

On the 26th of October 2023, I extend my gratitude to the Faculty of Science and Mathematics at Universiti Pendidikan Sultan Idris for extending an invitation to participate as one of the panelists in the forum held in conjunction with the IPCSM 2023 conference. The forum, which ran from 11 am to nearly 1 pm, was titled “Innovation in Education: Nurturing or Disrupting?” The forum consisted of three rounds during which the panelists shared their perspectives in response to questions posed by the moderator.
Q: Drawing from your experience, what is your standpoint regarding the current state of educational development, especially in the context of innovation?
My respond:
Q: What are the most significant challenges and impediments to fostering innovation in education today?
My respond:
Q: How can the government, educators, stakeholders, and students work together more effectively to nurture innovation in education?
My respond:
Thank you again, UPSI, for having me. Until we meet again.
I would like to express my appreciation to Abdul Hakim, my graduate research assistant (GRA) who is also my PhD student, for making these two days a success in our study. He arranged everything with KPM, JPN, JAKOA, and the school headmasters before we visited these two schools; SK Asli Peta and SK Asli Punan.
Hakim is the son of the former UTM lecturer of Akademi Tamadun Islam, almarhum Prof Abd Jalil, who used to be a college principal at Kolej 10 and KTF before moving to Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
I would also like to thank all the headmasters, teachers, and students who offered us their unconditional support. What I love the most about Orang Asli children is their attitude and politeness.
During these two days, we started our journey from the hotel as early as 6.30 am, stopping for breakfast along the way. From the main road in Jalan Kluang-Mersing, it took us two and a half hours to reach SK Peta and two hours to reach SK Punan. Most of the teachers stay at the quarters, but there are also teachers who commute daily, which surprised me.
This afternoon at SK Punan, there is a former undergraduate student from the School of Education UTM who was recently posted to the school through a ‘one-off’ intake by KPM. He was surprised by his posting, as his majoring was mechanical engineering, and he was originally supposed to teach at a Vocational College. However, he still looks happy and committed to his career.
All in all, Hakim has covered all 10 SK Asli schools in Johor, and he visited two of them with me. He conducted interviews with 13 mathematics teachers at SK Asli, and I asked him about the information he obtained. I felt relieved when Hakim told me that the information provided by the interviewees was sufficient and saturated enough.
Please let me know if anyone knows of a transcription service with an affordable rate. We also collected data from the students through mathematics tests. Don’t underestimate them, as a few of them answered all the questions correctly.
I am currently in Kluang with my Graduate Research Assistant (GRA), Hakim. We will be visiting two Orang Asli primary schools on Sunday and Monday to collect data for my research grant.
There are 10 Orang Asli schools in Johor, and Hakim has already covered 8 of them. We have 2 schools left, so I’ve decided to join him in collecting data through tests and interviews with students and mathematics teachers. I hope that this small contribution can benefit them in some way, insya-Allah.
For the initial reading, you may refer to our early writings through the following links.
A Systematic Review of What Malaysia Can Learn to Improve Orang Asli Students’ Mathematics Learning from Other Countries
https://www.mdpi.com/2071-1050/14/20/13201
Does Language Matter in the Mathematics Classroom for Orang Asli Students in Malaysia?
https://msocialsciences.com/index…/mjssh/article/view/2061
Indigenous Pedagogy Approach in Teaching Mathematics among Orang Asli Primary School Students
https://www.msocialsciences.com/…/mjssh/article/view/2494
Embon Binti Saji. Ya, itu nama atokku (baca: nenek). Aku dahulu cucu yang sangat nakal. Sering aku bertanya, kenapa nama atok Embon? Kenapa nama ayah atok Saji? Tudung Saji ke? Kerana kenakalanku sewaktu kecil, atok kata aku pernah kena ikat dekat pokok kelapa sebab suka menyakat adik di kampung sehingga menangis. Dahulu ketika aku di bangku tadika dan sekolah rendah, emak dan ayah kerap menghantar aku dan adik-adikku ke kampung sekiranya emak berkursus dan sebagainya. Boleh tahan lama, ada kalanya sehingga tiga bulan. Kampung atok terletak di kawasan Sagil, Sengkang, Bukit Gambir dan Tangkak. Senang kata, di kawasan lembah Gunung Ledang.
Sewaktu aku bujang dahulu, boleh dikatakan aku satu-satunya cucu yang kerap bermalam di rumah atok. Kalau aku balik rumah emak dan ayah di Negeri Sembilan, aku akan singgah bermalam terlebih dahulu di rumah atok. Aku suka sambal nasi lemak atok. Biasanya aku akan menetap satu atau dua malam. Atok tinggal bersama emak saudaraku (baca: mak itam) dan keluarganya. Disebabkan ketika itu mak itam tiada kenderaan, setiap kali aku bermalam di rumah atok, aku akan bawa atok dan mak itam keluar makan malam sama ada di Tangkak ataupun Bukit Gambir. Kegemaran atok? Tiada preference. Apabila dapat dibawa keluar, atok sudah cukup gembira.
Pada tahun 2014, aku mengerjakan umrah bersama atok, emak, ayah dan maklong. Bukan aku hendak meninggi diri, tetapi niat aku pada masa itu nak tolong atok dan hendak mudahkan atok yang berkerusi roda mengerjakan umrah. Itulah pengalaman pertama atok menaiki kapal terbang seumur hidupnya. Setibanya di Madinah, atok demam. Kami semua panik sebab atok sangat lemah. Berkejaran aku ke farmasi berdekatan dengan Masjid Nabawi untuk membeli ubat yang sesuai. Lemahnya atok ketika itu sehingga kami beranggapan, adakah sudah sampai masa atok. Namun, Alhamdulillah, atok beransur pulih dan dapat mengerjakan ibadah di Madinah.
Setibanya di Mekah, aku tanamkan niat di hati, umrah wajib, aku akan tolong atok sebaik mungkin. Apatah lagi, dengan jemaah umrah yang ramai, kerja-kerja pembinaan hotel dan pembesaran Masjidil Haram ketika itu, dan kami tiba di Mekah pada waktu tengah malam. Atok mungkin penat dan aku khuatir perkara yang sama seperti di Madinah bakal berulang kembali. Alhamdulillah, aku minta emak, ayah dan maklong fokus kepada rukun umrah yang kedua iaitu tawaf mereka dan aku menolak kerusi roda atok untuk kami sama-sama tawaf di tingkat atas dengan anggaran 10-15 minit setiap pusingan dan kesesakan jemaah.
Atok tidak henti-henti berdoa sepanjang kami mengelilingi kaabah. Alhamdulillah, atok selamat mengerjakan umrah wajibnya. Semoga atok dikurniakan umrah yang mabrur. Setiap kali bergerak ke mana-mana, aku membawanya berkerusi roda hatta atok hendak membeli buah tangan untuk mak itam dan keluarganya. Ketika kami melakukan tawaf wada’ atau tawaf ‘selamat tinggal’, aku minta maaf pada atok kalau sepanjang aku membantunya di tanah suci, terdapat sebarang kekasaran yang aku lakukan. Namun atok sebaliknya berdoa yang mana biarlah doa tersebut menjadi rahsia antara aku dan atok.
Tahap kesihatan atok semakin merosot pada tahun 2018 selepas atok terjatuh ke dalam longkang. Sejak dari itu, sedikit demi sedikit keupayaan atok terjejas sehinggalah atok mengalami lupa ingatan. Satu-satunya yang dia mahu berada di sampingnya ialah mak itam yang dipanggilnya mak. Namun, aku bersyukur atok dapat melihat aku mendirikan rumah tangga dan melihat cicit-cicitnya. Keadaan atok menjadi semakin teruk apabila atok didiagnos dengan kanser payudara. Doktor pakar di Hospital Muar tidak boleh berbuat apa-apa kerana faktor umur atok dan implikasi yang lebih teruk sekiranya pembedahan atau kemoterapi dilakukan terhadap atok. Jadi, atok hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang doktor bekalkan.
Sehinggalah pada malam semalam, sewaktu solat maghrib, atok menghembuskan nafas terakhirnya. Mak itam merupakan saksi bagaimana atok menarik nafas dalam dan kemudian nyawanya sudah tiada. Sesungguhnya besar pahala mak itam yang menjaga atok sehingga diberi peluang untuk melihat atok menghembuskan nafasnya yang terakhir di alam dunia ini.
Kepada atokku yang tersayang,
Tamat sudah kesengsaraan atok di alam dunia,
Tiba masanya untuk atok berehat,
Selagi nafas dikandung badan,
Insya-Allah doa akan daku kirimkan,
Selamat jalan duhai atokku ke negeri abadi,
Semoga atok tenang di alam sana.
Al-Fatihah (dibaca)
Embon Binti Saji
1940-2023
Sambungan dari https://people.utm.my/halim/keindahan-bahasa-melayu-di-sebalik-bahagian-1-pembentangan-belanjawan-2023-oleh-perdana-menteri/
Pada tahun 2018, Dato’ Seri Anwar telah mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan telah dibebaskan daripada penjara. Beliau kembali ke parlimen dalam pilihan raya kecil Port Dickson 2018. Sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10, usaha beliau memperjuangkan Bahasa Melayu tidak pernah terhenti. Sentiasa tegas dengan pendiriannya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam ucaptama yang disampaikan oleh Dato’ Seri Anwar semasa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara Sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2019, beliau menegaskan bahawa majlis rasmi kerajaan wajib menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam usaha memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa ilmu. Beliau menambah bahawa Bahasa Melayu dihormati di negara ini sebagai bahasa sastera dan budaya dan beliau turut mempertikaikan terdapatnya sidang media oleh pemimpin dan dianjurkan kerajaan yang mana bahasa digunakan bercampur aduk dalam Bahasa Melayu serta Inggeris. Semasa penganjuran Seminar Negara Bangsa: Bahasa Melayu Identiti Negara di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2019, Dato’ Seri Anwar turut memuji usaha kerajaan negeri Johor dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu, bagi mendaulatkan Bahasa Melayu supaya dapat diguna pakai di semua tempat dan peringkat lapisan masyarakat. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia perlu mempunyai dasar jelas bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam usaha mencapai objektif menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN. Tanggal 24 November 2022, Dato’ Seri Anwar memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan bawah pimpinannya akan meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah. Kemudian istilah ‘cerakin’ yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam satu sidang media menjadi fenomena. Lantas rakyat tercari-cari maksud istilah berkenaan daripada pelbagai sumber.
Semasa mengikut pembentangan Ucapan Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani, penulis sangat tertarik dengan kepelbagaian istilah dan lenggok ayat yang indah diselitkan dalam perbahasan Perdana Menteri. Sekali lagi penulis tekankan bahawa penulis bukanlah pakar bahasa ataupun invididu yang layak membicarakan tentang bahasa. Namun dek minat mendalam dalam penggunaan Bahasa Melayu, penulis sangat kagum dengan kepetahan bicara insan bernama Anwar Ibrahim ini. Antara bait indah yang menangkap perhatian penulis ialah bagaimana Perdana Menteri memulakan mukadimah dengan mengaitkan kisah Nabi Yusuf ketika Raja Al-Aziz, yang merupakan Raja Mesir ketika itu resah akan jangkaan tujuh tahun kegersangan ekonomi. Kemudian Perdana Menteri terus-menerus menggunakan ungkapan indah yang ada antaranya membuatkan penulis tercari-cari makna. Berseni sungguh bait-bait yang diluahkan. Antaranya, “dalam kegalauan kini, persoalan yang harus dibangkit ialah jumlah yang hidup merempat dan melarat”, jangan kotori “minda rakyat dengan angka-angka yang memukau”, “membobrok tadbir urus kerajaan” dan ”pelbagai ketelanjuran yang memberi dampak buruk”. Perdana Menteri turut membuka minda rakyat dengan mengutarakan persoalan “apakah masa depan negara akan rencat, melonjak atau terpenjara?” dan terus meyakinkan rakyat dengan ungkapan-ungkapan seperti “berteraskan semangat islah dengan maksud mempaculkan pengarahan baharu lagi segar, lantas membenam purbasangka”, “menyederhana kesenjangan” dan “menopang pertumbuhan ekonomi yang terangkum dan mampan”. Barangkali terdapat segelintir warga Malaysia yang mempertikaikan untuk apa istilah bombastik yang kurang atau tidak difahami digunakan sekiranya rakyat tidak memahaminya. Bukan untuk mempertahankan tindakan Perdana Menteri, namun setelah penulis membaca, mengamati dan meneliti teks pembentangan Belanjawan 2023, ayat-ayat tersebut hanyalah digunakan sebagai mukadimah, sebaliknya, hampir keseluruhan teks yang diucapkan menggunakan ayat Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Penggunaan istilah dan susunan ayat yang indah ini membangkitkan rasa bangga penulis akan keindahan Bahasa Melayu apatah lagi ianya disampaikan oleh pemimpin nombor satu negara.
Ketokohan Perdana Menteri membuktikan bahawa apa yang diperjuangkan bukanlah omong-omong kosong belaka, sebaliknya dijelmakan dalam tindakan dan perbuatan beliau sendiri sebagai pejuang Bahasa Melayu. Semoga ianya dapat dijadikan tauladan dan contoh ikutan oleh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda yang perlu sentiasa diingatkan bahawa “hilang bahasa lenyaplah bangsa”.
Tamat
Salam semua
Disebabkan pembentangan Bajet 2024 oleh YAB Perdana Menteri akan diadakan tidak lama lagi, saya ingin berkongsi penulisan saya sebagai pencinta bahasa Melayu. Saya tertarik dengan istilah-istilah menarik yang diperkatakan oleh YAB PMX semasa pembentangan Bajet 2023 pada awal tahun ini.
Selamat membaca!
Pertama sekali, penulis bukanlah berlatar belakangkan kesusasteraan mahupun pengajian Bahasa Melayu. Hendak dikatakan pakar dalam bidang pendidikan, bukan juga. Pakar bahasa, jauh sekali. Penulis hanyalah ahli akademik dan penyelidik dalam bidang pendidikan matematik yang sangat menyanjung tinggi bahasa kebangsaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu. Walaupun berada dalam bidang pendidikan matematik di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), penulis banyak menulis artikel, kertas kerja, usulan penyelidikan, dan seterusnya melaksanakan penyelidikan dalam Bahasa Melayu. Dalam aspek pengajaran, walaupun terdapat mahasiswa yang memberikan aduan mengenai penggunaan Bahasa Inggeris penulis yang terhad dalam kuliah peringkat pra-siswazah, ianya tidak sesekali mematahkan semangat penulis untuk terus memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan di peringkat pendidikan tinggi. Tambahan pula, sudah terang lagikan bersuluh bahawa bahasa pengantar rasmi untuk amalan pengajaran dan pembelajaran di UTM ialah Bahasa Melayu. Kalau peringkat pasca-siswazah, lain cerita. Hatta terdapat seorang mahasiswa antarabangsa selain berasal dari Indonesia ataupun Brunei, penggunaan Bahasa Inggeris wajib digunakan di dalam dewan kuliah. Meskipun begitu, penulis tetap menggalakkan mahasiswa antarabangsa untuk mempelajari bahasa kebangsaan yang indah ini. Dalam aspek penyeliaan mahasiswa, penulis menggalakkan pelajar tempatan menghasilkan tesis dalam Bahasa Melayu, namun tiada paksaan. Beberapa buah buku penulis diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Penerbit Universiti yang berdaftar dengan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Buah fikiran penulis khususnya dalam bidang pendidikan turut diterjemahkan dalam bentuk penulisan artikel dalam Bahasa Melayu yang diterbitkan dalam akhbar arus perdana dan majalah akademik. Pada penghujung tahun 2022, penulis berbesar hati menerima Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM) tahun 2022 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Suatu anugerah yang tidak pernah terjangkau fikiran penulis untuk menerimanya. Setinggi kesyukuran penulis rakamkan dan ia pastinya memberi semangat dan motivasi kepada penulis untuk terus menyumbang kepakaran dalam bidang menggunakan bahasa kebangsaan.
Penulis menulis artikel ini bukan untuk mengupas pembentangan Belanjawan 2023 yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Bahkan penulis bukanlah orang yang layak untuk mengulas intipati pembentangan tersebut. Penulis mengikuti pembentangan Perdana Menteri dari awal hinggalah akhir. Mungkin kebanyakan orang tertunggu-tunggu berita gembira yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri. Penulis akui yang penulis juga tertunggu-tunggu ‘durian runtuh’ yang mungkin penulis dan kakitangan sektor awam yang lain terima. Namun, apa yang lebih menarik perhatian penulis ialah keindahan dan keunikan istilah-istilah dan ungkapan-ungkapan yang digunakan oleh Perdana Menteri sepanjang pembentangan tersebut. Jika diselusuri perjalanan hidup insan bernama Anwar Ibrahim ini, tidak hairanlah bagaimana beliau boleh menyusun ungkapan dengan indah, menggunakan istilah Bahasa Melayu dengan berseni dan tepat pada tempatnya. Penulis suka berkongsi serba sedikit kisah hidup Perdana Menteri Malaysia yang digelar sebagai Bapa Reformasi Malaysia dalam konteks memperjuangkan Bahasa Melayu.
