berdaya saing serta berani dalam menempuhi cabaran realiti kehidupan.
Berikut merupakan skor matematik PISA murid Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.
|
Negara |
PISA
2009 |
PISA
2012 |
PISA
2015 |
PISA 2018 |
|
Singapura |
562 | 573 | 564 |
569 |
|
Malaysia |
404 | 421 | 446 |
440 |
|
Thailand |
419 | 427 | 415 |
419 |
|
Indonesia |
371 | 375 | 386 |
379 |
|
Vietnam |
– | 511 | 495 |
– |
|
Brunei Darussalam |
– | – | – |
430 |
| Filipina | – | – | – |
353 |
[Bahagian Akhir] Menikmati Keindahan Musim Bunga di Jinhae, Korea Selatan
Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-2-menikmati-keindahan-musim-bunga-di-jinhae-korea-selatan/
Street food (makanan jalanan) juga boleh didapati di sepanjang laluan tersebut. Malah penulis berkesempatan mengisi perut dengan membeli kebab dan aiskrim yang turut dijual di situ. Tandas juga disediakan sebagai salah satu kemudahan dan memberi keselesaan kepada para pengunjung. Destinasi kedua lawatan ini ialah Stesen Gyeonghwa. Stesen Gyeonghwa, tempat yang terkenal untuk pemandangan rimbunan bunga ceri, adalah sebuah stesen keretapi kecil di Gyeonghwa-dong, Jinhae-gu. Perkhidmatan kereta api masuk dan keluar dari stesen ini telah dihentikan pada tahun 2006. Penulis berjalan melalui trek yang dikelilingi oleh deretan pokok bunga ceri yang menakjubkan. Stesen Gyeonghwa adalah salah satu daripada tempat tumpuan di Jinhae untuk mengambil gambar bunga ceri. Penulis difahamkan kawasan ini sering dipaparkan dalam filem dan drama Korea seperti filem “Boy Goes to Heaven” pada tahun 2005 dan drama “Spring Waltz” pada tahun 2006. Terdapat sebuah gerabak keretapi yang tidak beroperasi lagi di landasan keretapi menambahkan lagi keunikan dan keindahan stesen keretapi yang dipagari oleh pohon bunga ceri. Penulis turut difahamkan bahawa Stesen Gyeonghwa telah disenaraikan oleh Cable News Network (CNN) sebagai salah satu daripada 50 tempat yang indah untuk dilawati di Korea. Hampir satu jam menikmati keindahan kawasan berkenaan, penulis bersama peserta-peserta kemudian menaiki bas untuk pulang semula ke Seoul dengan membawa kenangan terindah musim bunga di Jinhae.

Gerabak keretapi yang tidak beroperasi menambahkan lagi keindahan pemandangan di Ribuan pengunjung membanjiri Stesen Gyeonghwa
Tamat








































