Togetherness Day Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM

Pada 15 Januari 2020 yang lalu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM telah menganjurkan Togetherness Day untuk staf-staf akademik dan staf-staf pelaksana di Padang Kawad UTM dan Hutan Rekreasi UTM. Tema program tersebut ialah unite through nature. Semua staf sekolah dan akademi di bawah FSSK iaitu School of Education, School of Human Resource Development & Psychology, Language Academy, Academy of Islamic Civilisation  dan CASIS UTMKL terlibat dalam program satu hari ini. Seawal jam 7.30 pagi semua staf berkumpul di Padang Kawad UTM untuk aktiviti senaman robik yang diketuai oleh Dr. Rasidi dan Dr. Rustam dari School of Education. Hampir setengah jam bersenam, semua peserta diberikan sarapan pagi sebelum bergerak ke Hutan Rekreasi dengan menaiki bas UTM yang telah disediakan. Bas disediakan kerana ruang parkir yang terhad di Hutan Rekreasi. Sehubungan itu, staf diminta untuk parkir kenderaan mereka di kawasan Padang Kawad sebelum menaiki bas ke Hutan Rekreasi. Di Hutan Rekreasi, peserta dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan diberikan beberapa barang seperti ayam mentah, buluh, bawang, bunga kantan, serai dan air mineral. Kami kemudiannya bergerak dalam kumpulan meredah hutan rekreasi ke satu kawasan lapang. Untuk sampai ke kawasan tersebut, kami perlu melintasi kawasan curam dan anak sungai. Di sini semangat berpasukan amat diperlukan untuk membantu ahli kumpulan masing-masing. Setibanya kami di satu kawasan di hutan rekreasi tersebut, kami diminta untuk melakukan tiga perkara iaitu, (i) memasak menggunakan barang-barang yang dibekalkan, (ii) membina shelter primitif menggunakan bahan semulajadi seperti kayu-kayu dan dedaun kering, dan (iii) menghidupkan api menggunakan batu. Setiap kumpulan perlu membahagikan setiap ahli kumpulan untuk melaksanakan setiap aktiviti yang diberikan. Terdapat pemberian markah untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain semangat kerjasama yang diterapkan melalui aktiviti, daya kreativiti setiap kumpulan dapat dilihat melalui cara mereka memasak, plating makanan mereka dan melalui pembinaan shelter. Aktiviti-aktiviti berkenaan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami kemudian menuju semula ke common area Hutan Rekreasi UTM untuk makan tengahari, berehat dan solat zuhur secara berjamaah. Aktiviti seterusnya bermula pada jam 2 petang. Untuk sesi petang, setiap kumpulan perlu melengkapkan lima cabaran checkpoint. Antaranya mencari 10 biji guli dalam sungai, memenuhkan air dalam buluh yang telah dibocorkan bagi mengeluarkan bola pingpong dan sebagainya. Semangat berpasukan amat-amat penting dalam menyelesaikan setiap cabaran yang diberikan. Aktiviti pada sesi petang mengambil masa lebih kurang dua jam. Togetherness Day FSSK diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBhg Dekan FSSK, Prof. Dr. Zaidatun Tasir dan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Penulis bergambar di shelter yang telah dibina

 

 

Speak Your Mind

*