E-majalah Matematik dalam Warisan dan Budaya Sabah

E-majalah Matematik dalam Warisan dan Budaya Sabah memperkenalkan konsep etnomatematik dengan menunjukkan bahawa matematik bukan sekadar ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah, tetapi turut terkandung dalam amalan, kesenian dan warisan masyarakat Sabah. Melalui pendekatan yang menarik dan kontekstual, e-majalah ini menghubungkan konsep matematik dengan data pelancongan Sabah, corak Linangkit, anyaman buluh, seni manik, seni bina rumah tradisional, tarian Sumazau serta permainan gong dan kulintangan.

Pelbagai konsep matematik diketengahkan, termasuk statistik, peratus, purata, graf, bentuk geometri, perimeter, luas, sudut, simetri, pantulan, putaran, translasi, teselasi, pola, kiraan, pecahan dan nisbah. Sebagai contoh, corak Linangkit dan seni manik memperlihatkan pengulangan pola serta simetri, manakala struktur rumah tradisional Sabah mengaplikasikan bentuk geometri, ukuran, perimeter dan luas. Gerakan tarian Sumazau pula dikaitkan dengan kiraan, sudut, simetri dan pembentukan pola, sementara irama gong dan kulintangan menerangkan konsep pecahan, nisbah tempo serta pola irama.

E-majalah ini turut menyediakan aktiviti interaktif melalui kuiz Google Form dan Wordwall bagi mengukuhkan pemahaman pembaca. Secara keseluruhannya, penerbitan ini menegaskan bahawa pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah, bermakna dan menyeronokkan apabila dikaitkan dengan budaya serta pengalaman kehidupan sebenar. Pada masa yang sama, pendekatan ini membantu generasi muda menghargai, memelihara dan meneruskan warisan budaya Sabah.

Ia dibangunkan oleh saudari Cyra Evisha Sayun, di bawah penyeliaan saya untuk projek sarjana muda (PSM) beliau.

Sila layari : https://online.fliphtml5.com/rmbha/xbqm/

UTM Open Day