Archives for January 13, 2023

Bahaya Fitnah

Sumber Gambar: https://ruber.id/definisi-fitnah-agar-tak-salah-mengartikan/
Salam semua
 
Hari ini tajuk khutbah jumaat yang sangat menarik. Sangat relevan dengan isu semasa. Imam menyatakan fitnah boleh berlaku hanya dengan menekan butang share di media sosial untuk menularkan berita yang tidak sahih. Lalu berita itu dikongsi-kongsi oleh orang lain menyebabkan fitnah terus berlaku.
 
Dosa fitnah adalah dosa sesama manusia. Hatta dengan satu perkataan sekalipun boleh menjadi fitnah. Fitnah menjadikan manusia menjadi muflis di akhirat sana. Di hari penentuan nanti, sekiranya kita membawa amalan kebaikan bersama seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama membawa dosa fitnah, maka pahala amalan tadi akan diberikan kepada orang yang difitnah, manakala dosa yang dibawa oleh orang yang difitnah akan diberikan kepada sang pemfitnah. Hal ini akan menjerumus sang penabur fitnah ke dalam api neraka. Nauzu billahi min zalik.
 
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Ketahuilah sesungguhnya memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh (HR Bukhari dan Muslim).
 
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian, sekiranya ada antara kalian semua yang rasa pernah difitnah oleh saya, mohon mesej saya personally. Sesungguhnya saya hanyalah seorang pendosa dan insan biasa. Wallahu a’lam.
 
Salam Jumaat
(13/1/2023)