[Bahagian Akhir] Menginsankan Murid Melalui Penerapan Nilai Positif

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-2-menginsankan-murid-melalui-penerapan-nilai-positif/

Picture source: https://www.southernphone.com.au/Blog/2018/Feb/automation-and-children-future-workforce

Walaupun nilai yang baik itu diajar dalam pendidikan sivik yang diterapkan dalam matapelajaran tertentu, nilai-nilai tersebut seharusnya dihayati dan ditanam dalam diri pelajar. Sehubungan itu, dalam konteks sekolah, selain mengajar, para pendidik bertanggungjawab menunjukkan nilai-nilai positif dan menjadi contoh ikutan kepada murid-murid. Hal ini selaras dengan teori yang diperkenalkan oleh psikologi terkenal Albert Bandura yang memperkenalkan teori berkaitan pembelajaran berasaskan pengamatan.  Melalui teori ini, pelajar belajar melalui peniruan hasil tindakbalas terhadap pelbagai rangsangan yang mana dalam konteks ini, mereka menerima rangsangan dari sikap positif yang dipraktikkan oleh golongan pendidik. Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab membantu murid-murid melihat nilai-nilai yang baik itu merupakan sebahagian penting dalam proses pendidikan tetapi juga untuk perkembangan keseluruhan mereka sebagai individu. Kesimpulannya, komponen Manusiawi iaitu untuk menginsankan murid merupakan satu tanggungjawab yang besar yang bukan hanya perlu dipikul oleh guru, tetapi ibu bapa dan masyarakat dengan persekitaran yang menyokong ke arah tujuan tersebut. Menurut YAB Dr. Maszlee Malik, ia memerlukan perubahan budaya dan juga perubahan minda yang besar.

Tamat