Thanks, Faculty of Educational Sciences and Technology, UTM, for this beautiful poster.


A million thanks to the School of Graduate Studies, UTM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), and the Faculty of Educational Sciences and Technology, UTM, for the opportunity they gave me. I truly appreciate it. Alhamdulillah

Niat di hati pada mulanya ingin sahaja saya membelok ke kiri, meletakkan sijil dan plag Majlis Gemala Citra 2025, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) yang berlangsung petang 8hb Disember 2025, di KSL Hotel and Resort, di ofis saya di kampus UTM. Namun entah mengapa, saya terus memandu pulang, seolah-olah hati sendiri memilih jalan itu tanpa ragu.
Saya ingin menunjukkan kepada anak-anak dan ibu mereka, walaupun mereka belum benar-benar mengerti, bahawa babah mereka bekerja keras, mencari rezeki untuk mereka, demi keberkatan hidup di dunia, apatah lagi di akhirat.
Hakikatnya, sejak Selasa minggu lalu babah mereka dilanda batuk yang tidak kunjung reda. Hampir sahaja tidak dapat hadir ke majlis itu setelah ahli farmasi menasihati saya supaya berjumpa doktor sehari sebelumnya. Namun digagahkan juga diri, makan ubat, berehat seadanya, dan hadir demi menghadiri majlis setahun sekali yang lebih bermakna pada tahun ini kerana merupakan penganjuran julung kali oleh FEST setelah kembali berstatus fakulti.
Terima kasih kepada Allah s.w.t, para juri pemilih, isteri, anak-anak, emak, ayah, dan semua yang menyokong saya secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya hanya Allah jua yang mampu membalasnya.





Antara momen yang dinanti-nanti,
Alhamdulillah, sebuah lagi karya ilmiah sempat terbit sebelum tahun 2025 menutup lembarnya. Pengakhiran yang manis untuk perjalanan panjang yang penuh liku dan harapan.
Buku bagiku ialah raja segala penerbitan. Ia khazanah yang tumbuh melalui proses penuh sabar, ibarat menanti kucing bertanduk. Andai manuskrip dihantar saat seorang bayi baru menjengah dunia, mungkin naskhah itu hanya sempat lahir ketika si kecil sudah mula menapak ke taska. Walau perjalanannya perlahan, aku tetap menghargai setiap jiwa yang menyumbang, kerana dalam sebuah buku terselit usaha berlapis insan, dan buahnya akan jadi rujukan yang merentas generasi.
Seperti harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, demikian juga buku. Warisan ilmu yang tidak lapuk ditimpa hujan, tidak lekang disapa panas.
Terima kasih kepada penulis bersama, Nurain Nadhirah, pelajar doktor falsafah yang berada dalam pengajiannya di bawah seliaanku, yang kini sedang memerah keringat mengutip data dan menyiapkan tesisnya.
Juga buat Tea, mantan pelajar sarjana yang kini mengumpul rezeki dengan mengajar tusyen, katanya demi menyambung pengajian doktor falsafah suatu hari nanti. Aku akan tetap menunggu saat itu, wahai Tea.
Karya ini bukan ditinta demi kemegahan atau sanjungan manusia, tetapi sebagai usaha kecil mencari redha Tuhan yang Maha Esa. Aku percaya bahawa pena hanyalah satu amanah, satu titipan, dan setiap aksara yang mengalir daripadanya wajib membawa makna dan manfaat kepada diri serta orang sekeliling. Maka aku terus berdoa agar dikurniakan kekuatan, agar pena ini tidak pernah kering dan semangat ini tidak pernah padam, selagi nadi masih berlagu dalam tubuhku

“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|

p-halim@utm.my







Malaysia dan Indonesia sering digelar dua negara serumpun. Disebabkan hubungan diplomatik yang rapat, kedudukan geografi yang strategik serta penggunaan bahasa yang hampir serupa, rakyat Malaysia sering mengunjungi kota-kota utama di Indonesia, dan begitu juga sebaliknya. Penulis secara peribadi telah menjejakkan kaki ke hampir semua kota utama di Indonesia sama ada di pulau Sumatera, pulau Jawa, […]
Usai menyelesaikan aktiviti rasmi bersama mahasiswa S2 dan S3, serta dosen di Universitas Negeri Malang, saya dibawa berkeliling kota Malang. Dalam perjalanan, seorang dosen bertanya, “Pak Halim ada rencana khusus untuk ke mana-mana?” Saya lalu menjawab, “Bisakah saya mampir sebentar ke Rumah Budaya Ratna?” Begitulah saya hari ini. Barangkali faktor usia turut memainkan peranan. Saya […]
Copyright © 2026 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in