https://bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2458604#abc
Thank you, BERNAMA, for publishing my insights on formal education up to age 16.

https://bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2458604#abc
Thank you, BERNAMA, for publishing my insights on formal education up to age 16.

Alhamdulillah..
Terima kasih Allah S.W.T dan terima kasih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atas pengiktirafan ini.
Anugerah ini didedikasi istimewa buat isteri, puteri-puteri babah, emak dan ayah tersayang. Thanks for understanding me!
Alhamdulillah..



Alhamdulillah, buat pertama kalinya, saya menerima Anugerah Expert Scholars’ UTM 2025 (Akademik) sempena Malam Penghargaan Media UTM 2025 yang berlangsung di Dewan Maharani, Impiana Hotel, Senai, pada 6 Ogos yang lalu.
Terima kasih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atas penghargaan ini. Insya-Allah, selagi mana saya masih bernyawa, selagi itulah saya akan terus berkarya.

Saya akui walaupun saya alumni Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), saya jarang-jarang ke sana, disebabkan faktor jarak. Namun, biarlah kata peribahasa “Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu”. Namun, baru-baru ini saya menonton pasukan Orkestra SMSS di Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-23 melalui Youtube.
Sebagai alumni, pastinya saya berbangga dengan junior SMSS yang menunjukkan semangat luar biasa dalam pertandingan orkestra berkenaan dan akhirnya bergelar johan.
Saya kemudian melihat bagaimana pasukan orkestra ini sangat terkait dengan kehidupan kita. Umpamanya, tanpa seorang pemuzik yang hanya mengetuk ‘Triangle’ yang tampak mudah berbanding alat muzik lain, ia tidak akan menghasilkan alunan simfoni muzik yang harmoni. Apatah lagi, tanpa kewujudan konduktor yang memainkan peranan yang sangat penting.
Terima kasih UTM, Centre for Corporate Communications kerana menerbitkan rencana saya yang bertajuk “Ekosistem kampus universiti sebagai simfoni ilmu berinspirasikan metafora orkestra”.
Tahniah adik-adik (atau anak-anak) SMSS!!
“Banggaan Putera Puteri”


Titipan dari Bumi Eropah
Alhamdulillah
Andai anda terbaca, membaca (kalau sudi) tulisan saya sebelum ini, ia lebih bersifat straight forward. Tiada selekoh ke kanan, mahupun ke kiri.
Semalam, untuk rekod dan sejarah peribadi saya, tulisan pertama saya disiarkan dalam Tunas Cipta, sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat penulis muda (dan tua seperti saya) yang baharu menjinak-jinakkan diri dalam penulisan berbaur sastera.
Saya tidak pandai menulis karya sastera. Namun, saya suka membaca dan menghayati ritma dan irama penulisannya.
Saya beranikan diri mencuba. Menulis dengan lenggok bahasa bersahaja, lain dari biasa.
Alhamdulillah, terbit jua hari ini. Terima kasih tuan editor yang mempercayai sebuah tulisan yang saya kira sangat jujur.
Makalah ini terbahagi kepada dua segmen.
Di Amsterdam, saya nukilkan nasihat buat puteri-puteri tersayang bermetaforakan terusan, basikal dan tram yang sangat tersohor di kota itu.
Di Paris pula, saya cuba merungkai apa istimewanya menara rangka besi buruk berbanding Menara Kembar Petronas yang saya kira jauh lebih indah.
Selamat membaca di pautan berikut,
https://tunascipta.jendeladbp.my/2025/08/05/11844/
dan kongsikan pandangan anda terhadap percubaan pertama saya dalan menulis gaya sebegini.


Thanks Centre for Corporate Communication, Universiti Teknologi Malaysia, for publishing this article.

Dr. Halim offers insights on UTM’s tagline—’Innovating Sustainable Solutions’—and its application in various aspects of life, both personally and professionally.
Thanks Centre for Corporate Communication, Universiti Teknologi Malaysia, for publishing this article.

First of all, as a disclaimer, I write this not to elevate myself, but to express my pride in representing Malaysia in general, and Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in particular.
Thanks Centre for Corporate Communication, Universiti Teknologi Malaysia, for publishing this article

Apabila anak murid bersemangat, bapa murid lagi bersemangat. Baru sahaja membentangkan projek tahun akhir (PSM) mereka tempoh hari, hari ini sudah ajak berbincang untuk cadangan kajian PhD mereka.
Oh ya! Mereka merupakan pelajar kelas pertama dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian, yang melayakkan mereka untuk melanjutkan pengajian PhD mereka secara fast track. Namun mereka perlu melepasi ujian tertentu.
Insya-Allah, empat orang pelajar PhD saya bakal menghantar tesis PhD mereka untuk viva-voce sebelum semester akan datang bermula. Maka empat tempat tersebut, bakal diisi oleh mereka berdua.
Selamat maju jaya, Adib dan Angela.


Sekiranya kita hantar makalah/artikel/rencana ke mana-mana majalah, kebiasaannya kita tidak hantar gambar bersekali dengan makalah tersebut. Pihak penerbit akan gunakan koleksi gambar mereka yang tidak terikat dengan mana-mana hak cipta.
Hari ini, semasa saya dimaklumkan oleh editor Dewan Ekonomi (DBP) tentang penerbitan makalah saya, mata saya terus terpaut pada gambar yang menjadi latar belakang makalah berkenaan.
Ia seolah-olah menggambarkan diri saya ketika di sekolah rendah dahulu sebagai anak Felda yang sangat struggle untuk mencari ilmu. Itulah jua kandungan makalah ini berkenaan impak sosioekonomi keluarga yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pencapaian murid. Dengan kata mudah, keluarga kaya, anak mereka cemerlang, keluarga miskin, anak mereka tidak cemerlang. Bukan saya yang kata tau! Data yang kata. Kalau tak percaya, boleh baca makalah ini.
Ayah saya peneroka Felda yang mengerjakan kebun getah. Emak saya guru Tabika KEMAS yang banyak menitikberatkan soal pendidikan kami adik beradik. Selepas emak ajar anak-anak Felda waktu siang, malam kami kena paksa belajar. Kalau tak belajar, tak boleh tidur, tak boleh tengok TV dan macam-macam lagi tak boleh.
Tingkatan 1, saya tercampak ke Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) menjadi medan menuntut ilmu seterusnya. Bayangkan budak Felda berusia 13 tahun yang hanya tahu pekan Bahau, seperti “Rusa masuk kampung” belajar di KL. Masa tu sempat merasa naik bas mini warna pink dan setiap kali cuti sekolah, balik kampung dengan naik bas di Puduraya.
Ini makalah saya yang kedua diterbitkan oleh Dewan Ekonomi. Oh ya! Sewaktu saya di Tingkatan 4, saya budak sains tulen. Tapi nak cukupkan 10 subjek SPM, saya ambil subjek Ekonomi Asas sebagai subjek yang ke-10. “Keluk permintaan”, “keluk penawaran” antara istilah yang masih saya ingati. Menariknya, itu antara subjek kegemaran saya, dan saya dapat A1 dalam SPM. Alhamdulillah.
Untuk bacaan makalah ini, sila layari pautan ini

“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|

p-halim@utm.my







Alhamdulillah, busy book-Iskandar Puteri Kesayanganku telah dilancarkan. Terima kasih HEK atas penerbitan makalah ini https://news.utm.my/2026/03/utm-mbip-lancar-busy-book-iskandar-puteri-kesayanganku-perkasa-pembelajaran-awal-kanak-kanak
Terima kasih HEK UTM atas penerbitan makalah ini
Copyright © 2026 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in