Salam semua,
Disertakan list jurnal terindeks Scopus terkini dalam bidang pendidikan
Latest_Scopus_List_Education_ext_list_october_2019
Terima kasih
Salam semua,
Disertakan list jurnal terindeks Scopus terkini dalam bidang pendidikan
Latest_Scopus_List_Education_ext_list_october_2019
Terima kasih
Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-2-menginsankan-murid-melalui-penerapan-nilai-positif/

Picture source: https://www.southernphone.com.au/Blog/2018/Feb/automation-and-children-future-workforce
Walaupun nilai yang baik itu diajar dalam pendidikan sivik yang diterapkan dalam matapelajaran tertentu, nilai-nilai tersebut seharusnya dihayati dan ditanam dalam diri pelajar. Sehubungan itu, dalam konteks sekolah, selain mengajar, para pendidik bertanggungjawab menunjukkan nilai-nilai positif dan menjadi contoh ikutan kepada murid-murid. Hal ini selaras dengan teori yang diperkenalkan oleh psikologi terkenal Albert Bandura yang memperkenalkan teori berkaitan pembelajaran berasaskan pengamatan. Melalui teori ini, pelajar belajar melalui peniruan hasil tindakbalas terhadap pelbagai rangsangan yang mana dalam konteks ini, mereka menerima rangsangan dari sikap positif yang dipraktikkan oleh golongan pendidik. Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab membantu murid-murid melihat nilai-nilai yang baik itu merupakan sebahagian penting dalam proses pendidikan tetapi juga untuk perkembangan keseluruhan mereka sebagai individu. Kesimpulannya, komponen Manusiawi iaitu untuk menginsankan murid merupakan satu tanggungjawab yang besar yang bukan hanya perlu dipikul oleh guru, tetapi ibu bapa dan masyarakat dengan persekitaran yang menyokong ke arah tujuan tersebut. Menurut YAB Dr. Maszlee Malik, ia memerlukan perubahan budaya dan juga perubahan minda yang besar.
Tamat
Alhamdulillah. Our latest ISI-indexed journal article has just been published. To complete this ISI- (and also Scopus-) indexed journal article, it is not a one-man show. The research was conducted by the 1st author. She was supervised by the 3rd author and some of her instruments and worksheets were validated by the 4th author. The 1st author also compressed the whole thesis into an article with the assistance of the 2nd author. After the manuscript completed, the 3rd author had a consultation with the 6th author. He highlighted some points to improve the manuscript. And again, the 3rd author asked the 2nd author, who is also a Phd student under the 3rd author’s supervision, to add some important contents into the article.The whole article was finally proofread by the 5th author. Indeed, to produce an indexed journal article, it is not as easy as ABC. It is a collaborative work that goes across universities and countries. Congratulations to all of us. Job done well!
Abstract
Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-1menginsankan-murid-melalui-penerapan-nilai-positif/
Pengenalan pendidikan sivik ini sedikit sebanyak mengurangkan kebergantungan pencapaian murid terhadap aspek kognitif semata-mata. Sistem pendidikan Korea Selatan khususnya dalam subjek matematik, walaupun muridnya sangat cemerlang dalam matapelajaran tersebut berdasarkan kepada keputusan pentaksiran antarabangsa, apabila ditanyakan sama ada mereka meminati matematik, majoriti daripada murid sekolah menengah menunjukkan sikap yang negatif. Sehubungan itu, kementerian pendidikan Korea Selatan telah menyemak semula kurikulum matematik dengan memberi fokus terhadap nilai kreativiti dalam matematik dan sikap pelajar terhadap matematik. Begitu juga dengan sistem pendidikan Jepun khususnya dalam matapelajaran matematik. Bermula dengan semakan kurikulum pada tahun 1998, aktiviti-aktiviti matematik merupakan sebahagian daripada objektif kurikulum pada setiap peringkat. Menghargai dan menikmati keindahan matematik merupakan objektif kurikulum matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah rendah, manakala meningkatkan kreativiti dalam matematik merupakan objektif kurikulum di peringkat menengah atas. Hal ini jelas menunjukkan betapa aspek afektif iaitu nilai positif ditekankan dalam kurikulum di Korea Selatan dan Jepun. Jadi tidak hairanlah mengapa YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan pada tahun 1982 masih relevan hingga ke hari ini. Salah satu faktor kejayaan sistem pendidikan di kedua-dua buah negara tersebut ialah mereka sentiasa mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian.
Mengajar generasi murid pada hari ini tidak boleh terlepas dari menggunakan teknologi maklumat dalam bilik darjah. Mereka dibesarkan dalam persekitaran teknologi yang semakin hari semakin pesat berkembang. Murid telah didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam dunia yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Maklumat yang diperlukan untuk murid dalam bilik darjah adalah di di hujung jari mereka. Malah media-media sosial, blog, skype dan dunia maya adalah sebahagian daripada alat-alat sosial yang membolehkan murid berkomunikasi. Sehubungan itu, guru perlu menerapkan nilai yang positif kepada murid khususnya bagaimana untuk memperoleh dan menganalisis maklumat yang relevan dan berguna. Nilai-nilai positif seperti mengelakkan dari melayari laman-laman web yang tidak bermanfaat, dan berkongsi maklumat yang tidak sahih, serta kesan negatif akibat permainan komputer secara berlebihan perlu diterapkan dari peringkat sekolah rendah. Nilai positif juga penting untuk mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini. Kalau diimbas kembali insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 membawa kepada kewujudan Rukun Negara. Prinsip kelima dalam Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan diperkukuhkan dengan pengenalan pendidikan sivik ini. Tambahan pula, salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah perpaduan iaitu sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada murid-murid dengan menghargai kepelbagaian. Selain itu, langkah kerajaan untuk memperkenalkan tulisan khat di sekolah rendah merupakan tindakan yang wajar untuk pelajar menghargai seni, warisan dan sejarah bahasa melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara.
Bersambung…
Berikut merupakan kedudukan 15 universiti terbaik di Asia Tenggara untuk tahun 2020 berdasarkan kepada Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020. Sebanyak enam buah negara terlibat dalam kedudukan tersebut iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. Dua buah universiti terkenal Singapura iaitu Nanyang Technological University (NTU) dan National University of Singapore (NUS) menggungguli dua kedudukan teratas dalam ranking tersebut. Ini diikuti oleh lima buah universiti penyelidikan di Malaysia di tangga ketiga hingga tangga ketujuh iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Chulalongkorn University yang merupakan universiti terbaik di Thailand berada di kedudukan kelapan, manakala Mahidol University berada di kedudukan ke-11 terbaik. Terdapat tiga buah universiti di Indonesia yang berada dalam senarai iaitu diketuai oleh Universitas Indonesia di kedudukan ke-9, Universitas Gadjah Mada di kedudukan ke-12 dan Institut Teknologi Bandung di kedudukan ke-13. Menariknya, dua buah universiti Brunei Darussalam berada dalam senarai iaitu Universiti Brunei Darussalam di kedudukan kelapan dan Universiti Teknologi Brunei di tangga ke-15. Satu-satunya universiti dari Filipina yang berada dalam senarai ialah University of The Philippines iaitu di tangga ke-14. Universiti dinilai dari aspek reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar /staf, impak penyelidikan, dan pengantarabangsaan.

Picture source: https://www.thedrum.com/opinion/2018/05/09/the-growing-importance-humanising-your-brand
Baru-baru ini, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa pendidikan sivik akan diajar selama empat jam seminggu pada setiap tahap pendidikan iaitu dari peringkat prasekolah hinggalah ke tingkatan lima. Walaupun terdapat segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan keputusan ini, tindakan KPM ini dilihat wajar dengan situasi semasa dengan kepesatan teknologi pada hari ini. Malah kalau diimbas kembali kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), ia diwujudkan sebagai panduan kepada sistem pendidikan negara kita yang bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan pula, hala tuju pendidikan KPM pada era baharu ini adalah untuk memastikan kemenjadian murid berteraskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manusiawi. Manusiawi iaitu M keempat merupakan tambahan kepada 3M yang ditekankan sebelum ini. Ia membawa maksud hala tuju KPM era hari ini turut menekankan kepada penghasilan murid yang mempunyai kehidupan yang lebih mulia dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri mereka. Malah penekanan kepada aspek nilai ini telah dititikberatkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam laporan PPPM tersebut, terdapat 11 anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara yang mana anjakan ketiga ialah melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan ini juga telah diterjemahkan dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) mahupun kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Dalam subjek matematik KSSM umpamanya, salah satu objektifnya ialah untuk memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya. Bagi mencapai tujuan tersebut, salah satu komponen dalam kerangka pembangunan kurikulum matematik sekolah menengah ialah nilai. Pendidikan nilai sebenarnya bermula dari rumah dan ia berterusan sepanjang hayat, tetapi nilai dalam pendidikan di sekolah memainkan peranan penting dalam kehidupan murid. Sehubungan itu, ia harus diajarkan di setiap sekolah untuk menambah nilai kepada murid-murid demi masa depan mereka yang lebih baik. Tambahan pula, sekolah adalah tempat di mana murid menggunakan sebahagian besar masa mereka dan mereka perlu belajar banyak nilai positif dalam kehidupan.
Bersambung….
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|

p-halim@utm.my







Niat di hati pada mulanya ingin sahaja saya membelok ke kiri, meletakkan sijil dan plag Majlis Gemala Citra 2025, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) yang berlangsung petang 8hb Disember 2025, di KSL Hotel and Resort, di ofis saya di kampus UTM. Namun entah mengapa, saya terus memandu pulang, seolah-olah hati sendiri memilih jalan itu […]
Antara momen yang dinanti-nanti, Alhamdulillah, sebuah lagi karya ilmiah sempat terbit sebelum tahun 2025 menutup lembarnya. Pengakhiran yang manis untuk perjalanan panjang yang penuh liku dan harapan. Buku bagiku ialah raja segala penerbitan. Ia khazanah yang tumbuh melalui proses penuh sabar, ibarat menanti kucing bertanduk. Andai manuskrip dihantar saat seorang bayi baru menjengah dunia, mungkin […]
Copyright © 2025 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in