Bakat figura hebat ini terserlah seawal dari peringkat sekolah menengah lagi iaitu di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih sinonim dengan panggilan MCKK. Siapa yang tak kenal dengan MCKK. Sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang banyak melahirkan pemimpin dan tokoh hebat dan terkemuka di Malaysia. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato. Perjuangannya memartabatkan Bahasa Melayu diteruskan di peringkat pendidikan tinggi di Universiti Malaya (UM) yang mana beliau menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera). Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya semasa pengajiannya di universiti tertua di Malaysia itu. Semasa menjadi Menteri Pendidikan, salah satu polisi yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Anwar dalam kurikulum sekolah kebangsaan ialah menukar nama bahasa kebangsaan daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu walaupun langkah ini dikritik hebat oleh orang bukan Melayu. Insan yang bernama Anwar Ibrahim ini juga mencetuskan istilah seperti masyarakat Madani, generasi rabbani, waima dan nawaitu. Coretan kisah sosok hebat ini mungkin hanya cebisan daripada perjalanan hidupnya yang penuh dengan kisah suka dan suka yang mana ketika itu penulis hanyalah budak hingusan yang masih menuntut ilmu di peringkat sekolah menengah. Ketika itu, politik tiada dalam kamus hidup penulis apatah lagi tinggal di kawasan luar bandar yang masih janggal dengan dunia luar dan tertinggal dalam pelbagai aspek dan kemudahan.
Penulis juga diuar-uarkan bahawa figura bernama Anwar Ibrahim ini sangat petah apabila berkata-kata. Sahabat-sahabat penulis di negara seberang kerap memuji dan menyatakan bahawa betapa rakyat Indonesia kagum dengan insan ini. Pada tahun 2018, Dato’ Seri Anwar dianugerahkan Doktor Kehormatan (Dr.Hc) dalam bidang Pendidikan Politik oleh Universitas Negeri Padang (UNP), Sumatera Barat, Indonesia. Beliau turut menyampaikan ucapan sempena penganugerahan ini dalam Bahasa Melayu. UNP ini sangat dekat di hati penulis. Sudah beberapa kali penulis dijemput sebagai penyampai kuliah tamu di sana dan pastinya penulis turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahkan dosen (pensyarah) di sana berkolaborasi dengan penulis dalam penyelidikan dan penulisan.
Bersambung…
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Tarikh 1 Oktober 2023, genaplah 5 bulan 15 hari saya menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai pemangku Pengarah (Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif), Sekolah Pendidikan. Semoga ianya menjadi asbab untuk pahala di negeri yang kekal abadi, insya-Allah. Terima kasih atas peluang dan pengalaman yang diberikan.
Fakta Ketujuh
Murid-murid di Asia Timur menduduki tempat tertinggi di peringkat global dalam untuk subjek matematik dalam kajian antarabangsa TIMSS. Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong adalah antara negara tersebut. Tetapi menariknya, walaupun berpencapaian tinggi, murid-murid Asia Timur berasa kurang yakin dan mempunyai minat yang lebih rendah daripada murid-murid yang sebaya mereka dari negara-negara lain dalam mempelajari matematik. Contohnya, walaupun murid Korea Selatan, Jepun dan Taiwan mendapat skor yang agak rendah pada minat dan keyakinan, purata skor keseluruhan mereka adalah sangat positif. Begitu juga dengan Singapura yang mana hanya 22% murid gred lapan mereka mengatakan bahawa mereka ‘sangat suka belajar matematik’. Manakala hanya 8% murid sekolah menengah Korea Selatan berkata mereka ‘sangat yakin dalam matematik’.
Penekanan kepada nilai-nilai Confucian boleh menjadi faktor kejayaan muridAsia Timur. Negara-negara Asia Timur yang mendahului negara-negara lain adalah negara-negara yang dipengaruhi Budaya Warisan Confucian (BWC). Oleh itu, negara-negara seperti China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan sangat menekankan aspek pendidikan.Ibu bapa di negara-negara tersebut sanggup membelanjakan wang tambahan untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan. Penulis telah melaksanakan kajian mengapa murid Korea Selatan amat cemerlang dalam matematik walaupun mereka mempunyai sikap negatif terhadap subjek tersebut. Rakyat Korea Selatan yang mengikuti tradisi Confucianism telah menghormati pendidikan sejak zaman awal lagi. Falsafah Confucian telah memasuki Korea Selatan dari China lebih daripada lima belas abad yang lalu. Confucianism secara tradisi menyediakan cara yang tepat untuk murid, yang melibatkan penanaman diri yang berterusan melalui pendidikan. Konfusianisme, sebagai ideologi negara dan agama amat mempengaruhi aspek politik, ekonomi, masyarakat, budaya dan pendidikan. Dengan menggunakan idea-idea Confucian, individu merit dipilih melalui peperiksaan regional dan nasional yang sangat kompetitif, yang berfungsi sebagai cara pemilihan untuk jawatan kerajaan yang berprestij. Sistem peperiksaan bertindak sebagai mekanisme pemilihan utama untuk jawatan kerajaan yang terhad dan impaknya, pendidikan formal merupakan persiapan untuk peperiksaan. Tambahan pula, Korea Selatan telah mengalami ledakan ekonomi, berikutan kejayaan pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan educational fever (semangat) yang berdasarkan nilai sosial Confucian menyebabkan sistem pendidikan lebih berorientasikan kepada peperiksaan.
Selain itu, guru-guru matematik di Korea Selatan tidak mementingkan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS. Mereka juga tidak memberikan soalan-soalan matematik mengikut format atau bentuk kedua-dua pentaksiran antarabangsa tersebut. Pencapaian murid dalam ujian dipengaruhi oleh sikap mereka terhadap ujian, dan hal ini turut melibatkan kajian perbandingan antarabangsa. Murid Korea Selatan dibesarkan dalam budaya Confucian, diajar untuk mengambil ujian dengan serius. Sikap mereka terhadap pentaksiran TIMSS mungkin telah dipengaruhi oleh sikap serius terhadap ujian dan seterusnya memberikan pencapaian yang cemerlang.
Tamat
My wife has been talking about LASIK, or in its full name, Laser-Assisted In Situ Keratomileusis, for quite some time now. Today, to show my support, I accompanied her to an eye specialist clinic located in Taman Sutera. To be honest, I didn’t have much of an idea about what LASIK is, and it never crossed my mind that I would consider it for myself.
We brought our kids to the clinic, and I’m thankful that it turned out to be a comfortable and spacious place. While the doctor’s assistant was checking her eyes and providing a consultation in one room, I kept the twins entertained. After about half an hour, she finished discussing her options with the staff.
In the car, she told me that after the examination, the doctor’s assistant didn’t recommend LASIK for her due to the fact that her corneas are very thin. Instead, she suggested placing small and thin lenses directly on the surface of her eyes to correct her vision problems. The price for this alternative option is even higher than LASIK, possibly in the tens of thousands. However, there’s still a risk associated with it, although it’s relatively rare: glaucoma, cataracts, and the possibility of needing to replace the lenses if her nearsightedness worsens.
In the end, she’s in a dilemma and asked for my opinion. My answer is straightforward: “Is it worth paying more for something with added risks?” That’s it.
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|
p-halim@utm.my
Saya akui walaupun saya alumni Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), saya jarang-jarang ke sana, disebabkan faktor jarak. Namun, biarlah kata peribahasa “Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu”. Namun, baru-baru ini saya menonton pasukan Orkestra SMSS di Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-23 melalui Youtube. Sebagai alumni, pastinya saya berbangga dengan junior […]
Titipan dari Bumi Eropah Alhamdulillah Andai anda terbaca, membaca (kalau sudi) tulisan saya sebelum ini, ia lebih bersifat straight forward. Tiada selekoh ke kanan, mahupun ke kiri. Semalam, untuk rekod dan sejarah peribadi saya, tulisan pertama saya disiarkan dalam Tunas Cipta, sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat penulis muda (dan tua seperti […]
Copyright © 2025 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in