Monthly Archives: August 2017

9 Tips Panduan Menghadiri Temuduga Kerjaya

9 Tips Untuk Anda Mendapat Lebih Peluang Ditawarkan Pekerjaan

Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh panel serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan.

Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Cuba jawab dengan sebaik mungkin dengan nada penuh keyakinan.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:

Begitu ramai graduan universiti yang dikeluarkan setiap tahun dalam pelbagai bidang. Puluhan ribu golongan terpelajar sama sama bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang berjaya tetapi ramai juga yang kecundang tanpa diketahui sebab-musababnya.

Oleh kerana penawaran melebihi permintaan di bidang pekerjaan sekarang ini, kita mestilah berusaha melakukan yang terbaik dalam mencapai cita-cita. Kena jadi perfectionist sewaktu menghantar permohonan dan menghadiri sesi temuduga. Kalau boleh tidak mahu ada sedikit kecacatan pun terlihat di mata penemuduga. Typo typo tak mahu eh.

Bila selalu sangat mendengar rungutan dan rintihan orang yang gagal dalam temuduga kerja maka rasanya patut jugalah aku share sedikit apa yang aku pelajari dari seminar dan kursus selain pengalaman sendiri. Penting untuk adik-adik belajar Bahasa Inggeris perbualan. Kalau interviewer speaking London jangan kau jawab cakap Melayu pulak… Fail!

Panduan Menghadiri Temuduga Kerjaya:

1) Sila berpakaian kemas dan bersesuaian.
Pastikan pakaian anda untuk business formal atau business casual. Pakaian jenis business formal contohnya untuk menjadi peguam. Kalau tak suka berpakaian begitu pun pakai je lah masa interview tu. Dah ko nak kerja kan?

Bagi calon wanita, baju kurung selalu sesuai untuk banyak keadaan. Tambahkan dengan blazer berwarna gelap. Seluar panjang/skirt labuh melebihi paras lutut juga sesuai. Jika bertudung sila pakai dengan kemas di luar blazer (kalau dalam blazer dikira aksesori), jangan nanti tudung melilit-lilit tapi rambut terjulur di sana sini. Pakai kasut bertutup berwarna gelap setinggi 1-1.5 inci.

Jika memakai seluar panjang berkain lembut terutamanya berwarna putih/pastel janganlah pakai g-string dik ooi… interview ni acara serius, jangan sampai dipandang rendah interviewer. Penemuduga selalunya dua orang dan susah nak jumpa kombinasi penemuduga yang sama sama gatal. Stokin nipis warna hitam juga tidak sesuai. Euww… very inviting! Dah dapat kerja nanti pakailah, kalau nak sangat.

Mekaplah sikit bagi nampak presentable. Takkan pucat lesi je nak menghadap bakal employer. Mekap nipis je bukannya mekap pengantin berkryolan bagai.

2) Datang awal 30 minit.
Recce tempat temuduga. Mungkin lokasinya memerlukan anda menempuh kesesakan lalu lintas yang sangat teruk.

Kawan aku pernah sampai on the dot semasa menghadiri interview pramugari. Apalagi.. nama kena potonglah walaupun dia pramugari berpengalaman di syarikat lain. Agak agaklah kan apa pre-assumption untuk orang yang sampai last minute ni?

3) Datanglah ke tempat temuduga sendiri.
Sekurang-kurangnya jangan nampak kelibat mak ayah sekali di ruang menunggu tu. Tips ini aku pernah baca dalam sebuah akhbar. Bakal employer tak suka, nampak manja nau.

Kalau bagi alasan naik teksi/Uber sila semak kadar bayaran supaya tak kantoi.

4) Bermanis muka dengan semua orang.
Kita mungkin tak kenal sesiapa di lokasi temuduga. Manalah tahu kan yang dok angkat telefon tu anak si penemuduga yang bekerja part time selepas peperiksaan SPM.

Jangan pandang rendah kepada sesiapa. Datuk Jimmy Choo pun masih melutut membongkok memakaikan kasut pelanggannya. Siapalah kita ni… baru nak memohon kerja saja.

5) Bawa sijil yang disusun kemas.
Elok susun sijil-sijil hebat anda menurut turutan di dalam clear folder (atau cara lain yang lebih menarik dan memudahkan). Hard copy is always relevant.

Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf pernah berkata ada calon yang menggulung sijil mereka semasa datang temuduga. Kau rasa..?? hahah… Ada juga calon lelaki yang menghantar gambar berdiri dekat pasu bunga sewaktu menghantar permohonan kerja. Hahahah…mampos! Jangan buat begini tau!

Sila bawa pen.

6) Cari pengalaman bekerja.
Tiada pengalaman kerja? Cari pengalaman kerja walaupun tak relevan dan bergaji murah. Bakal majikan melihat kesungguhan anda dan nampak anda tidak berkira. Anda bukan sahaja bersaing dengan graduan lain tetapi terpaksa juga bersaing dengan pekerja yang lebih rendah kelayakan akademiknya namun kaya pengalaman. Takkanlah dah graduate setahun tiada lansung kerja yang boleh dilakukan? Pekerja Bangladesh yang dipandang rendah orang Malaysia tu ramai juga yang lulus universiti. Senang hidup dia di negara kita ni ha.

Teringat satu sesi interview lama dahulu dimana tiga lepasan universiti pemegang diploma dan ijazah bersaing dengan pekerja berpengalaman lain untuk mendapatkan kerja di sebuah institusi perbankan. Rasanya siapa yang dapat? Kebanyakan syarikat sukakan bakal pekerja yang sudah tahu buat kerja. Mereka nak jimat masa dan kos melatih pekerja baru. Kalau boleh nak yang stress free.

Walaupun anda mendapat Anugerah Dekan di universiti anda sebenarnya KOSONG sewaktu memulakan pekerjaan.

7) Buat research mengenai syarikat tersebut.
Google-ing website rasmi syarikat tersebut mungkin tidak cukup. Forum atau bicara dari mulut ke mulut boleh menambah informasi.

8) Promosikan diri anda…
…tetapi jangan overdo sehingga nampak bongkak. Pastikan anda tahu perbezaan yakin diri dan berbangga diri. Yakin apa yang boleh anda bantu untuk memajukan syarikat baru.

Sekiranya anda memiliki perniagaan online, nyatakan. Ia mungkin akan menjadi nilai tambah kepada diri anda. Orang berniaga ni ada kelebihan dalam purchasing/marketing/sales/customer service/kesabaran.

9) Bersedia dengan soalan lazim dari penemuduga.
Antara soalan yang biasa ditanya tentang kebolehan diri, kelemahan, kenapa mahu bekerja di syarikat baru, kenapa mahu meninggalkan syarikat sekarang, bolehkah bekerja dalam kumpulan, bagaimana anda melihat diri anda lima tahun akan datang dan sebagainya.

Jangan ingat si penemuduga habis membaca resume anda, tidak juga boleh beranggapan yang dia tak tahu lansung tentang anda. Sekarang ni pihak syarikat rajin juga ‘mencari’ anda di internet sebelum disenarai pendek ke sesi temuduga. Jaga jaga!!!

Jaga adab berbahasa, intonasi suara dan eye contact. Body language anda juga diperhatikan. Jawab dengan jelas dan realistik BUKAN dengan bahasa wechat/rockers.

Penemuduga sering menggunakan helah semasa sesi temuduga. Apa yang anda perlu buat adalah sentiasa tenang dan kawal emosi anda.

Akhir sekali, kami mengucapkan agar semua pembaca mendapat menjalani sesi temuduga dengan baik dan mendapat keputusan yang boleh dibanggakan.

Pendaftaran Domain Name dan Web Hosting Murah

Tips membina dan mewujudkan laman web dan mendaftar alamat web (www.mysite.com, dot.my, dot.net, dot.org dll).

Nama Domain Percuma, Reka Bentuk Rekabentuk Profesional, dan Edit Titik-dan-Klik:
Langkah 1: Daftar sekarang dan dapatkan domain PERCUMA! *
Langkah 2: Rancang laman web baru anda dalam beberapa minit!
Langkah 3: Anda hidup! Tumbuh perniagaan anda dalam talian!

SEO dan pakar pemasaran dalam talian menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membina laman web berprestasi tinggi dan mendapat kedudukan teratas pada semua enjin carian. Dalam petikan yang diedarkan, penulis menggariskan cara untuk memilih dan membeli nama domain untuk laman web anda yang akan membantu orang mudah mencari laman web anda.

“Memilih dan membeli nama domain” adalah bahagian yang sangat penting dalam mereka bentuk laman web anda, kerana itu menjadi nama (dan jenama) laman web anda. Untuk membeli nama domain, anda boleh melakukannya secara langsung dari penyedia hosting web atau melalui perkhidmatan nama domain yang berasingan (opsyen yang disyorkan untuk mereka yang menggunakan pelayan mereka sendiri).

Jika anda menggunakan perkhidmatan nama domain yang berasingan untuk pelayan anda, pastikan anda memilih satu seperti no-IP. Com, yang memberikan anda alamat IP statik, alamat berangka yang mengenal pasti komputer anda. Sekiranya alamat ini sentiasa berubah (seperti dengan beberapa penyedia perkhidmatan Internet), anda tidak dapat berjaya menetapkan nama domain dengan pelayan anda. Saya secara peribadi menggunakan https://www.cynet.com.my/, kerana saya suka kebebasan perkhidmatan yang disediakan.

Proses mendaftar untuk nama domain berfungsi dengan cara yang sama sama ada melalui penyedia hosting atau perkhidmatan nama domain yang berasingan. Anda akan diminta untuk memasuki nama domain yang anda ingin daftar ke dalam kotak teks. Perkhidmatan ini menunjukkan sambungan yang boleh anda pilih.

Secara umumnya, anda selalu ingin pergi dengan .com kerana ini adalah lanjutan nama domain yang paling popular dan paling mudah untuk pengguna ingat. Juga, Google suka domain .com, .org dan .net yang banyak, walaupun ia menyatakan tidak penting. Ini mungkin kerana .info dan .biz sering dilihat sebagai tapak spam atau tapak afiliasi yang tipis.

Dari segi nama domain yang hendak digunakan, inilah di mana pengoptimuman kata kunci dimainkan. Usah terpengaruh dengan kebanyakan webmaster lakukan dan gunakan sesuatu yang menarik dan kreatif untuk URL anda. Ia mungkin lebih mengesankan pengunjung berpotensi, terutamanya jika anda menggunakan banyak pemasaran luar talian, tetapi ia tidak akan mendapat kedudukan laman web anda tinggi dalam enjin carian. Pada akhirnya, anda akan menggunakan kata kunci untuk membuat nama domain yang sama sekali tidak dapat diingati dan mungkin telah digunakan orang lain dalam sepuluh senarai pertama hasil mesin carian.

Nama Domain PERCUMA
Pilih nama domain percuma untuk perniagaan anda atau gunakan nama domain semasa anda.
Pembina Laman Web yang Berkuasa.
Membina dan menerbitkan tapak web anda dalam masa yang singkat dengan alat reka bentuk yang mudah digunakan.
Perpustakaan Imej Stok.
Pilih dari beribu-ribu gambar percuma royalti.
Akaun E-mel tidak terhad.
Buat seberapa banyak akaun pengguna e-mel seperti yang anda perlukan … dan dapatkan simpanan e-mel 10 GB.
Penyimpanan Web tanpa had.
Simpan dan pindahkan dokumen tanpa had, foto, video, dan fail muzik tanpa had.
Beratus-ratus Reka Bentuk Reka Bentuk.
Pilih dari pelbagai reka bentuk laman web.
Anda tidak perlu menjadi pakar untuk membuat laman web hebat dengan pembina laman web kami.

