Pada zaman mudanya, Shaykh Shukri al-Luhafi rahimahullah pernah mengajar di sebuah sekolah di kawasan kampung di pinggiran Damsyik. Kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan air yang dekat, melainkan satu sumber air yang sangat jauh, dan perjalanan pulang darinya amat mencabar kerana jalan yang curam dan berbukit.
Seorang pemungut air di kawasan itu pula adalah seorang lelaki yang kurang upaya dan tidak sihat tubuh badannya. Namun dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut kerana tiada sesiapa yang mampu menanggungnya atau menjaganya.
Apabila Shaykh Shukri melihat keadaan lelaki itu, beliau tidak berpaling. Setiap pagi, beliau bangun awal, memikul sendiri air melalui jalan yang curam dan berbukit, lalu menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Beliau tidak mengambil sebarang upah, bahkan membiarkan lelaki itu mengambil sepenuhnya hasil keuntungan daripada pekerjaan tersebut.
Beliau melakukan perkara itu setiap hari selama bertahun-tahun, sehingga lelaki itu akhirnya meninggal dunia. Inilah akhlak para ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan.
Diterjemahkan dari tulisan asal dalam bahasa Inggeris