Thank you, BERNAMA, for publishing my thoughts.
https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2540541#abc

Thank you, BERNAMA, for publishing my thoughts.
https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2540541#abc

Singgah di laman memetik melur,
Disusun indah di atas para,
Aidilfitri dirai penuh syukur,
Menghulur salam maaf dipinta.


Selamat Hari Pi (π) Sedunia 2026. Hari Pi tahun ini yang jatuh pada hari ini iaitu 14/3 atau 3.14 bertemakan “Matematik dan Harapan”
Sempat saya nukilkan dua buah makalah berkaitan Hari Pi (π). Yang pertama disiarkan di UTM NewsHub bertajuk “3.14159… dan Harapan Sebuah Universiti”, yang boleh dilayari melalui pautan berikut:
https://news.utm.my/.../3-14159-dan-harapan-sebuah.../
Selain itu, sebuah lagi makalah diterbitkan di Dewan Kosmik (DBP) berjudul “Matematik dan Harapan dalam Sambutan Hari Pi 2026”, yang boleh dilayari melalui pautan berikut:
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2026/03/14/22146/

Alhamdulillah, busy book-Iskandar Puteri Kesayanganku telah dilancarkan. Terima kasih HEK atas penerbitan makalah ini

Empat buah makalah hasil tulisan mahasiswa prasiswazah tahun dua jurusan Pendidikan Matematik dari Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) UTM telah berjaya diterbitkan dalam majalah akademik kebangsaan (sebuah di Majalah Sains dan tiga buah makalah diterbitkan dalam Dewan Kosmik [DBP]). Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan, malah mencerminkan kesungguhan, disiplin dan kematangan intelektual yang ditunjukkan sepanjang proses penulisan.
Sebagai pensyarah kursus ini, saya amat berbangga dengan kejayaan anda semua. Semoga ilmu, bimbingan dan aplikasi yang telah dikongsi dapat terus dimanfaatkan dalam perjalanan akademik dan kerjaya pada masa hadapan, insya-Allah.
Terima kasih HEK UTM atas penerbitan berita ini.

Pernahkah anda melayari laman sesawang untuk membeli barangan seperti baju atau kasut, lalu selepas itu anda kerap menerima iklan berkaitan dengannya? Tahukah anda bahawa situasi ini sebenarnya berkait rapat dengan konsep pola dalam matematik?
Terima kasih Dewan Kosmik (DBP) atas penerbitan makalah saya bertajuk “Pola Matematik dan Kaitannya dalam Kehidupan” dalam edisi Januari 2026.

Tatkala penat menanda, membaca, dan menyemak tesis bersilih ganti dengan kerja-kerja hakiki yang lain, penulisan sebegini menjadi ruang kecil untuk saya bernafas. Ia menenangkan. Sambil jari menari di papan kekunci, saya menghirup secangkir kopi panas melawan dingin ofis. Terima kasih Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) UTM atas penerbitan tulisan dari penulis kerdil ini. Sama ada tulisan ini dibaca atau tidak, itu di luar kawalan saya. Cukuplah ia menjadi saksi kepada kejujuran rasa yang dititipkan.
Minggu lalu, saya dihubungi oleh editor Dewan Sastera (DBP). Sebagai penulis yang masih bertatih dalam dunia sastera, saya sebelumnya telah menghantar empat buah cerpen. Entah mengapa, kebelakangan ini jiwa saya semakin tertarik kepada kata dan cerita berjiwa sastera. Daripada keempat-empat naskhah itu, editor memaklumkan sebuah cerpen dianggap sangat menarik, dan jika tiada aral, akan diterbitkan dalam Dewan Sastera versi bercetak bagi keluaran Mei atau Jun. Saat menerima khabar tersebut, hati saya berbunga riang. Ya, berita itu bukan sekadar menggembirakan. Ia menyulut semangat untuk terus menulis.

“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|

p-halim@utm.my







| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | |||
Thank you, BERNAMA, for publishing my thoughts. https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2540541#abc
Copyright © 2026 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in