Salam semua,
Berikut merupakan senarai terkini (tahun 2020) nama jurnal yang tidak lagi diindeks dalam database Scopus. Jadi elakkan menghantar artikel-artikel anda ke jurnal-jurnal tersebut.
Discontinued-sources-from-Scopus-2020
Salam semua,
Berikut merupakan senarai terkini (tahun 2020) nama jurnal yang tidak lagi diindeks dalam database Scopus. Jadi elakkan menghantar artikel-artikel anda ke jurnal-jurnal tersebut.
Discontinued-sources-from-Scopus-2020
Sambungan dari https://people.utm.my/halim/part-1-menyemarakkan-budaya-penyelidikan-di-institusi-pendidikan-tinggi/

Pic source: https://www.canterbury.ac.uk/social-and-applied-sciences/research-and-knowledge-exchange.aspx
Budaya penyelidikan terbaik di universiti-universiti ternama dunia seperti Oxford University dan Cambridge University di United Kingdom serta Harvard University dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat merupakan salah satu faktor universiti-universiti berkenaan menjadi tempat yang menarik dan produktif untuk menjalankan penyelidikan. Sekiranya seseorang penyelidik mahukan output dan melalui proses penyelidikan yang baik, sesebuah institusi pendidikan tinggi memerlukan budaya penyelidikan positif yang menyokong semua individu yang terlibat. Di samping dasar dan program kebangsaan yang menjadi hala tuju penyelidikan, dasar tempatan dan sikap dan tingkahlaku staf di semua peringkat mempengaruhi perkara ini. Menurut World Economic Forum, terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan budaya penyelidikan yang lebih baik di sesebuah institusi pendidikan tinggi. Antaranya pelaksanaan perbincangan secara terbuka dapat membantu memupuk persekitaran yang lebih kolaboratif, dengan memberi peluang kepada para penyelidik peluang untuk berkongsi pengalaman mereka bukan sahaja dari aspek kejayaan mereka, tetapi juga kegagalan mereka yang perlu ditambahbaik. Sistem sokongan seperti khidmat kaunseling kerjaya, khidmat bimbingan dan sokongan kepada penyelidik yang dapat meningkatkan semangat dan meningkatkan penyelidikan positif perlu diwujudkan untuk membantu mengurangkan tekanan dalam persekitaran penyelidikan. Ahli kumpulan penyelidikan juga perlu berbincang secara terbuka dari semasa ke semasa untuk memastikan semua ahli kumpulan menyedari apa yang diharapkan dalam persekitaran penyelidikan. Selain itu, penyelidik dan staf sokongan perlu digalakkan untuk meluangkan masa dan ruang untuk bertemu untuk berkongsi idea dan pengalaman tentang amalan terbaik mengenai apa yang telah berhasil dengan jayanya dan apa yang tidak. Ketua kumpulan penyelidikan yang berjaya perlu menjadi contoh ikutan terutama kepada penyelidik-penyelidik muda untuk mempromosikan budaya penyelidikan yang positif. Tuntasnya tiada faktor tunggal untuk menjadikan sesebuah institusi pendidikan tinggi itu menjadi institusi yang hebat. Walau bagaimanapun, untuk menjadi yang hebat, banyak faktor yang boleh membawa kepada pencapaian tersebut. Salah satu daripadanya ialah aspek budaya penyelidikan. Budaya penyelidikan bukan terletak kepada lima buah universiti penyelidikan yang terdapat di Malaysia, malah melibatkan kesemua institusi pendidikan tinggi yang wujud di negara kita. Budaya ini dilihat semakin hari semakin berkembang tidak kiralah dalam kalangan universiti penyelidikan, universiti komprehensif, universiti berfokus mahupun universiti swasta. Hal ini boleh dilihat melalui kedudukan institusi-institusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam World University Rankings Asia 2020. Dalam senarai yang dikeluarkan oleh QS (Quacquarelli Symonds) tersebut, sebanyak 29 buah institusi pendidikan tinggi di Malaysia berada dalam senarai tersebut berbanding 26 dalam edisi 2019. Kriteria-kriteria yang diambilkira dalam menentukan kedudukan tersebut termasuklah impak penyelidikan yang dihasilkan serta reputasi masyarakat yang menjadi antara penerima manfaat akhir hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik.
Tamat
The Social Sciences Citation Index (SSCI) adalah sistem pengindeksan sitasi dari Clarivate Analytics. Ia pada asalnya dibangunkan oleh Institute for Scientific Information dari the Science Citation Index. Pangkalan data rujukan SSCI merangkumi kira-kira 3,000 jurnal akademik terkemuka di dunia dalam bidang sains sosial merentas lebih daripada 50 disiplin. Ia boleh didapati secara dalam talian melalui perkhidmatan Web of Science dengan bayaran. Pangkalan data merekodkan artikel yang disitasi oleh artikel lain. Berikut merupakan senarai jurnal terkini dalam bidang pendidikan yang diindeks dalam SSCI.
Social Sciences Citation Index
Terima kasih
Selain pengajaran yang menjadi teras utama dalam ekosistem di institusi pendidikan tinggi di Malaysia, penyelidikan juga merupakan aktiviti utama yang perlu dilaksanakan secara berterusan di institusi pendidikan tinggi. Untuk meningkatkan keternampakan fungsi sesebuah institusi pendidikan tinggi, ia perlu memajukan penyelidikan dan memanfaatkan kekuatannya dalam bidang intelektual dan dengan potensinya untuk memberi kesan kepada komuniti, teknologi, ekonomi dan masyarakat. Hal ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Jabatan Pendidikan Tinggi untuk mengangkat agenda “Universiti Untuk Masyarakat” iaitu universiti menjalankan penyelidikan yang mana hasil penyelidikan merupakan jawapan terhadap pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat pada hari ini. Hal ini selari dengan gagasan yang dibawa oleh Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik iaitu “Sekolah Untuk Komuniti, Universiti Untuk Masyarakat”. Mantan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sebelum itu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh juga telah menitikberatkan “translational research” iaitu penyelidikan yang menghasilkan impak tinggi kepada kerajaan, komuniti, industri dan akademia. Ekosistem penyelidikan di institusi pendidikan tinggi seharusnya terdiri daripada lima tunjang utama yang menyokong ekosistem berkenaan iaitu perolehan dana penyelidikan, penerbitan, penjenamaan dan rangkaian, inovasi dan penyelidikan dan penjanaan pendapatan. Dalam tunjang perolehan dana penyelidikan, dana penyelidikan geran nasional, geran industri dan geran antarabangsa perlu ditingkatkan untuk membudayakan dan menyemarakkan aktiviti penyelidikan di sesebuah institusi. Setiap staf juga perlu diberi peluang untuk mengetuai mana-mana geran penyelidikan dalam menyerlahkan lagi sifat kepemimpinan khususnya dalam menguruskan geran penyelidikan ahli penyelidik yang lain. Budaya penyelidikan dalam kalangan penyelidik juga perlu digalakkan untuk mempunyai bank proposal penyelidikan tidak kiralah untuk geran nasional, industri dan antarabangsa. Bank proposal ini penting untuk memastikan penyelidik sentiasa bersedia apabila peluang untuk permohonan geran penyelidikan dibuka dan ditawarkan. Walau bagaimanapun aspek ini mempunyai cabarannya yang tersendiri seperti kurang memberi respons kepada peluang geran dari pihak swasta atau antarabangsa serta kekurangan kolaborator industri atau antarabangsa yang kukuh. Dalam situasi yang mencabar ketika ini, penyelidik perlu bersedia untuk unlearn dan relearn. Penyelidik tidak boleh terus berasa selesa dengan apa yang mereka nikmati pada hari ini atau terlalu bergantung kepada dana penyelidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Mereka perlu keluar dari kepompong keselesaan. Contohnya, sebelum ini mereka sudah terbiasa menulis proposal penyelidikan yang lebih bersifat teknikal, tetapi kini sudah tiba masanya untuk mereka menghasilkan proposal penyelidikan yang memasukkan nilai-nilai tertentu dan bersifat layman untuk menarik lebih banyak pihak penaja menyalurkan dana penyelidikan kepada penyelidik.
Bersambung…
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|

p-halim@utm.my







Niat di hati pada mulanya ingin sahaja saya membelok ke kiri, meletakkan sijil dan plag Majlis Gemala Citra 2025, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) yang berlangsung petang 8hb Disember 2025, di KSL Hotel and Resort, di ofis saya di kampus UTM. Namun entah mengapa, saya terus memandu pulang, seolah-olah hati sendiri memilih jalan itu […]
Antara momen yang dinanti-nanti, Alhamdulillah, sebuah lagi karya ilmiah sempat terbit sebelum tahun 2025 menutup lembarnya. Pengakhiran yang manis untuk perjalanan panjang yang penuh liku dan harapan. Buku bagiku ialah raja segala penerbitan. Ia khazanah yang tumbuh melalui proses penuh sabar, ibarat menanti kucing bertanduk. Andai manuskrip dihantar saat seorang bayi baru menjengah dunia, mungkin […]
Copyright © 2025 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in