Archives for January 15, 2026

Suatu Catatan Refleksi dalam Dewan Masyarakat Edisi Januari 2026

Salah satu kegembiraan dalam dunia penulisan, tidak kira sama ada makalah, cerpen atau puisi, ialah saat karya kita terbit tanpa kita sedari. Ia muncul diam-diam, tanpa gendang, tanpa pengumuman. Kita hanya menunggu dengan sabar di hujung minggu, di hujung bulan, sambil memahami bahawa ruang itu terbatas dan rezeki setiap tulisan punya waktunya sendiri. Maka yang tinggal untuk kita ialah reda, sabar, dan yang paling penting, istiqamah untuk terus menulis, walau tanpa janji.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya rakamkan kepada Dewan Masyarakat (DBP) Edisi Januari 2026 atas penerbitan makalah popular ini, yang juga menjadi terbitan sulung tahun 2026. “Suatu Catatan Refleksi dari Negara Penjajah” lahir daripada keikhlasan hati, dirakam tatkala kaki ini menjejak bumi England buat pertama kali pada April yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan fizikal yang turut menjadi perjalanan penuh emosi.

UTM Open Day