Archives for January 2026

Selamat Hari Pendidikan Antarabangsa 2026

Pendidikan..

bukan sekadar huruf yang disusun,

atau angka yang dihitung di papan hitam,

tetapi cahaya,

yang menyingkap gelap fikiran,

membimbing langkah insan agar tidak tersasar di persimpangan hidup.

24 Januari 2026

Selamat Hari Pendidikan Antarabangsa 2026

Happy International Day of Education 2026

Usia 6 Tahun ke Tahun 1: Pandangan Peribadi

Kebetulan, perkara ini turut melibatkan anak-anak kembar saya yang genap berusia lima tahun pada tahun ini.

Selepas berbincang ala-ala akademik dengan orang rumah beberapa hari yang lalu, sambil memerhati kakak dan adik leka bermain anak patung, botol susu masih di mulut dan tidak mahu untuk belajar, kami akhirnya membuat keputusan untuk tidak menghantar mereka ke Tahun Satu pada tahun hadapan.

Urusan ke tandas pun masih perlu dibantu, dan mereka masih dalam fasa belajar mengeja. Jujurnya, kami sendiri belum benar-benar bersedia.

Kebetulan juga, tengah hari semalam saya ditemu bual oleh wartawan The Merdeka Times, lalu saya kongsikan pandangan peribadi saya.

Namun, janganlah disamakan anak-anak saya dengan anak-anak yang lain. Anak-anak anda mungkin sudah matang dan bersedia.

https://themerdekatimes.com/news/2026/01/usia-6-tahun-ke-tahun-1-kriteria-saringan-terperinci-elak-beban-kepada-murid-guru-ahli-akademik/?fbclid=IwY2xjawPepClleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEe2Yt_RxtRU1PeZiGIzPOmxCNLHjaEZSsH1T2uBbijQMCNJg7xN5sdBrZ9-cM_aem_bipjBsUJKeTOAGCnVQuy9Q
Sumber: The Merdeka Times

Suatu Catatan Refleksi dalam Dewan Masyarakat Edisi Januari 2026

Salah satu kegembiraan dalam dunia penulisan, tidak kira sama ada makalah, cerpen atau puisi, ialah saat karya kita terbit tanpa kita sedari. Ia muncul diam-diam, tanpa gendang, tanpa pengumuman. Kita hanya menunggu dengan sabar di hujung minggu, di hujung bulan, sambil memahami bahawa ruang itu terbatas dan rezeki setiap tulisan punya waktunya sendiri. Maka yang tinggal untuk kita ialah reda, sabar, dan yang paling penting, istiqamah untuk terus menulis, walau tanpa janji.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya rakamkan kepada Dewan Masyarakat (DBP) Edisi Januari 2026 atas penerbitan makalah popular ini, yang juga menjadi terbitan sulung tahun 2026. “Suatu Catatan Refleksi dari Negara Penjajah” lahir daripada keikhlasan hati, dirakam tatkala kaki ini menjejak bumi England buat pertama kali pada April yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan fizikal yang turut menjadi perjalanan penuh emosi.

Gerbang Ikonik UTM

Sudah lama hasrat ini berputik untuk menulis tentang mercu ikonik UTM yang satu ini. Perasaan itu kian membuak apabila terlihat rakan-rakan, juga alumni UTM, kembali menjejakkan kaki ke kampus tercinta sempena cuti persekolahan, mengimbas kenangan lama yang pernah mereka anyam di sini.

Mereka berhenti sejenak di hadapan gerbang ikonik itu, mengambil gambar bersama keluarga tercinta, sebelum berkongsi di laman sosial masing-masing.

Setulus penghargaan dirakamkan kepada HEK UTM atas penerbitan tulisan sulung saya di UTM NewsHub bagi tahun 2026.

What I learn from Su Xiaomei: Resilience and Inspiration

Let me jot down a few notes about my PhD student, Su Xiaomei, the 16th under my supervision, who passed her viva voce last month. She was my first student from China and, although she registered earlier than her peers, she was the last among them to complete her examination.

I learned a lot from Su Xiaomei, who enrolled during the 2020/2021 session, at the height of the pandemic. Supervision began online while she was still in China, and at first, communication was very challenging. To support her, I appointed two co-supervisors, AP Dr Norulhuda and Dr Ikram.

She moved to Johor Bahru after travel restrictions eased and stayed there for about 3 years, returning to China only once to collect data. Over these years, I admired her enthusiasm and clear improvement in English. After coming back from her data collection, she informed me she would now have to stay in China, as she had just been diagnosed with stage 2 breast cancer and needed ongoing treatment.

During her mock viva with me last week, which occurred online while she was in China for treatment, I was deeply touched when she revealed her bald head, wearing only a wig due to chemotherapy. She expressed how much she looked forward to her viva voce so she could focus on her treatment with peace of mind.

Alhamdulillah, she achieved an excellent viva result, needing only minor corrections. Thanks to the external examiner, PM Dr Mazlini Adnan (UPSI); the internal examiner, Prof. Dr Johari Surif; the chairperson, Prof. Dr Fatin Aliah Phang; the assistant chair, Dr Afzamiman; and the secretariat, Puan Ramlah.

Su Xiaomei, your resilience in the face of challenges inspires me deeply, and I wish you a speedy recovery. I look forward to seeing you honoured at convocation this year.

UTM Open Day