Mencari cara untuk memandu lebih banyak lalu lintas ke tapak web anda tanpa membayar iklan atau klik. Kami akan membangunkan dan melaksanakan pelan untuk meningkatkan kedudukan SEO anda di Google ™, Yahoo! ® dan Bing ™.

Pakar SEO yang berdedikasi akan bertemu dengan anda setiap bulan untuk menetapkan strategi, mengoptimumkan laman web anda dan meninjau hasil.

Membina pautan untuk mendapatkan ranking yang lebih tinggi
Link Building akan membina pautan luaran yang relevan ke laman web anda supaya enjin carian dapat menemuinya dan meletakkan laman web anda sebagai laman web yang boleh dipercayai.

Pelaporan SEO
Lihat hasil ketara dengan mudah membaca laporan kemajuan bulanan yang diuraikan oleh pakar SEO anda.

Pakar SEO yang berdedikasi akan bertemu dengan anda setiap bulan untuk menetapkan strategi, mengoptimumkan laman web anda dan meninjau hasil.

Membina pautan untuk mendapatkan ranking yang lebih tinggi
Link Building akan membina pautan luaran yang relevan ke laman web anda supaya enjin carian dapat menemuinya dan meletakkan laman web anda sebagai laman web yang boleh dipercayai.

Usahawan Digital Mdec UTM Johor 2017


Program Kursus Usahawan Digital Melalui Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)

Pendaftaran untuk kursus eUsahawan Digital MDEC melibatkan aplikasi peranti mudah alih mobile apps untuk perniagaan online telah dibuka dan pendaftaran anda amat dialu-alukan. Bertempat di Centre for Student Innovation (CSI), UTM Johor Bahru.

Senarai maklumat mengenai kursus usahawan, E-Rezeki, ECommerce#YOUCANDUIT  ini dan whatdehack adalah seperti berikut, KLIK SINI.

Jika anda ingin membina aplikasi untuk perniagaan, blog, produk atau perkhidmatan anda, tetapi pelaburan yang berat dari kedua-dua masa dan kebebasan kewangan anda.

Berita baiknya ialah memasuki pasaran mudah alih tidak lagi memerlukan ribuan ringgit. Terdapat banyak platform mudah alih yang tersedia untuk membantu anda membina apl tanpa perbelanjaan – dengan cepat, dan tanpa pengetahuan pengekodan diperlukan.

Dengan pelaburan kecil, anda boleh membuat dan mengurus tapak atau aplikasi mudah alih anda menggunakan salah satu platform yang disenaraikan di bawah ini, dan mula memanfaatkan kelebihan menawarkan pelanggan anda pengalaman mudah alih yang berdedikasi, termasuk meningkatkan kesedaran, penglibatan dan pendapatan.

“Aplikasi mudah alih adalah “proses pembangunan aplikasi” untuk peranti pegang tangan seperti PDA, syarikat pembantu digital atau telefon bimbit”.

Aplikasi ini sudah wujud di telefon semasa pembuatan, atau dimuat turun oleh pelanggan dari kedai aplikasi dan dari pengedaran perisian platform mudah alih yang lain:

A. Perkembangan aplikasi mudah alih dianggap lebih mudah.
Komuniti merasakan perkembangan aplikasi untuk peranti mudah alih adalah lebih mudah. Tetapi kenyataannya lebih sukar.

B. Pembangunan aplikasi untuk mudah alih lebih cepat. Terdapat idea bahawa membangunkan aplikasi pada peranti mudah alih entah bagaimana lebih cepat. Malah, ia mungkin tidak lebih cepat atau lebih perlahan daripada usaha pembangunan aplikasi lain. Ini semua bergantung pada kerumitan aplikasi yang dibangunkan dan beberapa faktor lain.

C. Pembangunan aplikasi mudah alih lebih murah. Pembangunan aplikasi dan peranti mudah alih tidak semestinya murah. Peranti mudah alih itu sendiri tidak murah jika anda membandingkan kos PC Pocket atau tablet PC dengan komputer desktop yang bersambung. Pada masa anda selesai membeli Pocket PC dan semua aksesorinya, ia mungkin mahal seperti desktop (dan mungkin lebih mahal).

Terdapat beberapa sebab dan kelebihan mengapa perlu membuat perusahaan menjadi mobilize :

1. Meningkatkan kehidupan manusia
Penyelesaian mudah alih boleh meningkatkan kehidupan peribadi dan peribadi seseorang. Seperti telefon bimbit membantu ibu bapa menghubungi dan mengawal anak-anak mereka.

2. Meningkatkan fleksibiliti dan aksesibiliti para pekerja
Dengan menyediakan penyelesaian mudah alih, pekerja boleh diberi fleksibiliti lokasi dan masa yang berlainan.

3. Meningkatkan keselamatan pekerja
Menyediakan pekerja dengan maklumat situasi terkini dapat meningkatkan keselamatan pekerja, terutama jika mereka bekerja di lokasi berbahaya.

4. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja
Penyelesaian mudah alih juga membantu untuk menghapuskan redundansi dalam aktiviti kemasukan data. Sebagai contoh, sebagai seseorang yang mencatatkan nota dalam mesyuarat, orang itu mesti menaip semula dan memasukkan maklumat ke dalam komputernya.

5. Meningkatkan ketepatan dan ketepatan data
Pekerja mudah alih boleh menerima dan memberi maklumat kepada sistem perniagaan sedia ada pada masa yang dikehendaki. Di samping itu, kadar ralat boleh dikurangkan dalam aktiviti mengumpul dan melaporkan data.

6. Meningkatkan proses perniagaan sedia ada
Pekerja yang sudah bergerak boleh memperbaiki sistem perniagaan sedia ada. Syarikat juga boleh memperbaiki dan menghapuskan redundansi dalam aliran kerja.

7. Meningkatkan kawalan inventori
Syarikat boleh menggunakan peranti mudah alih untuk membantu mencari dan memantau peralatan dan aset.

Berminat! menjadi eUsahawan digital dan #YOUCANDUIT,  jika YA sila isi borang di SINI

Polisi dan Tatacara Perolehan Kerja UTM

Polisi dan Tatacara Perolehan Kerja UTM adalah untuk rujukan dan akan digunakan bagi keseluruhan perolehan kerja di peringkat Universiti dalam pelaksanaan dan pengendalian projek-projek terutamanya di Pejabat Harta Bina selaku peneraju perolehan kerja di UTM.

PTJ dibenarkan mengendalikan perolehan kerja bagi nilai di bawah RM20,000.00 dengan syarat mendapat kelulusan bertulis dari Pejabat Harta Bina terlebih dahulu (sila rujuk Polisi Item 4).

Ia juga menjadi SOP proses perolehan Bahagian Kontrak, Pejabat Harta Bina berdasarkan kepada keperluan dan prosedur Kerajaan semasa dan disesuaikan dengan keperluan perolehan di UTM.

Sila muat turun Polisi dan Tatacara Perolehan ini untuk rujukan :

POLISI PERLAKSANAAN BAGI TATACARA PEROLEHAN KERJA UTM

Segala pertanyaan berhubung perkara tersebut boleh diajukan kepada Sr. Ahmad Zulkepli bin Md. Tamami di emel zulkepli@utm.my atau Pn. Junaidah binti Hj. Hanafiah di emel jun@utm.my

 

Sumber :

Bahagian Kontrak
Pejabat Harta Bina
81310 UTM, Johor Bahru
Johor, Malaysia

Permohonan Sarjana Kursus Pengurusan di UTM (PEMASARAN)

Terima kasih kerana minat anda untuk memohon pengajian didalam bidang Pengurusan di Fakulti Pengurusan. Fakulti menawarkan program dalam pengurusan teknologi, pemasaran, pembangunan sumber manusia, psikologi industri dan organisasi dan perakaunan. Sama ada anda sedang mencari program sarjana atau siswazah, Fakulti Pengurusan adalah tempat untuk anda. Kami berdedikasi untuk mendidik pelajar dan pelajar Malaysia di seluruh dunia. Di Fakulti Pengurusan, anda akan mendapati ahli fakulti yang berkomitmen dan keadaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran seni.

Laman web ini merangkumi maklumat dan sumber yang berguna untuk pelajar semasa di fakulti.

Program Akademik

Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)
Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia
Sarjana Muda Perakaunan
Sarjana Pengurusan
Pengkhususan: Pengurusan Teknologi
Sarjana Pembangunan Sumber Manusia
Sarjana Falsafah
Bidang: Pengurusan
Sarjana Falsafah
Bidang: Pembangunan Sumber Manusia
Doktor Falsafah
Bidang: Pengurusan
Kemasukan (Siswazah)

Pelajar tempatan: Maklumat mengenai proses kemasukan, cara memohon, bayaran
Pelajar antarabangsa: Maklumat mengenai proses kemasukan, cara memohon, yuran

Kemasukan (Siswazah)
Pelajar tempatan: Maklumat mengenai proses kemasukan, cara memohon, bayaran
Pelajar Antarabangsa: Maklumat mengenai proses kemasukan, cara memohon, yuran
Sekolah Pengajian Siswazah.

Sumber untuk Siswazah
Kalendar Akademik
Panduan Akademik
Facebook FM
Sistem Latihan Perindustrian (ITS-UTM)
Webmail Pelajar
Sistem Pengurusan Maklumat Akademik (AIMS)
Perpustakaan UTM
UTM e-learning

Sumber untuk Pascasiswazah
Pejabat Pengajian dan Penyelidikan Siswazah FM
Kalendar Akademik
Facebook FM
Webmail Pelajar
Perpustakaan UTM
Sekolah Pengajian Siswazah

Sumber lain
Pusat Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian pengajaran

Multimedia Presentationsvideo_icon
MyLinE: Sumber Dalam Talian

A. Pengenalan

Program ini direka bentuk untuk para graduan dengan pengalaman bekerja yang berminat dalam membina kerjaya dalam bidang perniagaan dan pengurusan tanpa mengira kelayakan sarjana sebelum ini. Ia juga bertujuan untuk pelajar berpotensi yang baru-baru ini lulus dari kajian sarjana muda mereka dan sedang mencari pendidikan pengurusan yang berkaitan dengan isu-isu berasaskan teknologi. Struktur program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dalam kajian pengurusan dan teknologi. Program ini menggabungkan teras yang menantang disiplin pengurusan dengan peluang untuk meneruskan bidang kepentingan peribadi dalam isu atau bidang teknologi melalui kajian berasaskan penyelidikan

B. Struktur Program

Terdapat dua komponen untuk program tersebut iaitu Kursus yang Diajarkan (21 Jam Kredit) dan Disertasi Penyelidikan (21 Jam Kredit) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1:

Jadual 1: Struktur Program

Kursus Teras Penyelidikan Kursus Elektif
Pengurusan Kewangan Korporat (3)
Elektif Fakulti (3) *
Disertasi **
Pengurusan Sumber Manusia (3)
Elektif Universiti (3)

Pengurusan Pemasaran (3)

Pengurusan Operasi & Teknologi (3)

Pembangunan Organisasi (3)

Catatan:

Nombor dalam kurungan () merujuk kepada kredit
* Fakulti mempunyai budi bicara penuh dalam mana-mana tawaran kursus elektif.
** Jumlah kredit untuk disertasi ialah 21 kredit

I) Komponen Kursus Tauliah

Kursus yang diajarkan ini bertujuan untuk memberikan pendidikan yang sangat baik dalam prinsip-prinsip utama pengurusan dan perniagaan serta perspektif antarabangsa mengenai pemacu utama kepada kejayaan perniagaan. Teori, amalan, masalah semasa dan isu berkaitan disiplin pengurusan akan dibincangkan secara mendalam.

Bagi setiap kursus, penilaian berterusan akan menyumbang 70% daripada markah terakhir manakala peperiksaan akhir akan menyumbang 30% lagi. Gred minimum untuk lulus kursus ialah B-.

Ii) Komponen Penyelidikan

Tumpuan disertasi penyelidikan adalah untuk membangunkan pengetahuan dan keupayaan dalam melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan kajian pengurusan yang cenderung kepada isu-isu teknologi. Pelajar akan menjalankan penyelidikan dan perlu menghasilkan disertasi dengan panjang kira-kira 120 muka surat.

Kemajuan penyelidikan mesti dilaporkan kepada Sekolah Pengajian Siswazah pada akhir setiap semester menggunakan Borang Laporan Kemajuan (UTM (PS) -03/9) dan ia mesti disahkan oleh penyelia pelajar. Gagal mengemukakan laporan kemajuan, pelajar akan diberi status “tidak memuaskan”

Penyerahan cadangan dan disertasi akhir adalah tertakluk kepada kelulusan penyelia masing-masing. Pelajar akan dinilai oleh panel pemeriksa dan keputusan penilaian boleh sama ada lulus, lulus dengan pembetulan kecil, lulus dengan pembetulan utama atau gagal.

C. Mod dan Tempoh Pengajian

Terdapat dua mod pengajian iaitu masa dan separuh masa dan tempoh mod ini adalah seperti berikut:

Sepenuh masa: 3 semester (Minimum) hingga 6 semester (Maksimum)
Paruh waktu: 4 semester (Minimum) hingga 8 semester (Maksimum)

D. Syarat Kemasukan

Keperluan kemasukan program ini adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
Pelajar antarabangsa yang bahasa Inggerisnya bukan bahasa ibunda mereka perlu mencapai salah satu kelayakan bahasa Inggeris berikut:
A. Skor band keseluruhan minimum 6.0 pada ujian IELTS.
B. Skor minimum 550 dalam TOEFL
Catatan:

Kelayakan bahasa Inggeris di atas hanya sah jika diambil dalam tempoh dua tahun sebelum permohonan dibuat.
Pelajar yang tidak memenuhi syarat bahasa Inggeris di atas perlu menghadiri dan lulus Kursus Persediaan Bahasa Inggeris yang dijalankan oleh universiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kemasukan pelajar antarabangsa, sila klik di sini:
http://www.utm.my/admission/postgraduate-programme-international-students/

Objektif Program

Untuk menghasilkan graduan yang dapat menerapkan pengetahuan pemasaran mereka, kemahiran pengurusan dan dapat menganalisis strategi perniagaan dalam persekitaran ICT.
Melahirkan graduan yang mempunyai keupayaan untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah perniagaan secara kritis, secara logik, kreatif dan analitikal berdasarkan fakta dan idea yang kukuh dalam memenuhi keperluan pasaran di seluruh dunia.

Kami berharap untuk mendengar daripada anda!

Kisah Motivasi Antara Pekerja dan Majikan

 

Cerita Motivasi Kerja Yang Menakjubkan

Sebahagian besar orang tidak pernah tahu untuk apa mereka dilahirkan ke dunia ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan segala bentuk “perjuangan”, seterusnya merasa tidak terlalu kisah dan peduli dengannya.

Sebahagian lagi, yang biasanya adalah seperti “pengekor” atau “me too” iaitu orang-orang yang mempunyai pandangan yang samar-samar tentang keberadaan mereka dalam kehidupan. Sepertinya begini….kayanya begitu…kata motivator si Mario Teguh…tapi yang pastinya ? Don’t have idea !

Namun selebihnya iaitu golongan terakhir, biasanya hanya segelintir sahaja orang-orang yang menemukan “visi” atau “jati diri” mereka di dunia ini. Mereka adalah orang-orang yang tidak hanya kebetulan lahir, sekadar hidup, bertahan agar tetap hidup, tua kerana memang harus tua, kahwin lagi jika ada kesempatan, lalu berharap mati dan masuk surga, namun adalah orang-orang yang hidup dalam erti yang sebenar-benarnya.

Tentang motivasi dalam kerja yang boleh menjadi inspirasi yang menakjubkan bagi kita untuk meningkatkan prestasi dan kerjaya kita semua yang membacanya, baik itu usahawan, pengusaha maupun pekerja. Semuanya cukup singkat untuk dibaca, dan ada yang lucu serta ada dari kisah nyata di mana tokohnya adalah seorang pekerja keras. Diambil dari pelbagai motivator terkenal seperti Mario Teguh. Seperti kita tahu kadang apabila kita bekerja, itu menjadi sebuah rutin yang menjengkelkan. Kadang ingin kita keluar dari perkara itu dan membentuk sesuatu yang baru walau terkadang kita juga takut akan berubah. Semua cerita dibawah ini ada yang fiktif dan ada yang benar-benar kisah nyata.

Namun semuanya mengajar kita bagaimana seharusnya manusia hidup, bagaimana dengan bekerja keras kita boleh mendapatkan apa yang kita inginkan supaya kita boleh disebut menjadi orang berjaya. Jalan untuk menuju ke sana memang tidak mudah bahkan terkadang terasa lebih sukar daripada kemampuan yang kita miliki. Tapi percayalah setiap kesulitan ada akhirnya, dengan keberanian dan kerja keras kita boleh mengubahnya, kita boleh mendapatkan apa-apa yang bahkan mungkin bagi orang lain adalah perkara mustahil untuk dilakukan.berikut adalah kumpulan cerita motivasi yang pastinya sangat berguna bagi para pekerja keras seperti pengusaha atau pekerja…

Para pembaca budiman semua berikut ini cerita tentang motivasi dalam kerja yang dapat menjadi inspirasi yang menakjubkan bagi kita untuk meningkatkan prestasi dan karier kita semua yang membacanya, baik itu wirausaha, pengusaha mahupun karyawan. Semuanya cukup singkat untuk dibaca, dan ada yang lucu serta ada dari kisah nyata dimana seorang tokohnya adalah seorang pekerja keras.

Cerita Motivasi Kerja : Kisah Si Penebang Pohon
Alkisah, seorang pedagang kayu menerima lamaran seorang pekerja untuk menebang pohon di hutannya. Kerana gaji yang dijanjikan serta kerja yang bakal diterima sangat baik, sehingga si calon penebang pohon itu pun bertekad untuk bekerja sebaik mungkin.
Ketika mula bekerja, si majikan memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang harus diselesaikan dengan tempoh waktu yang telah ditentukan kepada si penebang pohon.

Hari pertama bekerja, dia berhasil menebang 8 batang pohon. Petang hari, mendengar hasil kerja si penebang pohon, sang majikan terkesan dan memberikan pujian dengan tulus, “Hasil kerja kamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuanmu menebang pohon-pohon itu. Belum pernah ada yang sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu”.
Sangat termotivasi oleh pujian majikannya, keesokan hari si penebang bekerja lebih keras lagi, tetapi dia hanya berhasil menebang 7 batang pohon. Hari ketiga, dia bekerja lebih keras lagi, tetapi hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin bertambahnya hari, semakin sedikit pohon yang berhasil ditumbangkan. “Sepertinya aku telah kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat mempertanggungjawabkan hasil kerjaku kepada majikan?” fikir penebang pohon merasa malu dan putus asa. Dengan kepala tertunduk dia menghadap ke sang majikan, meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memadai dan mengeluh tidak mengerti apa yang telah terjadi.

Sang majikan menyemak dan bertanya kepadanya, “bila terakhir kamu mengasah kapak?”
“Mengasah kapak? Saya tidak punya waktu untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pohon dari pagi hingga ke petang dengan sekuat tenaga”. Kata si penebang.
“Patutlah!, disinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru dan terasah, maka kamu boleh menebang pohon dengan hasil luar biasa. Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. Maka, sesibuk macam mana pun, kamu harus meluangkan waktu untuk mengasah kapakmu, agar setiap hari bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum.

Sekarang mulalah mengasah kapakmu dan segera kembali bekerja!” kata sang majikan. Sambil mengangguk-anggukan kepala dan mengucap terima kasih, si penebang berlalu dari hadapan majikannya untuk mulai mengasah kapak. Sama seperti si penebang pohon, kita pun setiap hari, dari pagi hingga malam hari, seolah-olah, sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga seringkali melupakan perkara lain yang sama pentingnya, iaitu beristirehat sejenak mengasah dan mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan dan spiritual. Jika kita mampu mengatur ritme kegiatan seperti ini, pasti kehidupan kita akan menjadi dinamik, berwawasan dan selalu baru !

Moral of the story: Setiap hari kita seharusnya menambahbaik sesuatu yang baru dalam kehidupan seharian kita.

Webometrics: UTM di Tangga Kedua Malaysia Julai 2017

 

 

Pada 29 Julai 2017 Laman web UTM menduduki ranking kedua tertinggi di kalangan Universiti Malaysia yang disenaraikan oleh Ranking Webometrik universiti-universiti dunia, kali ini dengan beberapa perubahan pada metodologi pengiraan sebelumnya.

Sains webometrik (juga cybermetrics) cuba untuk mengukur World Wide Web untuk mendapatkan pengetahuan mengenai bilangan dan jenis hiperpautan, struktur World Wide Web dan corak penggunaan. Menurut Björneborn dan Ingwersen (2004), definisi webometrics adalah “kajian aspek kuantitatif pembinaan dan penggunaan sumber maklumat, struktur dan teknologi pada lukisan Web pada pendekatan bibliometrik dan informetrik.” Istilah webometrik pertama kali dicipta oleh Almind dan Ingwersen (1997). Takrif kedua webometrics juga telah diperkenalkan, “kajian kandungan berasaskan web dengan kaedah kuantitatif terutamanya untuk matlamat penyelidikan sains sosial menggunakan teknik yang tidak khusus untuk satu bidang pengajian” (Thelwall, 2009), yang menekankan perkembangan Kaedah yang digunakan untuk digunakan dalam sains sosial yang lebih luas. Tujuan definisi alternatif ini adalah untuk membantu mempublikasikan kaedah yang sesuai di luar disiplin sains maklumat dan bukannya menggantikan definisi asal dalam sains maklumat.

Bidang saintifik yang sama adalah Bibliometrik, Informetrik, Scientometrics, etnografi Maya, dan perlombongan Web.

Hubungan graf berasaskan laman. Idea ini diambil dari kertas “masalah pembikinan kos penyiar Web yang menyumbang sebagai permainan koperasi”
Satu langkah yang agak mudah adalah “Faktor Kesan Web” (WIF) yang diperkenalkan oleh Ingwersen (1998). Ukuran WIF dapat didefinisikan sebagai jumlah halaman web dalam laman web yang menerima link dari laman web lain, dibahagikan dengan jumlah halaman web yang diterbitkan di situs yang dapat diakses oleh crawler tersebut. Walau bagaimanapun, penggunaan WIF telah diabaikan kerana artifak matematik yang diperoleh daripada pengagihan undang-undang kuasa pembolehubah ini. Penunjuk lain yang menggunakan saiz institusi dan bukan bilangan laman web telah terbukti lebih berguna.

Webometrics University Ranking adalah sistem ranking berdasarkan kehadiran web universiti, penglihatan dan akses web. Sistem ranking ini mengukur seberapa kuat universiti hadir di web oleh domain web sendiri, sub-halaman, fail kaya, artikel ilmiah dll. Hipotesis pusat pendekatan ini adalah bahawa kehadiran web adalah penunjuk yang boleh dipercayai dari prestasi global dan prestij universiti dan oleh itu, adalah cara tidak langsung untuk mengukur semua misi universiti (pengajaran, penyelidikan, pemindahan). Walaupun Web diiktiraf secara umum sebagai salah satu alat yang paling relevan untuk komunikasi ilmiah, masih sangat jarang penunjuk ini digunakan untuk penilaian penyelidikan saintifik dan prestasi akademik universiti. Petunjuk Webometrik disediakan untuk menunjukkan komitmen institusi kepada penerbitan Web.

Satu kertas penyelidikan dalam jurnal saintifik yang dikaji semula oleh Scientometrics mendapati “persamaan yang munasabah” antara kedudukan Webometrics dan kedudukan universiti terkemuka lain walaupun menggunakan satu set ciri yang sangat berbeza untuk menentukan kedudukan universiti masing-masing. Kesamaan ini meningkat apabila perbandingannya hanya terhad kepada universiti-universiti Eropah.

Universiti terkemuka menerbitkan berjuta-juta halaman yang dihasilkan oleh puluhan jabatan dan perkhidmatan, beratus-ratus pasukan penyelidikan dan beribu-ribu sarjana. Kehadiran web yang kuat memaklumkan pelbagai faktor yang jelas berkaitan dengan kualiti global institusi: ketersediaan sumber komputer yang luas, literasi internet global, dasar yang mempromosikan demokrasi dan kebebasan bersuara, persaingan untuk keterlihatan antarabangsa atau sokongan akses terbuka Inisiatif, antara lain.

Lata Jernih UTM: Tempat Pelancongan dan Pusat Rekreasi di Negeri Johor

lata jernih, pusat rekreasi UTM

Lata Jernih UTM

Lata Jernih UTM merupakan tempat pusat pelancongan baru di Johor, selain itu juga sebagai tempat untuk riadah dan melakukan aktiviti seperti perkhemahan, jungle tracking dan lain-lain lagi.

Lata Jernih, satu produk terbaru ekopelancongan terletak di Hutan Rekreasi dalam kampus UTM Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) me­nyasarkan kehadiran lebih 30,000 pelancong dari dalam dan luar negara melawat produk Kampus Ekopelancongan yang terdapat di universiti berkenaan pada tahun ini.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Ir. Wahid Omar berkata, ketika merasmikan Lata Jernih pada 21 mei 2017, katanya sasaran itu meningkat berban­ding kira-kira 20,000 pelancong pada tahun lalu dan yakin mampu dicapai menerusi pembukaan Lata Jernih di Hutan Rekreasi UTM yang terletak dalam kampus induk universiti berkenaan di Skudai.

Seramai 52 orang mahasiswa dan 10 staf dari Jabatan Lanskap, Fakulti Alam Bina UTM terlibat dalam membangunkan Lata Jernih itu yang turut mendapat kerjasama dari Unit Kampus Ekopelancongan, Pejabat Harta Bina dan Pusat Kerjaya UTM.

“Pembinaan Lata Jernih dijalankan menerusi program Job On Campus untuk memberi pengalaman kerja sebenar kepada mahasiswa UTM mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari di bilik kuliah kepada situasi kerja sebenar.

“Menerusi program ini UTM berjaya menjimatkan dua petiga daripada kos sebenar jika diserahkan kepada kontraktor luar,’ katanya.

Majlis perasmian dihadiri oleh Pengarah Harta Bina Profesor Dr Abdul Latif Salleh, Pengarah Pusat Kerjaya Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim dan Pensyarah Jabatan Senibina Lanskap Prof. Madya Dr Mohd Sarofil Abu Bakar.

Naib Canselor berkata, konsep pembinaan Lata Jernih yang dilakukan secara manual tanpa penggunaan peralatan berat bagi mengelakkan kerosakan kawasan sekitar untuk mengekalkan persekitaran semula jadinya. Bahan binaan semulajadi juga turut digunakan termasuk batu dan kayu yang terdapat di kawasan sekeliling.

Menurut Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar , nama Lata Jernih diilhamkan daripada perkataan ‘lata’ dalam bahasa Inggeris yang memberi makna ‘cascade’, iaitu jeram dengan airnya yang jernih mengalir secara ber­tingkat-tingkat.

Katanya, pusat rekreasi dan riadah yang menelan kos sebanyak RM49,000 itu telah dibangunkan menggunakan kepakaran 10 kaki­tangan dan 52 mahasiswa daripada Jabatan Landskap, Fakulti Alam Bina menerusi projek Job on Campus (JoC) dengan kerjasama Unit Kampus Ekopelanco­ngan, Pejabat Harta Bina dan Pusat Kerjaya UTM.

“Buat permulaan ini, caj ma­suk ke Lata Jernih hanyalah RM1 seorang dan dibuka setiap hari bermula pukul 8.30 pagi sehingga 6 petang.

Nama Lata Jernih diilhamkan daripada perkataan “lata” di dalam Bahasa Inggeris yang “bermaksud jeram yang airnya mengalir bertingkat dari tahap atas ke bawah. Jatuhan air jernihnya yang bertingkat serta kaya dengan flora dan fauna” mampu memberikan ketenangan minda kepada para pengunjung yang datang.

“Kedudukannya yang terletak di dalam Hutan Rekreasi UTM seluas 53 hektar ini dapat memberi nilai tambah bagi mereka yang ingin menjalankan aktiviti perkhemahan dan motivasi selain pelbagai aktiviti menarik lain yang disediakan seperti mema­nah, paintball dan all terrain vehicle (ATV),” katanya.

Hutan Rekreasi turut memberikan nilai tambah bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi dalam satu tempat antaranya program motivasi, merentas hutan sambil menikmati flora dan fauna serta boleh juga menginap di Rumah Kampung yang terdapat di kawasan berdekatan.

Bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke Hutan Rekreasi seluas 53 hektar itu, Unit Ekopelancongan, Pejabat Harta Bina sedang dalam proses menambah daya tarikan dengan menyediakan pelbagai kemudahan antaranya, chalet, kawasan perkhemahan, sukan memanah dan All-terrain vehicle (ATV) bagi membolehkan pengunjung menjelajah kawasan berkenaan yang kaya dengan flora dan fauna.

Pengisytiharan Harta Penjawat Awam UTM

Pengisytiharan Harta Kakitangan Awam

Pengenalan
Perisytiharan Harta bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta.
Di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.

Kewajipan Mengisytiharkan Harta
Semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila:
1.Dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
2. Dikehendaki oleh Kerajaan;
3. Memperolehi harta tambahan; dan
4. Melupuskan harta.

Tempoh Perisytiharan Harta
Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun.
Sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang perubahan ke atas harta, pegawai perlu mengisytiharkannya melalui Borang Pengakuan Tiada Perubahan ke Atas Pemilikan Harta.

Jenis-jenis Pemilikan Harta: 1. Harta tak alih:
i. Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;
ii. Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;
iii. Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung;
2. Harta alih:
i. Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
ii. Syer, saham, dibentur, bon atau sekuriti lain;
iii. Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
iv. Apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah.

Semua pegawai dikehendaki membuat Perisytiharan Harta apabila:
– Dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam
– Dikehendaki oleh Kerajaan
– Memperolehi harta tambahan / melupuskan harta
– Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun
– Sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau melupuskan harta,
pegawai perlu membuat pengakuan mengenainya.

Jenis Harta Tak Alih :
– Tanah termasuk tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara)
– Segala jenis tempat kediaman, rumah, pangsapuri
– Bangunan seperti rumah kedai, ruang pejabat, gudang

Jenis Harta Alih :
– Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua disimpan
– Saham, debentur, bon dan sekuriti
– Apa-apa bentuk lesen atau permitp satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000 mengikut mana yang lebih rendah.
**Mohon rujuk kepada PP Bil. 3 Tahun 2002 untuk keterangan lebih lanjut.

Pemilik Kompetensi perlu menyemak sama ada maklumat pasangan dan tanggungan tersebut telah diisikan dengan lengkap di Modul Rekod Peribadi dan disahkan oleh Pentadbir Agensi masing-masing terlebih dahulu.

Harta tersebut perlu diisytiharkan.
Semua kenderaan bermotor perlu diisytiharkan tanpa mengira had nilai. Rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 29 Mac 2010 para 4, ‘Dengan berkuatkuasanya P.U.(B)104/2010 : Semua pegawai awam adalah diwajibkan mengisytiharkan apa-apa jenis kenderaan bermotor kepada Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pegawai awam mengisytiharkan kenderaan bermotor yang dimilikinya adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib’.
Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib termasuk perisytiharan harta adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan. Pegawai boleh dituduh melanggar peraturan perisytiharan harta sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 serta ingkar perintah kerana melanggar Peraturan 4(2)(i) atau Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

 

Sistem Pengumpulan Mata MyCPD UTM

Hari ini nak berkongsi sedikit maklumat, tahukah anda di UTM ada memperkenalkan satu sistem yang boleh merekodkan jumlah Mata CPD setiap kali seseorang staf UTM yang telah hadir setiap majlis ilmu yang dikelolakan mana-mana unit atau jabatan di UTM.

Sistem ini diwujudkan untuk menggalakkan staf UTM untuk menambah nilai ilmu dalam kaedah pembelajaran secara berterusan atau CPD dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran setiap staf. Secara tidak langsung, laluan kerjaya lebih jelas bagi setiap staf di UTM seperti yang dilaksanakan oleh badan-badan profesional lain.

Pejabat Pendaftar yang dipertanggungjawab untuk mengawal sistem ini sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan pelanggan yang berurusan dengan mereka. Bagi tujuan tersebut dari semasa ke semasa pejabat ini akan mengadakan kajian kepuasan pelanggan secara on line mahupun manual bagi mendapatkan maklumbalas untuk digunakan sebagai asas dalam menambahbaik perkhidmatan kami.

Disamping itu bagi memastikan perkhidmatan yang diberi mematuhi piawaian yang ditetapkan, aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti giat dilaksanakan. Dimulai dengan persijilan Amalan 5S sejak 2010 dan baru-baru ini Pejabat Pendaftar telah berjaya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2008 bagi perkhidmatan Pengurusan Modal Insan, Keselamatan dan Pentadbiran Pejabat Pendaftar.

Mereka mengalu-alukan sebarang cadangan, komen dan pendapat untuk memperbaiki mutu penyebaran maklumat dan fungsi laman web kami sebagai salah satu medium penyampaian maklumat yang berkesan. Pelaksanaan Sistem Pengumpulan Mata MyCPD Staf Pengurusan Profesional Dan Pelaksana (PPP) UTM. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju melaksanakan Sistem Pengumpulan mata MyCPD Pengurusan Profesional dan Pelaksanana (PPP) di Universiti Teknologi Malaysia.

Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan meningkatkan kompetensi dan bakat staf.

Melalui kaedah ini, staf PPP bukan sahaja digalakkan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional, malah nilai dan amalan profesional melalui budaya pembelajaran berterusan turut ditekankan. Selain itu, ia juga memberi pengiktirafan kepada staf PPP yang memberi sumbangan dan menaikkan imej Universiti.

Sejajar dengan itu, MyCPD PPP UTM diwujudkan bertujuan untuk mengumpul data kursus staf melalui pengumpulan mata bagi menggantikan kaedah pengiraan kehadiran tujuh (7) hari latihan atau bersamaan 42 jam setahun. Jumlah mata minimum MyCPD PPP UTM adalah 42 mata setahun. Pelaksanaan sistem pengumpulan mata MyCPD PPP UTM berkuat kuasa pada tahun 2015. Sebanyak lima (5) peratus daripada jumlah mata MyCPD yang dikumpul oleh staf PPP akan diambil kira untuk Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (e-LNPT) bermula tahun 2016.

MyCPD PPP UTM adalah untuk staf Kumpulan Pengurusan Profesional dan Pelaksana yang berstatus tetap dan kontrak (lantikan UTM) sahaja. Sehubungan itu, semua staf Kumpulan Pengurusan Profesional dan Pelaksana diminta mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya.