Tag Archives: tokoh

Ilmu yang benar akan melahirkan tawaduk, bukan kemegahan. Video ini saya terjemahkan dari tulisan asal berbahasa Inggeris. Kisah 1, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Yang menjadikan beliau “besar” bukan sekadar ilmu, tapi akhlak:

  • Sangat tawaduk (rendah diri)
  • Walaupun ulama besar, beliau:
    • Hidang air kepada orang dalam majlis
    • Susun kasut di masjid
    • Kutip lebihan makanan di pasar

Ilmunya tinggi, tapi:

  • pakaian sederhana
  • hidup zuhud
  • tidak mencari nama

Bukan semua ulama besar itu terkenal.
Ada yang Allah “sembunyikan”, tapi tinggi di sisi-Nya.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Selamat Hari Pekerja, Kisah Mubarak ini mungkin sesuai

Al-Mubarak (tabi’in) bekerja sebagai penjaga kebun delima

Suatu hari tuannya datang ke kebun bersama seorang tetamu

Tuan Kebun memanggil pekerjanya
“Wahai Mubarak, Ambilkan saya sebiji delima yang manis”

Mubarak berlalu pergi, mengambilnya di pohon. Dia membawakan sebiji buah delima.

Tuan Kebun membelah dan menjamahnya, masam!

Majikannya kecewa “saya meminta delima yang manis, tapi kamu bawa delima yang masam, ambillkan yang manis”

Sekali lagi Mubarak berlalu pergi, kali ini dia memetik dari pohon yang lain pula

Apabila dibelah dan dijamah oleh majikannya, ternyata delima yang satu lagi itupun masam juga.

Begitulah berulang, sampai tiga kali.

Majikannya pun dengan penuh hairan bertanya kepada Mubarak, “Kamu tidak tahu yang mana delima manis, dan yang mana delima masam?, sedangkan kamu bukannya baru bekerja di sini, kamu telah menjaga dan mengawasi kebun ini bertahun-tahun lamanya, kamulah yang melaksanakan segala-galanya untuk kebun ini”
 
“Tidak, saya tidak dapat mengenalpasti buah yang manakah manis dan buah yang manakah masam.” jawab al-Mubarak
 
 ”Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku?”
 
“Sebab selama saya berkerja dengan tuan menguruskan kebun  ini,  saya tidak pernah  merasa walau sebiji pun buah Delima di Kebun ini, bagaimana mungkin saya hendak tahu yang mana manis dan yang mana masam”
 
“Mengapa pula kamu tidak makan?”
 
“Sebab Selama saya berkerja di sini, tuan hanya beri izin untuk saya menguruskan kebun ini, dan tidak pernah saya diberi izin dari tuan untuk makan walau sebiji buah pun dari kebun ini.” ¹
 
Kagum tuan kebun mendengarnya. Apabila tersingkap kejujuran hambanya itu, dia bertambah hormat kepada Mubarak.

 

Tuan kebun mempunyai seorang anak gadis, yang sudah beberapa kali dilamar orang.
 
Dia bertanya kepada Mubarak, “Wahai Mubarak, pada pandangan kamu, siapa yang patut mengahwini anak perempuan saya?”
 
Jawab Mubarak, “Orang jahiliyah berkahwin berdasarkan keturunan, orang Yahudi berdasarkan harta, orang Nasrani berdasarkan paras rupa, manakala umat Islam memilih berdasarkan agama.”
 
Tuan kebun kagum dengan kebijaksanaan Mubarak. Apabila pulang, dia menceritakan hal itu kepada isterinya, dan berkata, “Saya tidak nampak orang lain lagi yang patut menjadi suami anakanda kita, melainkan Mubarak.”
 
Demikian bermula kisah ibu dan ayah kepada Abdullah bin al-Mubarak, yang akhirnya beliau menjadi seorang yang alim, ahli hadith, ahli fiqh, kaya-raya, zuhud, halus budi pekertinya, dermawan dan seorang pejuang fi sabilillah.²
 
Sources : 
¹ Khutbah Jumaat, “Sempena Hari Pekerja,” Masjid
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur,
11 Mei 2012.


² Iqbal Zain al-Jauhari,
Al-Rizq Asbabuhu wa Mafatihuhu, halaman 27-28

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Tidak ada apple yang jatuh atas kepala Sir Isaac Newton, contoh dibuat supaya pelajar mudah faham, dia cuma mengkaji kenapa buah apple jatuh lurus tidak condong ke kiri atau ke kanan, tidak pula terapung atau naik ke atas, kemudian membuat kesimpulan tentang graviti. Pokok tersebut masih ada hingga sekarang setelah 357 tahun

There’s no evidence to suggest the fruit actually landed on his head, but Newton’s observation caused him to ponder why apples always fall straight to the ground (rather than sideways or upward) and helped inspired him to eventually develop his law of universal gravitation.

https://www.history.com/news/did-an-apple-really-fall-on-isaac-newtons-head
Source :
Wikipedia
Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled
Title	
Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled
Description	
Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled apple tree. Coloured wood engraving.

Iconographic Collections
Keywords: Isaac Newton

References	
Library reference: ICV No 12208
Photo number: V0011942
Full Bibliographic Record: http://catalogue.wellcomelibrary.org/record=b1175740
Source/Photographer	
https://wellcomeimages.org/indexplus/obf_images/29/64/a7f8add652e00a26a045c65860e0.jpg

Gallery: https://wellcomeimages.org/indexplus/image/V0011942.html
Wellcome Collection gallery (2018-03-29): https://wellcomecollection.org/works/h23ngyzc CC-BY-4.0

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Abdul Qassinm Ismail, pembesar Parsi, yang mempunyai perpustakaan yang boleh mengikutnya. 400 unta membawa 117,000 buku. Setiap unta mewakili abjad masing-masing dan buku disusun mengikut abjad

Abdul Qasisinm The Great Vizier of Persia (who live in the 10th century), owned 110,700 volumes of books were transported by 400 camels. The books and camel were arranged in alphabetical order.

Mahmoud Ahmadinejad President of Iran

Terbitan asal September 28, 2010
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/mahmoud-ahmadinejad-is-a-simple-man/

Mahmoud Ahmadinejad

Presidency 2005 – 2013

Gambar ini diambil oleh adiknya

Presiden mengistiharkan hartanya bermula dengan sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah berusia 40 tahun yang diwarisi dari bapanya di suatu perkampung miskin di Tehran dan akaun bank berbaki RM 0.00 

Presiden menetap di suatu perkampungan miskin di Tehran. Tiap-tiap pagi Presiden cuci longkang depan rumahnya tetapi atas nasihat pegawai keselamatannya beliau akhirnya berpindah ke kediaman rasmi Presiden atas faktor keselamatan.

Bila staf majlis perbandaran kutip sampah depan rumah atau pejabat, biasanya presiden akan ikut serta sekali kutip dengan mereka

Kali pertama masuk ke Pejabat Presiden, didapati karpet terlalu tebal, diarahkan buka untuk dihantar ke masjid yang terdekat, kemudian diganti dengan karpet yang lebih murah.

Presiden menutup pejabat pengurusnya dan membenarkan sesiapa sahaja berjumpa terus dengannya di pejabat presiden

Presiden memberhentikan semua jenis majlis seperti ‘red kapet’, sesi bergambar dan iklan-iklan untuk menjimatkan perbelanjaan negara

Dia mengarahkan ubahsuai kapal terbang peribadi presiden menjadi kapal kargo, dan akan membeli tiket kelas ekonomi untuk penerbangannya

Beliau membatalkan semua makanan rasmi yang dijadualkan untuk Pejabat Presiden.

Presiden akan bawa bekal untuk makan di Pejabat Presiden

Tidak pernah mengambil gaji Presiden, semua gaji presiden di kembalikan ke Perbendaharaan Negara, hanya mengambil gaji sebagai pensyarah di sebuah Universiti

Bapanya Ahmad  adalah tukang besi, pekedai runcit, tukang cukur dan mengajar al-Quran

PhD dalam bidang Kejuruteraan Awam, perancangan sistem lalulintas dan pengankutan -Universiti Teknologi & Sains Iran di Tehran

lantang mengkritik dasar Amerika, Britain dan israel.

Presiden Uruguay, Paling Miskin Di Dunia

Terbitan asal September 28, 2010
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/president-jose-mujica-and-humble-lifestyle/
  • Jose Mujica
  • President of Uruguay 2010 – 15
  • Borang Perisytiharan Harta Presiden hanya merekodkan sebuah Volkswagen berusia 23 tahun anggaran nilai RM8,000
  • Tinggal di ladang milik isterinya
  • 90% dari gaji derma pada kerja amal dan orang miskin
  • Pernah 14 tahun dalam penjara
  • Volkswagen tahun 1987 miliknya ditawarkan pada harga lebih RM4 juta
  • Katanya “Jika saya jual, wang akan digunakan untuk skim perumahan rakyat tanpa rumah”

Read more:
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/president-jose-mujica-and-humble-lifestyle/
Sources:
Wikipedia
Britannica
teleSUR English
The Guardian
BBC News
Reuters


Sources: