
Salam semua
Jemput hadir ke sesi kolokium ini. Terima kasih.

Alhamdulillah..
Terima kasih Dewan Kosmik (Dewan Bahasa dan Pustaka) atas penerbitan makalah ini. Tulisan ini saya kira amat istimewa hasil kepedulian saya terhadap perkembangan teknologi khususnya dalam pendidikan matematik sejak dasawarsa yang lalu.
Selamat membaca makalah berkenaan di pautan berikut: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2023/11/22/9885/



Tahniah diucapkan buat pelajar sarjana saya, Puan Zuraini Binti Marion atas kejayaan beliau memperolehi Anugerah Pro-Canselor Sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-67 yang berlangsung dari 18 hingga 23 November 2023. Beliau merupakan seorang guru matematik dan menyambung pengajian sarjana dalam bidang Pendidikan Matematik di bawah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).
Sepanjang pengajian, beliau menunjukkan komitmen yang sangat baik terhadap pengajian dan penyediaan disertasi kajian beliau. Dua buah rencana, hasil penulisan bersama saya dan beliau telah berjaya diterbitkan iaitu dalam surat khabar dan majalah Sains:
https://www.bharian.com.my/authors/oleh-prof-madya-dr-abdul-halim-abdullah-dan-zuraini-marion
Sebuah artikel jurnal terindeks Scopus juga berjaya diterbitkan.

https://www.ijiet.org/show-194-2589-1.html

Tahniah diucapkan. Semoga ia memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Alhamdulillah. Terima kasih Dewan Masyarakat atas penerbitan makalah saya mengenai inspirasi Filem Gemencheh Boys terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dari lensa saya sebagai anak Felda dan juga seorang pendidik.
Selamat membaca!
https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/11/09/18966/


Alhamdulillah, sempena Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia yang diadakan pada 26 September 2023 di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah Darul Aman, saya telah menerima Hadiah Sanjungan bagi kategori Rencana Popular dengan rencana berjudul “Merangsang Kemahiran Matematik Bayi” terbitan Majalah Sains. Anda boleh membaca rencana tersebut melalui pautan berikut:
Selamat membaca dan semoga bermanfaat. Terima kasih.

“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|

p-halim@utm.my







Salah satu kegembiraan dalam dunia penulisan, tidak kira sama ada makalah, cerpen atau puisi, ialah saat karya kita terbit tanpa kita sedari. Ia muncul diam-diam, tanpa gendang, tanpa pengumuman. Kita hanya menunggu dengan sabar di hujung minggu, di hujung bulan, sambil memahami bahawa ruang itu terbatas dan rezeki setiap tulisan punya waktunya sendiri. Maka yang […]
Sudah lama hasrat ini berputik untuk menulis tentang mercu ikonik UTM yang satu ini. Perasaan itu kian membuak apabila terlihat rakan-rakan, juga alumni UTM, kembali menjejakkan kaki ke kampus tercinta sempena cuti persekolahan, mengimbas kenangan lama yang pernah mereka anyam di sini. Mereka berhenti sejenak di hadapan gerbang ikonik itu, mengambil gambar bersama keluarga tercinta, […]
Copyright © 2026 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in