9 Tips Panduan Menghadiri Temuduga Kerjaya

9 Tips Untuk Anda Mendapat Lebih Peluang Ditawarkan Pekerjaan

Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh panel serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan.

Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Cuba jawab dengan sebaik mungkin dengan nada penuh keyakinan.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:

Begitu ramai graduan universiti yang dikeluarkan setiap tahun dalam pelbagai bidang. Puluhan ribu golongan terpelajar sama sama bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang berjaya tetapi ramai juga yang kecundang tanpa diketahui sebab-musababnya.

Oleh kerana penawaran melebihi permintaan di bidang pekerjaan sekarang ini, kita mestilah berusaha melakukan yang terbaik dalam mencapai cita-cita. Kena jadi perfectionist sewaktu menghantar permohonan dan menghadiri sesi temuduga. Kalau boleh tidak mahu ada sedikit kecacatan pun terlihat di mata penemuduga. Typo typo tak mahu eh.

Bila selalu sangat mendengar rungutan dan rintihan orang yang gagal dalam temuduga kerja maka rasanya patut jugalah aku share sedikit apa yang aku pelajari dari seminar dan kursus selain pengalaman sendiri. Penting untuk adik-adik belajar Bahasa Inggeris perbualan. Kalau interviewer speaking London jangan kau jawab cakap Melayu pulak… Fail!

Panduan Menghadiri Temuduga Kerjaya:

1) Sila berpakaian kemas dan bersesuaian.
Pastikan pakaian anda untuk business formal atau business casual. Pakaian jenis business formal contohnya untuk menjadi peguam. Kalau tak suka berpakaian begitu pun pakai je lah masa interview tu. Dah ko nak kerja kan?

Bagi calon wanita, baju kurung selalu sesuai untuk banyak keadaan. Tambahkan dengan blazer berwarna gelap. Seluar panjang/skirt labuh melebihi paras lutut juga sesuai. Jika bertudung sila pakai dengan kemas di luar blazer (kalau dalam blazer dikira aksesori), jangan nanti tudung melilit-lilit tapi rambut terjulur di sana sini. Pakai kasut bertutup berwarna gelap setinggi 1-1.5 inci.

Jika memakai seluar panjang berkain lembut terutamanya berwarna putih/pastel janganlah pakai g-string dik ooi… interview ni acara serius, jangan sampai dipandang rendah interviewer. Penemuduga selalunya dua orang dan susah nak jumpa kombinasi penemuduga yang sama sama gatal. Stokin nipis warna hitam juga tidak sesuai. Euww… very inviting! Dah dapat kerja nanti pakailah, kalau nak sangat.

Mekaplah sikit bagi nampak presentable. Takkan pucat lesi je nak menghadap bakal employer. Mekap nipis je bukannya mekap pengantin berkryolan bagai.

2) Datang awal 30 minit.
Recce tempat temuduga. Mungkin lokasinya memerlukan anda menempuh kesesakan lalu lintas yang sangat teruk.

Kawan aku pernah sampai on the dot semasa menghadiri interview pramugari. Apalagi.. nama kena potonglah walaupun dia pramugari berpengalaman di syarikat lain. Agak agaklah kan apa pre-assumption untuk orang yang sampai last minute ni?

3) Datanglah ke tempat temuduga sendiri.
Sekurang-kurangnya jangan nampak kelibat mak ayah sekali di ruang menunggu tu. Tips ini aku pernah baca dalam sebuah akhbar. Bakal employer tak suka, nampak manja nau.

Kalau bagi alasan naik teksi/Uber sila semak kadar bayaran supaya tak kantoi.

4) Bermanis muka dengan semua orang.
Kita mungkin tak kenal sesiapa di lokasi temuduga. Manalah tahu kan yang dok angkat telefon tu anak si penemuduga yang bekerja part time selepas peperiksaan SPM.

Jangan pandang rendah kepada sesiapa. Datuk Jimmy Choo pun masih melutut membongkok memakaikan kasut pelanggannya. Siapalah kita ni… baru nak memohon kerja saja.

5) Bawa sijil yang disusun kemas.
Elok susun sijil-sijil hebat anda menurut turutan di dalam clear folder (atau cara lain yang lebih menarik dan memudahkan). Hard copy is always relevant.

Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf pernah berkata ada calon yang menggulung sijil mereka semasa datang temuduga. Kau rasa..?? hahah… Ada juga calon lelaki yang menghantar gambar berdiri dekat pasu bunga sewaktu menghantar permohonan kerja. Hahahah…mampos! Jangan buat begini tau!

Sila bawa pen.

6) Cari pengalaman bekerja.
Tiada pengalaman kerja? Cari pengalaman kerja walaupun tak relevan dan bergaji murah. Bakal majikan melihat kesungguhan anda dan nampak anda tidak berkira. Anda bukan sahaja bersaing dengan graduan lain tetapi terpaksa juga bersaing dengan pekerja yang lebih rendah kelayakan akademiknya namun kaya pengalaman. Takkanlah dah graduate setahun tiada lansung kerja yang boleh dilakukan? Pekerja Bangladesh yang dipandang rendah orang Malaysia tu ramai juga yang lulus universiti. Senang hidup dia di negara kita ni ha.

Teringat satu sesi interview lama dahulu dimana tiga lepasan universiti pemegang diploma dan ijazah bersaing dengan pekerja berpengalaman lain untuk mendapatkan kerja di sebuah institusi perbankan. Rasanya siapa yang dapat? Kebanyakan syarikat sukakan bakal pekerja yang sudah tahu buat kerja. Mereka nak jimat masa dan kos melatih pekerja baru. Kalau boleh nak yang stress free.

Walaupun anda mendapat Anugerah Dekan di universiti anda sebenarnya KOSONG sewaktu memulakan pekerjaan.

7) Buat research mengenai syarikat tersebut.
Google-ing website rasmi syarikat tersebut mungkin tidak cukup. Forum atau bicara dari mulut ke mulut boleh menambah informasi.

8) Promosikan diri anda…
…tetapi jangan overdo sehingga nampak bongkak. Pastikan anda tahu perbezaan yakin diri dan berbangga diri. Yakin apa yang boleh anda bantu untuk memajukan syarikat baru.

Sekiranya anda memiliki perniagaan online, nyatakan. Ia mungkin akan menjadi nilai tambah kepada diri anda. Orang berniaga ni ada kelebihan dalam purchasing/marketing/sales/customer service/kesabaran.

9) Bersedia dengan soalan lazim dari penemuduga.
Antara soalan yang biasa ditanya tentang kebolehan diri, kelemahan, kenapa mahu bekerja di syarikat baru, kenapa mahu meninggalkan syarikat sekarang, bolehkah bekerja dalam kumpulan, bagaimana anda melihat diri anda lima tahun akan datang dan sebagainya.

Jangan ingat si penemuduga habis membaca resume anda, tidak juga boleh beranggapan yang dia tak tahu lansung tentang anda. Sekarang ni pihak syarikat rajin juga ‘mencari’ anda di internet sebelum disenarai pendek ke sesi temuduga. Jaga jaga!!!

Jaga adab berbahasa, intonasi suara dan eye contact. Body language anda juga diperhatikan. Jawab dengan jelas dan realistik BUKAN dengan bahasa wechat/rockers.

Penemuduga sering menggunakan helah semasa sesi temuduga. Apa yang anda perlu buat adalah sentiasa tenang dan kawal emosi anda.

Akhir sekali, kami mengucapkan agar semua pembaca mendapat menjalani sesi temuduga dengan baik dan mendapat keputusan yang boleh dibanggakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *