Tag Archives: figure

Ilmu yang benar akan melahirkan tawaduk, bukan kemegahan. Video ini saya terjemahkan dari tulisan asal berbahasa Inggeris. Kisah 1, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Yang menjadikan beliau “besar” bukan sekadar ilmu, tapi akhlak:

  • Sangat tawaduk (rendah diri)
  • Walaupun ulama besar, beliau:
    • Hidang air kepada orang dalam majlis
    • Susun kasut di masjid
    • Kutip lebihan makanan di pasar

Ilmunya tinggi, tapi:

  • pakaian sederhana
  • hidup zuhud
  • tidak mencari nama

Bukan semua ulama besar itu terkenal.
Ada yang Allah “sembunyikan”, tapi tinggi di sisi-Nya.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Selamat Hari Pekerja, Kisah Mubarak ini mungkin sesuai

Al-Mubarak (tabi’in) bekerja sebagai penjaga kebun delima

Suatu hari tuannya datang ke kebun bersama seorang tetamu

Tuan Kebun memanggil pekerjanya
“Wahai Mubarak, Ambilkan saya sebiji delima yang manis”

Mubarak berlalu pergi, mengambilnya di pohon. Dia membawakan sebiji buah delima.

Tuan Kebun membelah dan menjamahnya, masam!

Majikannya kecewa “saya meminta delima yang manis, tapi kamu bawa delima yang masam, ambillkan yang manis”

Sekali lagi Mubarak berlalu pergi, kali ini dia memetik dari pohon yang lain pula

Apabila dibelah dan dijamah oleh majikannya, ternyata delima yang satu lagi itupun masam juga.

Begitulah berulang, sampai tiga kali.

Majikannya pun dengan penuh hairan bertanya kepada Mubarak, “Kamu tidak tahu yang mana delima manis, dan yang mana delima masam?, sedangkan kamu bukannya baru bekerja di sini, kamu telah menjaga dan mengawasi kebun ini bertahun-tahun lamanya, kamulah yang melaksanakan segala-galanya untuk kebun ini”
 
“Tidak, saya tidak dapat mengenalpasti buah yang manakah manis dan buah yang manakah masam.” jawab al-Mubarak
 
 ”Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku?”
 
“Sebab selama saya berkerja dengan tuan menguruskan kebun  ini,  saya tidak pernah  merasa walau sebiji pun buah Delima di Kebun ini, bagaimana mungkin saya hendak tahu yang mana manis dan yang mana masam”
 
“Mengapa pula kamu tidak makan?”
 
“Sebab Selama saya berkerja di sini, tuan hanya beri izin untuk saya menguruskan kebun ini, dan tidak pernah saya diberi izin dari tuan untuk makan walau sebiji buah pun dari kebun ini.” ¹
 
Kagum tuan kebun mendengarnya. Apabila tersingkap kejujuran hambanya itu, dia bertambah hormat kepada Mubarak.

 

Tuan kebun mempunyai seorang anak gadis, yang sudah beberapa kali dilamar orang.
 
Dia bertanya kepada Mubarak, “Wahai Mubarak, pada pandangan kamu, siapa yang patut mengahwini anak perempuan saya?”
 
Jawab Mubarak, “Orang jahiliyah berkahwin berdasarkan keturunan, orang Yahudi berdasarkan harta, orang Nasrani berdasarkan paras rupa, manakala umat Islam memilih berdasarkan agama.”
 
Tuan kebun kagum dengan kebijaksanaan Mubarak. Apabila pulang, dia menceritakan hal itu kepada isterinya, dan berkata, “Saya tidak nampak orang lain lagi yang patut menjadi suami anakanda kita, melainkan Mubarak.”
 
Demikian bermula kisah ibu dan ayah kepada Abdullah bin al-Mubarak, yang akhirnya beliau menjadi seorang yang alim, ahli hadith, ahli fiqh, kaya-raya, zuhud, halus budi pekertinya, dermawan dan seorang pejuang fi sabilillah.²
 
Sources : 
¹ Khutbah Jumaat, “Sempena Hari Pekerja,” Masjid
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur,
11 Mei 2012.


² Iqbal Zain al-Jauhari,
Al-Rizq Asbabuhu wa Mafatihuhu, halaman 27-28

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Betulkah kereta Steve Job tak ada nombor plat? Di California kenderaan baru, diberi tempoh 6 bulan untuk tidak memiliki no plat, jadi sebelum habis 6 bulan menggunakan sesebuah kereta, Steve Job akan membeli kereta baru. Itu undang-undang dulu, sekarang dipendekkan kepada 20 hari

Steve Jobs Never Had License Plates on His Car, but every six months he traded it in for a new one.  a loophole in the California vehicle laws.  Anyone with a brand new car had a maximum of six months to affix the issued number plate to the vehicle. has been shortened to 20 days

Nama asal beliau adalah Abdul Lateef Jandali
Read more :
https://abcnews.go.com/Technology/steve-jobs-car-apple-ceo-license-plates/story?id=14834608#:~:text=Yes%2C%20he%20leased%20a%20silver,plates%20fitted%2C%22%20writes%20Heath.

George Clooney bagi setiap seorang 1 bag yang berisi wang tunai 1 juta dolar kepada 14 orang kawan-kawanya. Katanya “mereka orang-orang yang tolong saya masa saya susah, sebelum saya dapat capai apa yang ada sekarang”

George Clooney gave 14 friends $1 million each in cash. He explained “these guy who’ve all, over a period 35 years, helped me in one way or another”

Reference :
By Emmie Martin, CNBC, Dec 17, 2020

Usain Bolt, pelari terpantas di dunia, rekod 100 meter = 9.58 saat, 200 meter = 19.19 saat. Anggaran masa berlari sepanjang Olimpik 115 saat, 8 pingat emas bernilai $119 juta, purata pendapat lebih $1juta untuk 1 saat (RM4.72 juta/saat) tapi untuk berlari 2 minit itu dia telah menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk berlatih

Usain Bolt, the world’s fastest man, records 100 meters = 9.58 seconds, 200 meters = 19.19 seconds. Estimated Olympic run time 115 seconds, 8 gold medals worth $119 million, average income more than $1 million per second (RM4.72 million/second) but for those 115 seconds, he trained himself for 20+ years.

Reference :
olympics.com
wikipedia

Read more :
https://olympics.com/en/news/usain-bolt-my-200m-world-record-will-be-broken-first-before-100m

https://en.wikipedia.org/wiki/Usain_Bolt

Sultan Johor (Sultan Ibrahim) memiliki lesen kapal terbang, helikopter, keretapi dan bot. Pernah membuat 19 terjunan payung terjun, 7 daripadanya pada waktu malam.

Sultan of Johor (Sultan Ibrahim) has a valid licenses to fly aircrafts (fixed-wing), helicopter (rotary wings aircraft), maneuver locomotives and boating licenses. Made 19 parachute jumps, 7 of them at night.

Sources :
Dokumentari Daulat Tuanku, Allah Pelihara Sultan, RTM, TV1
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim

Abdul Qassinm Ismail, pembesar Parsi, yang mempunyai perpustakaan yang boleh mengikutnya. 400 unta membawa 117,000 buku. Setiap unta mewakili abjad masing-masing dan buku disusun mengikut abjad

Abdul Qasisinm The Great Vizier of Persia (who live in the 10th century), owned 110,700 volumes of books were transported by 400 camels. The books and camel were arranged in alphabetical order.

Presiden Uruguay, Paling Miskin Di Dunia

Terbitan asal September 28, 2010
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/president-jose-mujica-and-humble-lifestyle/
  • Jose Mujica
  • President of Uruguay 2010 – 15
  • Borang Perisytiharan Harta Presiden hanya merekodkan sebuah Volkswagen berusia 23 tahun anggaran nilai RM8,000
  • Tinggal di ladang milik isterinya
  • 90% dari gaji derma pada kerja amal dan orang miskin
  • Pernah 14 tahun dalam penjara
  • Volkswagen tahun 1987 miliknya ditawarkan pada harga lebih RM4 juta
  • Katanya “Jika saya jual, wang akan digunakan untuk skim perumahan rakyat tanpa rumah”

Read more:
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/president-jose-mujica-and-humble-lifestyle/
Sources:
Wikipedia
Britannica
teleSUR English
The Guardian
BBC News
Reuters


Sources: